Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

Manuskrip Melayu

DI DALAM seminar dan perbincangan sastera Melayu, ada satu perkara yang menarik perhatian saya. Ruang pemerkasaan manuskrip Melayu tidak dibincangkan secara lumat. Fikir saya barangkali tidak ramai yang mahu mengkaji berkenaan manuskrip Melayu. Ketika Persidangan Bahasa Melayu Bahasa Dunia, saya telah bertemu dengan Dr Adi Yasran, pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan berbincang dengan beliau berkenaan manuskrip Melayu. Beliau memaklumkan bahawa usaha terhadap menjaga kreadibiliti manuskrip Melayu ini belum nampak dan beliau akan berusaha mencapainya. Baru-baru ini ketika ke Perpustakaan Negara Malaysia, saya menyaksikan ada satu ruang dinamakan Pusat Manuskrip Melayu. Barangkali usaha ini sungguh murni dan cemerlang. Alangkah indahnya kita dapat mengumpulkan kembali manuskrip Melayu di rantau Nusantara? Saya berdoa kepada Tuhan moga-moga cita-cita saya berada di pentas membicarakan hal ehwal manuskrip Melayu tercapai selepas saya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana (MA) di da

Mencari Modal

Tuan Rasul Amat dan Tuan Faiz Abidin yang mencari identiti Ridwan Roslan (kiri) merupakan seorang Eksekutif Syariah Bahagian Pemakanan Halal di Batu Caves. Lukman (kanan) merupakan seorang Penolong Pengarah (Bahagian Penerbitan), Majlis Agama Islam Negeri Johor. Yang pakai baju Melayu itu bukan pengantin Biasanya modal akan diperoleh daripada perbincangan yang dilakukan. Semalam, saya bersama kawan-kawan (ex-Azhar) turun ke gelanggang dan membuka bicara berkenaan isu ini dan itu. Pertemuan dengan perancangan bebas ini mengumpulkan beberapa orang teman yang kini sudah bertugas, yang masih menganggur dan masih mencari-cari peluang pekerjaan. Apapun, saya sentiasa mendoakan kebaikan daripada-Nya. Dengan pertemuan sebegini sekurang-kurangnya banyak 'modal' yang diperoleh dan ada perkara yang mampu dibincangkan. Isu sekitar Dr Asri Zainal Abidin, kreadibiliti mahkamah syariah di Malaysia dan bermacam-macam lagi yang sempat kami bincangkan. Sedia maklum bahawa dengan perbincangan ter

Rindu Seorang Sahabat

KAVER untuk filem terbaru 'Piramid Hati Kita'. :) ABDUL MALIK TAMRINAN, seorang teman yang amat saya akrabi ketika berada di Mesir. Pernah tinggal sebumbung dengan beliau pada September 2005. Akhirnya kami terpaksa berpisah pada akhir bulan Disember 2007. Barangkali itulah suratan yang ditetapkan. Walaupun semenjak akhir 2007 kami berpisah, kami masih lagi berhubung. Dan barangkali waktu itulah saya mengerti bahawa saya terlalu sibuk bekerja sebagai seorang pemimpin pelajar sehingga memaksa perpisahan itu berlaku. Gambar ini ada dalam koleksi peribadi saya. Kini sahabat saya, saudara Abdul Malik sudah berada di tahun tiga. Moga-moga beliau cepat pulang menghabiskan pengajiannya. Gambar di atas juga adalah ketika kami bersama rombongan ke Piramid, Giza pada bulan Januari yang lalu. Waktu itu, peperiksaan semester ketujuh saya tamat. Akhirnya, peluang saya bersama kawan-kawan dapat diselesaikan dengan sempurna.

Persuratan Baru Dalam 'Sebuah Rahsia Merdeka'

DALAM karya saya yang berjudul Sebuah Rahsia Merdeka, barangkali teori Mohd Afandi Hassan melalui Gagasan Persuratan Baru telah dipamerkan. Apabila berbicara berkenaan persuratan baru, nilai wacana merangkumi 80% berbanding 20% adalah nilai cerita. Lihat contoh di bawah : Aku ketawa kecil. Pernah jua aku, terpijak jubah labuh seorang wanita arab di sini. Bukan disengajakan. Koyak sedikit. Sejujurnya, aku lihat wanita itu memang sedikit berang, tetapi demi meredakan keadaan, aku minta maaf di atas perkara yang telah terjadi. Orang-orang Mesir bukannya semua yang berang dan masam mencuka. Walaupun kebanyakannya sebegitu, tetapi ada yang lebih lembut daripada orang-orang Malaysia. Jiwaku lega seketika. Tiada langsung maki hamun yang dituturkan padaku. Mungkin, wanita arab tadi melazimi firman Allah Taala dalam surah al-Nahl ayat 126 : Dan sekiranya kamu bersifat sabar itulah kebaikan bagi orang-orang yang bersabar. Bukankah sabar itu sifat mulia? Sabar amat pahit dirasai tetapi hasilnya

Surat-Surat Untuk Faizal Sabhon

Assalamualaikum w.r.b. dan Salam Idul Adha, Didoakan agar saudara berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya lebih-lebih lagi kita di dalam bulan Zulhijjah yang penuh barakah ini. Saudara yang budiman, Saya baru selesai membaca artikel saudara yang berjudul PMRAM raih simpati . Terima kasih di atas komentar yang saudara berikan terhadap isu mahasiswa kita di Mesir. Barangkali niat saudara ingin meneruskan penulisan sehingga kepada episod empat saya hargai. Barangkali juga saudara maklum bahawa saya adalah salah satu entiti daripada anggota PMRAM. (Walaupun kini sudah tiada kena-mengena dengan mereka). Oleh kerana saya adalah entiti daripada mereka dan saya pernah menakhodai pergerakan mahasiswa ini, saya perlu jelaskan kepada umum agar mereka yang hanya memakai pandangan saudara sahaja barangkali akan terfikir bahawa, PMRAM sebenarnya yang sengaja membuka isu. Saudara yang budiman, Percayalah bahawa krisis mahasiswa kita di Mesir tidak akan berakhir sela

Menjelang 1 Dekad

PASTINYA tahun 2010, PTS Publications akan terus berjuang dan berdaya saing. Saya meramalkan akan berlaku kejutan kepada syarikat penerbitan ini. Saya akan membawa usul-usul baharu selepas 1 dekad pengurusan PTS berjalan. Tahniah kerana PTS adalah sebuah syarikat penerbitan buku Melayu terbesar hari ini. Ada yang mahu beri komentar selepas 1 dekad ini dipersilakan. Saya akan majukan pandangan saudara kepada pentadbiran.

Bermain Pentas Drama TV

SEMENJAK tahun 2008, saya sudah pasang niat dan cita-cita menghasikan manuskrip drama TV. Tetapi saya amat tidak serius menukangnya kerana tiada insan yang mahu membimbing. Akhirnya saya membawa diri ke arus penulisan genre cerpen dan puisi. Novel masih membeku di dalam laptop kerana tidak dapat saya menghabiskan jalan ceritanya. Barangkali bermain dengan aksara panjang saya kaku. Baru-baru ini, ketika ke Anugerah Media Islam Negara (AMIN) yang memberi penganugerahan kepada penulis skrip drama, penerbit drama, pengarah drama; tiba-tiba hati saya terusik. Hati saya berkata,"Jika saya salah seorang daripada mereka apa salahnya?" Oleh kerana saya fikir, menulis skrip drama adalah salah satu daripada medium dakwah pantas yang paling berkesan, mengapa tidak saya menulis skrip drama? Sebagai contoh, drama Nur Kasih di TV setiap hari Jumaat di tunggu-tunggu oleh sebahagian besar penonton di Malaysia, ini menunjukkan drama berunsur Islam sudah mula dinantikan oleh penonton kita. Ole

Filem '2012' Hancurkan Pemikiran Umat Islam

BARANGKALI mereka (umat Islam ataupun bukan) menyangka bahawa gambaran yang ditunjukkan berlakunya bencana sebelum kiamat adalah sebagaimana yang dirakamkan di dalam filem 2012. Saya amat tidak berpuas hati kerana filem ini sebenarnya telah dijadikan karya besar dan lebih satu juta orang menontonnya. Dari satu sisi yang berbeza, tarikh 21 Disember 2012 yang diceritakan akan berlakunya hari kiamat juga menyalahi akidah orang Islam. Apakah tarikh tersebut signifikan dengan ketentuan Allah. Jikalau mereka yang tidak memahami asas agama dengan kukuh, maka filem ini telah merosakkan sebahagian daripada akidah umat Islam dan barangkali terus menghancurkan pegangan tauhid yang selama ini dipegang oleh mereka. Ada beberapa perkara yang saya amat tidak bersetuju kerana saya orang Islam dan memahami asas dan bagaimana pembentukan Islam itu berjalan. Walaupun dari sisi yang lain, filem ini sekurang-kurangnya menyedarkan umat Islam bahawa kiamat itu pasti akan datang. Benarkah bencana kiamat itu d

Deklamasi Puisi

INI adalah kali ketiga saya mendeklamasikan puisi. Kali ini di hadapan tetamu dari luar negara. Ada yang datang dari Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand dan tetamu dari Malaysia. Di hadapan Puan Fauziah Nawi (pelakon), di sisi penyair tegar tanah air Lim Swee Tin, Ahmad Sarju, warga Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan ramai lagi. Puisi yang saya sampaikan adalah puisi yang pernah saya karang di Mesir. Puisi itu pernah saya bacakan di Asrama Rumah Johor, Kaherah tetapi menukar beberapa diksi dan menerbitkannya ketika di Malaysia. Karya ini dibukukan dalam Antologi Penyair Muda Malaysia Indonesia sempena Pertemuan Penyair Nusantara ke-3 ini. 2 Komitmen Selepas dua bulan berada di Kuala Lumpur, ada satu perkara yang menjadi fikiran. Ia bersangkutan dengan masalah komitmen peribadi. Saya harus melunaskan beberapa tanggungjawab termasuk hal ehwal sastera dan khidmat kepada masyarakat. Tetapi seringkali ada sesuatu yang menjadi dilema. Barangkali hari ini boleh saya duduk diam

Penulis Skrip Muda

Ini wajah Saudara Fairuz Padoli atau nama penanya MF Kencana. Beliau adalah mantan peserta Minggu Penulis Remaja 2006. Di dalam usia yang terlalu muda ini, beliau telah menulis lebih sepuluh skrip drama dan telefilem. Antara karya beliau yang sudah dihasilkan adalah : 1.RENJIS (Astro Ria-13 Episod) 2.CUCI SERIES (RTM-26 Episod) 3.BISIKAN SUBUH (TeleTV3-olah Skrip) 4.TOK KETUA KG BATANG BURUK (Astro Warna-26 episod) 5. NAK BALIK RAYA' (Tele Aidilfitri 2009-RTM 2) 6. Angguk2-Geleng2 (RTM 2,episod 26 saja) 7. RIAS MUTIARA (RTM 2 -26Episod) 8. PSIKO PSIKIK (RTM 2- tele) 9. AGI IDUP AGI NGABAN (RTM 2- 13 episod) 10. DATIN WAN ABE HARI RAYA (TV 3-tele) 11. SI RAMLI (Astro Prima-Tele) 12. TUN FATIMAH (Astro Citra -8 episod)

Penyair Di Menara KL

HARI kedua acara, semua peserta di bawa naik ke atas Menara Kuala Lumpur secara percuma. Terima kasih kepada Menara KL yang menaja secara percuma menaiki bangunan setinggi 421 meter tinggi dari bawah. Jika tidak 'kopak' duit kami sebanyak RM38 (dewasa) untuk menaikinya. Selepas tamat berlegar di atas, kami turun ke bawah dan memulakan acara baca puisi di Laman Santai tingkat 1. Di atas puncak ini, saya sempat mengarang sebuah sajak, BANGUNAN ANGKUH Ini sebuah ciptaan yang maha angkuh. Lihat bumi di bawah pantas telinga mendengar orang-orang tunjuk itu MARA itu CIMB itu bangunan bagai telefon bimbit. Pastinya, ini bangunan angkuh negara. Menara KL 21--11-2009

Mencari Kerja Kosong

SAYA ingin berbicara isu seputar dunia mencari kerja untuk graduan. Selepas pelbagai talian saya terima sehingga ada yang minta kerja sini dan sana tetapi masih belum ada rezeki, saya fikir saya perlu berkongsi sesuatu. Saudara teman-teman yang budiman, Kalian tidak boleh samakan apa yang ada pada saya dengan apa yang ada pada saudara. Sepatutnya, selepas tamat belajar (lebih kurang sebulan) sahaja, saudara perlu mencari kerja. Fikir saya, jika kalian lebih dari sebulan tidak mendapat kerja sebenarnya kalian 'memilih kerja'. Oleh kerana isu kerjaya ini amat sensitif dan takut-takut tulisan saya ini bersifat ambitious, saya hanya memberikan panduan sahaja. Kalian tidak perlu bersusah payah membeli buku panduan mencari kerja. Panduan ini juga saya perlu sampaikan kepada teman-teman yang masih belajar dan akan bekerjaya setahun atau dua tahun dari sekarang. Pertama : Kategori Mereka Yang Sudah Tamat Belajar 1. Berkomunikasi dengan orang lain Apabila saudara sudah tamat belajar, ju

Saya Bukan Pegawai Kementerian!

Wajah tiga orang penulis muda yang aktif mengarang. Salah seorang dari mereka adalah pelajar ASWARA tetapi hidup mewah sepanjang menuntut ilmu kerana menulis skrip drama dan filem. SEBETULNYA, lidah kelu berbicara sepanjang tiga hari di Dewan Bahasa dan Pustaka, saya seringkali di sapa sebagai seorang pegawai kementerian. "Saya seorang editor di PTS", saya mengambil peluang menjawab persoalan yang diajukan. Beberapa bentuk soalan itu adalah : "Saudara dari Kementerian mana?" "Adik di Dewan Bahasa Pustaka bahagian mana?" "Sudah lama bertugas di DBP?" *** PERTAMA, saya harus mengucapkan terima kasih kepada PTS yang menempatkan saya di bahagian urusan sastera. Saya mampu turun bersama teman-teman penulis sama ada menulis novel, puisi mahupun cerpen. Saya mampu bertukar-tukar pendapat bersama penulis skrip drama dan filem, penyair dari kepulauan Borneo. Puan Nisah Haron berseloroh, "Syafiq jadi wakil PTS di semua program sastera ya!" Sepan

Nol

SAYA tiada catatan untuk waktu ini. Saya perlu ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Hari ini program terakhir Pertemuan Penyair Nusantara ke-3, di Kuala Lumpur. Pada acara penutup dan majlis terakhir nanti, saya ditugaskan sebagai Pengerusi Majlis di hadapan Dato' Johan Jaafar. Doakan segalanya berjalan dengan lancar, insya-Allah. Risau!

Hal Ehwal Sastera

Inilah wajah manis Saudari Ummu Hani Abu Hassan. Beliau anak Cikgu Abu Hassan Morad yang merupakan CEO Syarikat Penerbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Kak Ummu juga merupakan penulis novel dan penulis skrip drama. Drama beliau yang akan ditayangkan nanti adalah Nurul Iman. Drama ini bakal meletup sebagaimana drama bersiri Nur Kasih di TV3 kerana drama ini melalui penggambarannya di Syria. Moga-moga dengan ikatan persaudaraan ini, pelbagai projek yang boleh diusahakan bersama. *** SAYA perlu berkongsi rasa pada pembaca saya yang budiman. DALAM pertemuan saya bersama dengan penyair dan penulis dari Singapura, kami sama-sama berbincang tentang sastera Islam pada hari ini. Isu teori sastera yang bermacam-macam sehingga memeningkan kepala pengarang. Petang pula, saya berkongsi akal dengan Kak Ummu Hani dan Abang Lutfi Ishak tentang sastera Islam dan bagaimana sastera Islam ini diterjemahkan. Banyak pro-kontra yang dibualkan bersama. Abang Lutfi berhasrat akan membawa pentadbiran PENA 2010 dengan

Pertemuan Penyair Nusantara ke-3

Forum yang panas dengan soalan mantap para penyair nusantara Dari kiri : Wakil Singapura, Wakil Malaysia, Pengerusi, Wakil Brunei, Wakil Thailand, Wakil Borneo, dan kerusi kosong ada Wakil Indonesia SAYA baru pulang dari program "Pertemuan Penyair Nusantara ke-3" yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Gambar-gambar menarik saya akan uploadkan di facebook selepas tamat program insya-Allah. Hari pertama ini sungguh banyak pengalaman baharu. Pengalaman sebagai seorang pengatur acara besar peringkat nusantara. Awal-awal pagi lagi rupa-rupanya saya duduk di sebelah Encik Isa Kamari (Singapura) yang kini sudah bergelar Sasterawan Negara Singapura. Di Singapura, Anugerah Sastera Negara dipanggil Anugerah Tun Sri Lanang. Sungguh ini adalah sebuah pengalaman penting yang saya harus coretkan. Selepas solat Jumaat, saya memilih tiga buah buku dibeli secara percuma di Dewan Bahasa dan Pustaka kerana saya memenangi baucer sebagai pemenang Sayembara Deklamasi Puisi yang dianjurkan di

Suara Dari Dinding Rumah Ini

SAYA amat mencintai karya Habiburrahman El Shirazi ini. Betapa benar, dalam ripuh seorang pengarang saya tidak menyangka bahawa karya ini akan difilemkan. Sejak sebulan yang lalu, saya mengketik butang youtube. Mencari filem 'Ketika Cinta Bertasbih' ini. Saya ingin menontonnya selepas berbulan-bulan ditayangkan di Indonesia; kemudian corong-corong radio sentiasa memutarkan lagu yang menjadi tema filem itu. Syukur, dengan kemudahan internet yang begitu pantas, saya akhirnya dapat menonton filem ini. Saya teringatkan bandar Kaherah yang menjadi lokasi pengambaran filem ini. Saya teringat Al-Azhar, teringatkan Iskandariah, amat teringatkan itu dan ini. Aduh, betapa kerinduan padamu Al-Azhar sedang berputik di dada ini. Namun, saya hanya mampu sangkutkan ranting kerinduan itu dibibir sahaja. Teringat lagi, hampir dua tahun yang lalu ketika menyertai Bengkel Menulis Novel Best-Seller bersama Habiburrahman (Kang Abik), banyak panduan dan pengalaman diceritakan kepada kami selaku pese

Macam-Macam Hal

Bilalah pula saya akan ke sini?

Syafiq Zulakifli Di Sana-Sini 2

Laporan akhbar berkenaan Umbara Sastera dan Bengkel anjuran Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) di sini. Saya terharu menerima mesej dari kawan-kawan.

Terima Kasih PNM

PETANG tadi, saya ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Jalan Tun Razak. Saya mengambil senaskhah Antologi Cerpen Kemerdekaan yang telah diterbitkan oleh PNM. Terima kasih saya ucapkan kepada PNM. Selepas lebih setahun menunggu penerbitannya, usaha murni PNM ini saya amat hargai. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang menjadi peneraju utama di dalam memastikan karya jawi ini ditempatkan ke seluruh negara saya amat hargai dan ucapkan terima kasih. Apa yang saya inginkan adalah tulisan jawi tidak mati dan akan kekal berdiri megah sebagai sebuah warisan dan budaya orang Melayu-Islam di Malaysia. Tulisan jawi perlu dijaga dengan sebaiknya. Saya telah bersembang-sembang dengan pegawai PNM, Puan Nor Azila di dalam memastikan pengaruh tulisan jawi ini perlu diperkembangkan dengan sebaiknya. Saya mohon maaf kepada teman-teman yang ingin mendapatkan naskhah ini. Saya difahamkan bahawa karya ini hanya terdapat di Perpustakaan Seluruh Negara termasuk perpustakaan awam dan perpust

Apa Yang Saya Mahukan Sebagai Seorang Penulis?

SAYA fikir wajar saya maklumkan apa yang tersirat di dasar hati. Sekurang-kurangnya mereka yang tidak sehaluan dengan saya mempertimbangkan apa yang ingin dilontarkan. Mengapa susah-susah saya jadi penulis? Mengapa saya berpeluh-peluh untuk mengarang walaupun dalam keadaan seksa? Saya ada jawapan tersendiri. 1.Jikalau ada hasil mahsul (tulisan) yang saya hasilkan boleh mendatangkan marah, maafkan saya. 2.Ada tujuan dan matlamat mengapa saya harus bersuara. Mengapa saya harus membawa suara ini di tengah-tengah arus gelombang yang masih belum berakhir. Saya tidak pasti, bilakah PMRAM hanya dijadikan agen dihina dan dicaci oleh kerajaan. 3.Saya pernah duduk semeja dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di Mansurah pada tahun 2008. Kecewanya rasa hati di hadapan ratusan mahasiswa saya diherdik sebegitu sahaja. 4.PMRAM diletakkan di bawah telapak kaki mereka sahaja. 5.Menyucikan jiwa-jiwa yang amat benci pada PMRAM adalah sesuatu proses yang masih tidak akan berakhir. 6.Apakah kerajaan ha

Jawapan Balas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

HARI INI, YB Dato' Saifuddin bin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia telah menjawab surat e-mel yang saya hantar kepada beliau. Terima kasih Dato' kerana sudi menjawab soalan saya. Oleh kerana isu ini sudah dibawa ke Parlimen, barangkali Dr Jamil telah diarahkan- dipanggil oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menjawab persoalan ini. (Dr Jamil dalam penerbangan Kaherah-Kuala Lumpur) Antara isu yang akan ditanya adalah : 1. Tujuan Dr Jamil membatalkan program Pembacaan Hadis Sahih Bukhari di Mesir. 2. Tujuan Dr Jamil mengarahkan pegawainya mencabut kain rentang yang diletakkan di Dataran Hayyu Asyir. Kita mendoakan agar Dr Jamil dapat menjawabnya dengan tenang. Tambahan : YB Timbalan Menteri bertanya di dalam e-melnya. Bilakah PMRAM ingin berdaftar dengan kedutaan?

Akhbar Hari INI

Inilah keratan akhbar yang terbit di media hari ini. Saya telah menghubungi wartawan akhbar dan memohon membetulkan kesilapan yang berlaku. Gambar Ustaz Nasaruddin Tantawi itu tidak sama dengan nama yang mereka tulis, JAMIL HASHIM. Jikalau diizinkan, saya akan membuat kenyataan akhbar Harakah, Utusan dan Berita Harian.

Saya Menerima Panggilan AKHBAR

Kenyataan Ustaz Nasaruddin Tantawi selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang terbit di akhbar Sinar Harian pada hari ini mengundang polemik nasional. Saya dihubungi oleh wartawan akhbar tersebut untuk mengetahui perkembangan lanjut. Dikhabarkan bahawa Dr Jamil Hashim dalam perjalanan @ penerbangan pulang ke Malaysia. Selepas beliau turun dari pesawat, pastinya wartawan mohon beliau menjawab isu yang dibangkitkan oleh Dr Jamil itu nanti. Pengarah program, Ustaz Adlan Mokhtaruddin yang kini berada di Malaysia juga akan menjawab balas daripada komentar yang diberikan oleh Dr Jamil selepas itu nanti. Saya yang menurut perintah, SYAFIQ ZULAKIFLI

PTS Mencari Tapak Bangunan Sendiri

Disalin daripada Blog UNIKA PTS (www.universitipts.com) Tn. Arief Rahmad, Presiden Kumpulan Syarikat-syarikat PTS, memberitahu bahawa PTS sekarang sudah membeli 3 unit dan menyewa 1 unit kilang berderet di Dolomite Business Park, Batu Caves, Kuala Lumpur. Bagi menampung keperluan yang lebih besar selaras dengan perkembangan bisnesnya, selepas ini PTS tidak akan membeli tambahan unit kilang berderet di Dolomite Business Park, sebaliknya PTS akan mencari tanah bagi tujuan membina bangunannya sendiri. Menurut beliau, luas tanah yang diperlukan adalah minimum 1 ekar, dan lokasinya di tempat yang memudahkan operasi bisnes PTS. Tambahan : 1. TIGA TAHUN dari sekarang, insya-Allah, PTS akan berdiri digedungnya sendiri. Pada waktu itu juga barangkali PTS sudah masuk bursa saham. 2. Kerja buat semua ini datangnya dari Tuhan.

Khilaf Ulama

SAYA sedang mengarang sebuah cerpen yang berjudul 'Tajdid'. Tapi, saya tidak sudahkan penulisan itu. Saya takut kalau-kalau karya itu nanti terbit di mana media perdana akhirnya si 'dia' menyaman saya seolah-olah saya sedang mengkritik beliau. 2 Isu yang sedang berputar pada hari ini membawa kepada pentafsiran peribadi. Apalah ada pada sebuah khilaf jika ukhuwah dicampak ke tepi. Saya bukan pro Dr Maza, saya juga bukan pro mana-mana pandangan, tetapi saya ingin menutup ulama dalam propaganda. Perbezaan pandangan ulama itu suatu rahmat. Ya benar. Ulama dahulu pun juga berkhilaf dalam memberikan pandangan. Maka, pandangan itu ditarjihkan. Namun, bukanlah yang tarjih itu adalah yang terbaik. Misalnya begini. Dalam masalah membaca bismillah sebelum Al-Fatihah. Ada ulama yang meletakkan bahawa bismillah itu wujud dalam Al-Fatihah. Maka, ketika solat, wajib dibaca bismillah itu. Ada pula ulama yang tidak meletakkan bismillah itu dalam Al-Fatihah. Maka, mereka yang berfahaman

SUA PMRAM Di Malaysia

Gambar di atas adalah Ustaz Abdul Malik Abd Karim (kiri) yang menyambut Ulang Tahun Kelahiran pada hari Sabtu lalu. Selamat Hari Lahir Abe Malik. (Kanan) Saudara Adlan yang tegas tetapi baik hati SAUDARA Mohd Adlan Mokhtaruddin, Setiausaha Agung PMRAM pada hari ini telah selamat tiba di Malaysia. Saya menerima pesanan ringkas daripada ahli keluarga yang terdekat beliau. Tugas Setiausaha Agung PMRAM difahamkan akan dipangku oleh Saudara Muhammad Labib bin Abd Jalil. Ada beberapa perkara yang saya fikir perlu dibincangkan dengan Saudara Adlan. Barangkali menyelesaikan kes PENGHARAMAN MAJLIS BACAAN HADIS SAHIH BUKHARI yang dibatalkan baru-baru ini. Saya telah mengutus surat kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato' Saifuddin Abdullah. Saya sedang menunggu beliau menjawab surat saya itu. Tambahan : Saudara Adlan adalah Pengarah Program Yang Digagalkan Oleh JPMK itu.

PMRAM Menjuarai Isu Negara

ISU yang hampir sebulan berlalu terus mendapat perhatian daripada laporan perdana di Malaysia. Yang pasti, ada pihak tidak lena untuk tidur dengan perihal keadaan ini. Sebelum Ustaz Nasaruddin Tantawi selaku Ketua Dewan Pemuda PAS menyuruh beliau pulang, saya sudah mengesyorkannya dalam tulisan yang lalu. http://malaysiakini.com/news/117512 MSD didakwa gagal program pelajar M'sia di Mesir Nov 16, 09 12:33pm Dewan Pemuda PAS (DPP) pusat membantah tindakan Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) Kaherah yang didakwa telah menggagalkan program pembacaan hadis Bukhari anjuran Persekutuan Melayu Arab Mesir (PMRAM) yang sepatutnya berlangsung di Pusat Persidangan Al Azhar (ACC) bulan lalu. Nasrudin mendakwa, pengarah MSD Kaherah, Prof Dr Jamil Hashim telah menghantar surat kepada Syeikhul Al Azhar meminta program itu dibatalkan pada saat-saat akhir. "Apa yang paling malang, alasan yang digunakan oleh pihak MSD ialah PMRAM adalah ejen parti pembangkang Malaysia," kata Nasrudin dalam

DUA Laporan Hujung Minggu

Inilah gambar saudari Ani dan oksigennya. (Lihat ada wayar) Sabtu, 14 November 2009 DRAMA AIRMATA IRINGI BENGKEL CERPEN PEN Program Umbara Sastera III anjuran Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) selamat diadakan pada pagi Sabtu lalu. Program yang membariskan tiga orang pemenang Hadiah Sayembara Penulisan Berunsur Islami ke-12 menerusi kategori cerpen itu, dihadiri oleh hampir tiga puluh orang peserta. Alhamdulillah, selepas Subuh saya memecut ke Negeri Sembilan untuk sama-sama mendengar proses kepengarangan karya pemenang iaitu Puan Nisah Haron (Tempat Pertama), Ustaz Amiza Khusyri (Tempat Ketiga) dan Puan Syarifah Salha (Saguhati). Ketiga-tiga mereka adalah ahli PEN dan merupakan penulis prolifik pada hari ini. Tepat jam 11.00 pagi, program bedah karya dan bengkel cerpen yang dikendalikan oleh Puan Nisah dan Ustaz Amiza bermula. Bermula dengan karya seorang penulis muda, Saudari Atriza Umar memperkenalkan cerpennya dan karya itu dibincangkan oleh para peserta. Menariknya pada sebe

Syafiq Zulakifli Di Sana Sini

GKLN terus mendapat tempat dalam industri sastera Kenang-kenangan di dalam bengkel bersama Bonda Zaharah, Puan Salmiah, Puan Nisah dan Saudara Faisal Tehrani SAYA sebenarnya hampir terlupa dengan perkara ini. Majalah Tunas Cipta Edisi Oktober 2009 yang lalu bercerita tentang penulis muda dari luar negara. Banyak artikel menarik di samping beberapa kepingan gambar yang diambil dari siri bengkel yang saya hadiri. Gambar dalam majalah tersebut adalah sewaktu saya bersama rakan-rakan GKLN menghadiri Bengkel Karyawan Muda Luar Negara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, dua tahun yang lalu. Terima kasih kepada pengirim gambar tersebut. Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) adalah satu komuniti yang banyak membantu saya, memberi peluang untuk saya berkarya dan meningkatkan produktiviti peribadi sebagai seorang peminat dunia sastera. Saya mengharapkan agar GKLN khusus dari Timur Tengah sentiasa berada di khalayak kerana saya seringkali ditanya oleh rakan-rakan penulis di Malaysia tentang masalah penu

"Mak Redha Along Pergi"

KETIKA orang ramai berkejar-kejar menunaikan Solat Fardhu Jumaat di masjid, waktu itulah malaikat maut menjalankan tugasnya. Sungguh Dia yang Maha Mengetahui semuanya. Baru seminggu kedua ibu bapanya pergi menunaikan fardu haji di Mekah. Kini, Along pergi meninggalkan dunia yang penuh dengan onak dan duri ini. KAK Ika atau nama penuhnya Nurul Zalikah Mat Zan adalah teman, sahabat, jiran, dan seorang mujahidah dalam satu jemaah kami. Semenjak darjah satu hingga tingkatan lima, saya bersekolah dengannya di Sekolah Kebangsaan Bandar UDA 2, Johor Bahru dan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang. Rumah beliau betul-betul di hadapan rumah saya. (ketika saya tinggal di Bandar Baru UDA). Kali terakhir saya menerima pesanan ringkas (SMS) adalah pada 22 September 2009. Raya ketiga. Dalam usia muda, Kak Ika menghidapi kanser. Dalam saat keperitan menghadapi segala ujian dari Allah, beliau tidak pernah patah semangat. Biarpun ujian ini amat berat, tetapi beliau menerimanya dengan redha. 2 Te