Langkau ke kandungan utama

Menilai Keindahan Bahasa Di Idul Adha

i
"Cakap benar! Ikhlas! Jangan dolak-dalih!"

Beberapa orang menggesa dia berkata benar. Dia tahu, sebagai seorang Muslim, berdosa jika katanya dusta. Lebih-lebih lagi bukankah penipu itu sebahagian daripada sifat golongan munafik?

Wajah kusam itu menjelma melalui tubir keinsafan. Terasa benar diri bersalah. Namun, itulah hakikat sebagai orang Islam. Belajar erti sabar. Mendidik jiwa mengenal kepayahan dan keikhlasan.

Dia menerung lagi langit. Kali ini untuk kali yang kedua. Awan biru sedang berseloka. Lantas berlaga-laga dengan awan yang lain. Dia tersenyum sendiri. Puas.

Ini kejadian Tuhan. Kerdilnya diri memaksa dia sujud syukur segera. Lantas, dihamparkan kain untuk menyucikan batin yang kian tandus dan gersang.

Terasa ampuh dugaan yang sedang menimpa. Jikalau ini kudratnya, aku tidak berdaya. Namun, kata-kata itu hilang dalam selimut yang senja.

Memateri amanah tatkala diri ini ditaklifkan




ii

Sungguh Idul Adha ini menyegat dalam nubari. Terasa bagaikan kepuasan yang dipaksa-paksa lantas kehadiran ikhlas teras bergema. Dunia ini bakal pinjaman. Entah esok lusa bakal digadaikan nubari yang terlalu kerdil.

Hati meruntun sayu. Mendengar alunan takbir yang menderu dicorong-corong pembesar suara masjid. Pakistan bergolak lagi. Dua hari sudah, Bangladesh ditimpa bala. Dan semalam New Zealand pula bergoncang. Benar! Kerak bumi sudah menggila lantas meraung untuk dibebaskan.

Insafkah kita di Idul Adha ini?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)