Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

Kembara Sastera : Konstantinople

Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik- baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.  Barangkali hadith Rasulullah inilah menjadi asbab 140 peserta memilih Kembara Ibrah Konstantinople, Back To The Future yang dipimpin oleh Ust Syaari Ab Rahman pada 23 Mei hingga 2 Jun lalu yang dianjurkan oleh IKIMfm dengan kerjasama Raudah Mawaadah Travel n Tours Sdn Bhd. Alhamdulillah, tepat jam 11:30 malam, penerbangan menerusi Turkish Airlines meninggalkan tanah air dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul pada 5:08 pagi, Ahad 24 Mei 2015. Biarpun nampak keletihan, semangat peserta tidak pudar sama sekali untuk menjejaki ibrah di sebalik pembukaan kota Konstantinople. Pengembaraan kali ini turut disertai oleh Datuk Nik Mustapha Nik Hassan,Ketua Pengarah IKIM dan Dr Nik Roskiman Abd Samad selaku Pengarah Pusat Media IKIM. Perjalanan yang mengambil masa 30 minit untuk tiba di Turquhouse Hotel, tempat kami mengi