Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2008

BANDAR GAZA : Kita Jua Harus Tahu

SUMBER : Utusan Online GAZA TERUS BERMANDI DARAH BANDAR GAZA 29 Dis. – Jet-jet pejuang Israel mengebom kedudukan Hamas di Genting Gaza buat hari ketiga berturut-turut hari ini menyebabkan tujuh orang terbunuh, termasuk kanak-kanak. Antara mangsa yang terkorban awal hari ini ialah empat kanak-kanak perempuan berusia antara setahun hingga 12 tahun daripada sebuah keluarga. Mereka terbunuh dalam serangan udara ke atas sebuah masjid dekat rumah mereka di pekan Jabaliya, utara Gaza, manakala dua budak lelaki terbunuh dalam satu serangan di bandar Rafah, selatan wilayah ini. Jet-jet pejuang Israel mensasarkan rumah Komander Kanan sayap bersenjata Hamas, Briged Izz el-Deen al-Qassam, Maher Zaqout, tetapi beliau terselamat kerana tidak berada di rumah itu ketika serangan tersebut. Rejim Yahudi itu terus memekakkan telinga terhadap desakan dunia supaya rejim zionis itu menghentikan keganasan di semenanjung itu. Sewaktu kereta kebal dan meriam Israel berkumpul di sempadan Gaza sebagai persiapan

Imtihan

JADUAL peperiksaan semester pertama bagi Fakulti Syariah dan Undang-Undang tahun empat telah keluar. Oleh yang demikian, sukalah dinyatakan bahawa 'blog' ini bakal bersawang dalam beberapa masa yang terhampir. Berikut adalah jadual bagi Syariah Tahun 4, Kaherah. 10 Januari 2009 TAFSIR AYAT AHKAM (*kertas Tahun 3) 15 Januari 2009 TAFSIR AYAT AHKAM 19 Januari 2009 BAHASA ARAB (ADAB NUSUS DAN BALAGHAH) 22 Januari 2009 BAHASA INGGERIS 26 Januari 2009 BAHAS QAWAID FEQH 29 Januari 2009 QAWAID FEQH Doakan dimudahkan untuk menghadapi peperiksaan bagi kertas-kertas tersebut.

Diari Ringkas Sebelum Peperiksaan

1. Peperiksaan sudah hampir tetapi jadual belum lagi keluar. Tertekan. 2. Ada enam kertas peperiksaan saya akan duduki. Doakan. 3. Kucing sudah mati. Sedih dan kesian. 19 Disember 2008 Kematian menyayat hati. Kucing telah mati dilanggar Pajero. Yang tinggal hanyalah anak. 20 Disember 2008 Ziarah Makam Imam Syafie Mengkuburkan kucing yang telah mati Ziarah Makam-Makam Ulama Lawatan ke Al-Azhar Park Mengelilingi Sungai Nil Santap di Pusat Membeli Belah, Stars City 22 Disember 2008 - 23 Disember 2008 Perjalanan ke Pelabuhan Safaga selama 7 jam untuk mengambil jemaah haji PMRAM. Alhamdulillah semuanya selamat seperti sediakala. Kaherah - Safaga - Kaherah. Catatan ini catatan ringkas kerana saya tidak sempat upload gambar.

CERPEN : TUAN, INI UNTUK KAMU

CERPEN TERBAHARU TUAN, INI UNTUK KAMU Oleh Syafiq Zulakifli (http://typeace.blogspot.com) INI tugas saya. Mencatat, menulis dan mempromosikan hasil tulisan di dalam akhbar Al-Ahram. Semenjak diterima masuk ke dalam dunia kewartawanan, saya tidak pernah kecewa dengan tugas seperti ini. Pagi; keluar seawal Subuh untuk mendapatkan berita-berita panas dan sensasi kiranya dan dimuatkan di dalam akhbar syarikat milik Tuan Fareed pada keesokkan harinya. Malam pula pulang selewat jam satu pagi ke rumah. Tentu teman serumah sudah mengerti tugas saya seperti ini sehari-hari. Sebagai sebuah pengarang akhbar ‘panas’ di bandar Kaherah, liputan saya semestinya tidak harus sama dengan liputan yang dikendalikan dan diterbitkan oleh akhbar-akhbar lain. Itu harapan daripada Tuan Fareed sendiri. Beliau mahukan berita yang lain daripada yang lain. Cerewet. “Mohamed Eidil, berita panas apa hari ini?” “Belum ada lagi Tuan.” Setiap hari Tuan Fareed, ketua pengarang kanan akhbar Al-Ahram akan bertanyakan kepa

Catatan Sebelum Peperiksaan (Musim Sejuk)

Percutian yang panjang. Air ini bukan milik saya. Sengaja melaram! Apabila masa 24 jam kita gunakan dengan sebaiknya, di situ pelbagai kelebihan kita akan dapat. Pertama, dapat menunaikan amanah selaku hamba-Nya dengan sebaik-baiknya. Kedua, dapat belajar dan membaca buku dengan tekun dan berwawasan. Ketiga, dapat membahagikan masa untuk bersantai dan berceritera dengan rakan-rakan lama di alam maya. Berbicara berkenaan rakan-rakan lama, tentu banyak boleh diceritakan. Tahun ini rupanya saya sudah 10 tahun mengenali kawan-kawan saya di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang. Semenjak tahun 1998 (semasa tingkatan 1), dan kini sudah pun penghujung tahun 2008. Masing-masing sudah berkerjaya. Pertama, ada yang sudah duduk di pentadbiran kerajaan. Kedua, ada yang sudah duduk di bilik berhawa dingin pusat-pusat pentadbiran swasta. Ketiga, ada yang sudah bekerja di bank-bank dan macam-macam lagi. Ketika bersembang dengan kawan-kawan; dan sesekali bercerita dengan bekas anak murid sekol

Hari Raya Korban Di Kaherah : Sambutan dan Implikasi

Penulis di Zaqaziq - merasmikan program SHAHADAH 08. Di hadapan Masjid Musa Ibnu Nusair pada 10 Zulhijjah 1429H selepas Solat Sunat Aidiladha 10 Zuhijjah yang lalu, hari raya korban atau mudahnya disebut Hari Raya Haji disambut serentak seluruh negara; begitu juga dengan negara Mesir – setelah anak bulan Zulhijjah tepat mengenai kedudukannya. Saya tidak menyambut secara besar-besaran. Namun, apabila datang jemputan; saya menerima undangan daripada pihak jawatankuasa untuk berprogram di bandar Zaqaziq dan Tanta. Di rumah, sehingga catatan ini ditulis; saya menjadi kebuntuan apabila ‘belambak’ daging-daging korban memenuhi ruang peti sejuk. Dari atas ke bawah, yang saya lihat adalah daging sahaja. Ada unta, kambing, lembu. Saya bertanya pada diri, "tiap-tiap harilah saya akan makan daging sehingga daging ini habis." Dahulu, semasa kecil saya menjadi pelik mengapa hari raya ini dinamakan hari raya korban, hari raya haji, dan hari raya aidil adha. Tiga buah nama diletakkan di

Dosa-Dosa Peperiksaan : Catatan Luka Seorang Mahasiswa Tahun Empat

Tahun ini adalah tahun keajaiban buat diri sendiri. Entah. Barangkali catatan luka ini tidak harus dikemudi di dalam blog peribadi. Takut dijadikan fitnah ke atas diri sendiri lantas ada beberapa perkara yang tidak disedari mengundang sebak dalam diri. Begini saya mulakan. Entah dimana silapnya, saya kurang pasti bahawa Disember sudah berkunjung. Ini bermakna semakin hampir waktu yang dinamakan peperiksaan. Ya! Peperiksaan. Untuk apa periksa? Jawapan yang paling mudah diterima akal adalah untuk lulus periksa. Memang benar kenyataan ini. Dapatkan segulung ijazah untuk pulang daripada mandala pendidikan ini. Siapa yang tidak mahu berjaya bukan? Siapa yang tidak mahu berdiri di atas pentas konvokesyen menerima segulung ijazah daripada Syeikh Al-Azhar. Tetapi bagaimana ingin berjaya? Jawapan yang mudah juga, ambil buku, Baca! Hafal! Ya. Sebenarnya saya terpenjara di dalam dua benua. Dunia ini dinamakan ‘dunia buntu’ dan ‘dunia kosong’. Entah dimana silapnya juga saya tidak ketahui. Barang

Renungan : Saya Bukan Anak Dato'

Saya bukan anak Dato', sebab itu saya jarang sekali tidur di dalam hotel-hotel mewah. Seingat saya, kali terakhir saya tidur pun di Hotel Mandarin Court, Kuala Lumpur tahun lalu sempena program Bengkel Penulisan Karyawan Muda Luar Negara anjuran DBP. Pernah satu masa, saya dibawa oleh keluarga di Palace of The Golden Horses Hotel di Seri Kembangan, Kuala Lumpur berhampiran Mines Wonderland, Sungai Besi. Entah berapa tahun yang sudah saya tidak mampu untuk kembalikan nostalgia itu. Itu kisah dahulu. Kisah saya diheret oleh keluarga untuk sama-sama menyertai percutian. Mungkin kini sudah dewasa, peluang untuk saya pula yang menyewa dan membawa kedua-dua orang tua menikmati hidup di sana. Beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih lagi selepas duduk di Mesir peluang itu jarang-jarang saya menemukannya. Beberapa hari yang lalu, saya dibawa ke Hotel Fairmont, Cairo bersama seorang teman. Jikalau mahu dihitung, hotel ini saya gambarkan seperti Palace of The Golden Horses Hotel di Mal

GERAK USAHAWAN MESIR : Tercapaikah objektif?

Penulis di hadapan CICC Teman penulis yang bersama di CICC (Saudara Adlan Mokhtaruddin) Di tengah (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) Dari kiri : Adlan, Muizz, Khairul Anuar, Prof. Dr. Fauzi (KPT), Penulis, Hj Ibrahim (KPT), dan Dr. Jamil (Pengarah MSD Cairo) GERAK USAHAWAN MESIR 2008 : Tercapaikah Objektif? Catatan Kembara Syafiq Zulakifli Lebih daripada 15 buah agensi terlibat di dalam Gerak Usahawan Mesir 2008 yang diadakan di Cairo International Conference Centre (CICC). Dewan besar yang mampu memuatkan hampir 4,000 orang mahasiswa ini sekali lagi dikunjungi oleh agensi kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia bersama-sama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pada tanggapan saya, tahun lalu, Middle East Career Carnival (MECC) atau dalam bahasa ibundanya Karnival Kerjaya Timur Tengah yang diadakan di tempat yang sama lebih meriah. Ini kerana program tersebut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri, YAB Dato’ Seri Abdullah