Posts

Showing posts from June, 2009

Matrikulasi Al-Azhar : Mahasiswa Mampu Tersenyum

Image
Kenyataan Akhbar (Muka hadapan)

PENGAJIAN Matrikulasi Al-Azhar yang bermula pada sesi pengajian yang lalu (2008/09) kini tiba ke noktah terakhir.

Barangkali kita mendengar khabar yang selesa selepas kenyataan akhbar "Suara Al-Azhar" muka depan kelmarin menyatakan bahawa pihak universiti akan memajukan dan meningkatkan peranan golongan Al-Azhar sebagai sebuah tenaga kerja untuk seluruh dunia.

Satu fakulti baharu diwujudkan. Fakulti Ulum Islamiah Azhariah untuk mahasiswa luar negara yang tidak menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.

Oleh yang demikian, mahasiswa matrikulasi Al-Azhar mampu tersenyum seketika terhadap proses pengajian ini. Tetapi, sebagai perintis kepada program ini, mahasiswa dan mahasiswi akan menghadapi satu 'kesukaran' kerana rujukan atau silibus pembelajaran masih pada tahap baharu.

Mereka mungkin tercari-cari bagaimana kaedah pembelajaran bagi menghadapi suasana dalam fakulti ini.

Kita belum dikhabarkan secara terperinci terhadap program ini k…

BERITA : Anak Johor Usah Gentar

Image
Gambar hiasan.
Penulis (tengah) bersama mahasiswa Universiti Malaya yang bakal pulang ke Malaysia selepas tamat kursus bahasa Arab di Mesir. Kerana H1N1 kami berjaga-jaga :)

MEMBACA akhbar adalah menjadi makanan asasi saya. Oleh sebab itu, banyak perkara yang diberitakan oleh akhbar cepat-cepat saya muatkan. Isu pengangguran mahasiswa atau orang awam sepatutnya tidak berlaku. Pelbagai kerjaya yang ditawarkan oleh negara pada hari ini.

Adakah mahasiswa kita terlalu memilih? Atau mereka masih belum bersedia terjun ke dalam sektor kerjaya malah menjadikan alasan tidak bekerjaya hanya kerana 'masih belum ada rezeki'?

Menerusi ekspo kerjaya yang diadakan hampir setiap bulan di Malaysia, peluang tersebut tidak akan mati ditelan keadaan ekonomi negara yang sarat dengan kegawatan.

Adakah 'Karnival Kerjaya Timur Tengah' akan diadakan lagi?


Sumber : Utusan Online, Ahad 28 Jun 2009
Ekspo kerjaya tawar 7,000 peluang kerja untuk warga Johor

LEDANG 27 Jun - Sebanyak 7,000 peluang pekerjaan …

PMRAM Ke Turki dan Fatwa Mufti Mesir

Image
Kota Istanbul

Mulai hari ini, 27 Jun 2009 hingga 5 Julai 2009 PMRAM menghantar dan mengadakan lawatan sambil belajar ke Turki.

Rezeki untuk bersama-sama teman ke Turki pada tahun ini tidak ada. Moga-moga ada peluang pada sesi mendatang.

Teringin benar melihat Selat Bosphorus dan Kota Istanbul yang tersergam indah. Apapun, moga dipertemukan selepas ini.

Tahniah buat PMRAM.

Akhbar Suara Azhar (setiap hari Jumaat)
2
Fatwa Mufti Kerajaan Mesir

Fatwa ini saya sudah baca pada minggu lalu di Majalah Akhbar, Mesir. Tetapi lebih menjelaskan adalah dalam akhbar Soutul-Azhar 26 Jun 2009.

"Harus Melewatkan Ibadah Umrah Kerana Wabak H1N1"

Atas sebab Influenza H1N1 yang melanda kebanyakan negara, Mufti Kerajaan Mesir, Dr Ali Jum'ah telah memfatwakan agar digalakkan untuk melewatkan ibadah umrah pada musim ini.

Oleh kerana ibadah umrah juga boleh menyebabkan masalah-masalah luar jangka timbul, fatwa ini meraikan beberapa pihak yang ingin ke sana.

Walaubagaimanapun, ibadah umrah tidak mendatangkan …

Bahang Selepas Peperiksaan dan Universiti

Image
MUSIM panas selepas peperiksaan ini memang mencabar. Apatah lagi 'cemburu' melihat beberapa bagasi diheret ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Penghijrahan itu barangkali melepaskan lelah daripada debu kemuncak Kota Kaherah yang bahang. Ketika artikel ini ditulis, suhu Kota Kaherah barangkali melebihi 40 darjah celcius.

Tugas harus dilaksanakan. Amanah yang diberi harus digalas dengan seadilnya. Barangkali juga tempo penulisan saya akan bertukar daripada pantas meng-update kepada kurang sedikit kerana bebanan tugas luar. Kadang-kadang saya tidak sahaja duduk di rumah berbanding zaman peperiksaan dulu. Pagi bersidang di kawasan A, petang bersidang di kawasan B, malam bersidang di kawasan C. Resam sebagai seorang pemegang amanah.

Walaupun bukan sebagai anggota kepimpinan tetapi 'menasihati' persatuan adalah perkara yang benar-benar mencabar. Tentunya kehidupan akan berubah daripada sehari ke sehari.

(2)
Hari Ahad ini adalah kemasukan ke IPTA bagi mahasiswa kita di Mala…

AGAMA : Teman Simbol Kekuatan Diri

Image
Exco Dakwah BKPJM 'memaksa' saya menulis sebuah artikel untuk dibawa ke lawatan rasmi kepimpinan BKPJM seluruh cawangan di Mesir bermula hari esok. Justeru, dalam keadaan yang senggang ini sempat juga menulis untuk BKPJM.

Kepada yang kena tempias dan tempeleng sikit-sikit itu, biasalah...jangan kecil hati.

TEMAN SIMBOL KEKUATAN DIRI
Oleh : Syafiq Zulakifli

ISLAM menitikberatkan hubungan sesama manusia. Sebagai sebuah agama yang mementingkan hubungan sesama manusia ini, kita semestinya bersyukur kerana masih mempunyai teman dan rakan sebagai pemudahcara ketika berada di bumi Mesir ini.

Sebenarnya, teman dan rakan juga termasuk daripada salah satu amanah Allah yang harus ditunaikan haknya. Ada ketika mereka senang dan kita mengharapkan pertolongan mereka. Dan ada ketika mereka berada di dalam keadaan susah dan memerlukan sokongan dan dorongan daripada kita. Justeru, sebagai teman adalah menjadi tanggungjawab untuk melaksanakan tuntutan tersebut.

Menghormati teman dan menyempurnakan ha…

DUNIA BUKU : Pengalaman Sebagai Editor

Image
Antologi Cerpen dan Puisi (2008)

Dialek Arab Mesir (di antara buku best-seller Mesir)

Buku ilmiah (versi cetakan Mesir)

SEPANJANG berada di Mesir, walaupun saya bukan penyelenggara kepada Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM, tetapi saya diberi peluang sebagai editor kepada beberapa buah buku keluaran PMRAM.

Walaupun kebanyakan bidang tugas sebagai editor yang saya lakukan adalah hanya menyusun letak muka surat, membaca pruf bagi setiap perkataan dan ayat, ia adalah satu kerja dan tugas yang murni.

Sebagai editor yang tidak bertauliah, pastinya ada beberapa kecacatan dan kekurangan sepanjang mengendalikan buku-buku tersebut. Namun, saya berasa kepuasan kerana sambil mengedit karya tersebut saya juga dapat belajar daripada isi kandungan tersebut.

Oleh kerana sektor buku kini sudah menjadi laut biru dalam pasaran, saya tidak menolak menjadikan buku sebagai bidang kerjaya. Mungkin juga sebagai penulis sepenuh masa. Doakan sahaja. Ramai teman-teman seangkatan yang sudah duduk goyang kaki menu…

SASTERA : Dunia Faisal Tehrani

Image
Faisal Tehrani (2007)

NAMA Mohd Faizal bin Musa atau dikenali sebagai Faisal Tehrani sudah menjadi siulan dibibir generasi muda hari ini. Barangkali mereka yang mempelajari KOMSAS di peringkat menengah tidak melupakan cerpen "Kerana Manisnya Epal" di dalam antologi KOMSAS 'Anak Laut' Tingkatan Empat itu.

Faisal Tehrani mula mendapat nama setelah berjaya menempatkan nama dalam dunia sastera melalui karya 1515 yang memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2002. Kemudian berjaya merampas hatrick pada HSKU 2003 dengan karya 1511H Kombat. Setahun kemudian, panel hakim masih menobatkan karya 'Advencer Si Peniup Ney' sebagai karya matang yang mampu berada di pentas kesusasteraan negara.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh beberapa tahun ini, banyak karya Faisal Tehrani yang sudah diuliti. Antaranya, Detektif Indigo, Advencer Si Peniup Ney, Manikam Kalbu, Tuhan Manusia, Surat-Surat perempuan Johor, Nama Beta Sultan Alauddin, Ikan Fugu, Lukisan dan Jimson,…

Selamat Hari Bapa

Image
Bumi yang kita pijak tidak sama.

Antara kita ada saat manis dan hilai ketawa
bermain dalam warna cinta
dan Tuhan mempertemukan makna
sebuah keakraban
dalam jauh yang berdekatan.

Suku abad berlalu
dengan deraian airmata
jarak memisahkan antara dua wajah
damai mewarnakan pelangi
cinta kita dalam diam
antara roh dan jasad
antara loh dan kasad.

Lewat zaman ini
kita bakal dijodohkan
dalam mihrab yang belum terbatas.

Terima kasih Abah.

Kaherah,
Pagi Hari Bapa 2009.

Tambahan :
-Terus pergi mesyuarat rang undang-undang PMRAM!

Motivasi Minda

Image
MAHASISWA biasa yang dilahirkan seperti biasa perlu ada jatidiri yang luar biasa. Barangkali idealisme saya yang kadang-kadang di dalam keadaan luar biasa ini disalah ertikan.

MALAM tadi, saya menghadiri majlis selamat jalan (Jamuan Penutup dan Penyampaian Sijil) kepada pelajar Universiti Malaya bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah. Program kursus bahasa Arab telah sampai ke puncak apabila program tersebut berjaya diselesaikan dalam jangka masa satu bulan.

Pada hemat saya, program sebegini wajar diteruskan bagi mempromosi mahasiswa dalam negara untuk mengenali sistem pembelajaran bahasa Arab di Mesir. Walaupun ramai mengakui bahawa tempoh satu bulan adalah terlalu singkat tetapi sekurang-kurangnya ada input yang mampu dibawa bekalan oleh generasi muda hari ini. Syabas Universiti Malaya.

Di dalam majlis tersebut, Encik Fauzi mewakili Kuasa Usaha Sementara daripada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang diberi peluang untuk berucap telah memberi input berguna kepada mahasiswa Univers…

ARMA Terbakar : Salah Siapa?

Image
Suasana daripada luar bilik dan bangunan ARMA

Bilik mangsa yang tidak dapat diselamatkan

Wayar elektrik putus dan kebakaran cepat merebak
(Bahang api masih terasa ketika saya berada meninjau lokasi kejadian)

Hanya tinggal kenangan. Katil, almari, pakaian, komputer dan semua peralatan hangus dijilat api

Peraturan daripada Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah kepada penghuni

ASRAMA RUMAH MELAYU ABBASIAH (ARMA) di Kaherah mencatat rekod tersendiri apabila buat kali pertama terbakar semenjak dibaiki oleh pihak kerajaan Malaysia dan selepas menghalau PMRAM duduk di dalam pejabat PMRAM yang berada di dalam bangunan tersebut.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 12.00 tengahari dikatakan berpunca daripada litar pintas sehingga ada dakwaan mengatakan bahawa sistem elektrik menyebabkan punca sebenar kebakaran ini berlaku. Sebanyak tiga buah bomba berkejar ke tempat kejadian dan memadam api yang marak terbakar.

Kejadian telah berlaku di salah satu bilik di tingkat lima yang mengakibatkan mangsa kerugian teru…

Kerajaan Perpaduan : PAS Hampir Rebah

ISU dan gagasan kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang hampir rebah apabila gagasannya itu ditolak mentah-mentah oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

Kenyataan Nik Aziz yang menganggap Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa sebagai sampah merupakan 'kalam panas' yang seharusnya diberikan perhatian serius oleh seluruh kepimpinan parti.

Kecelaruan ini hanya mendatangkan kesan negatif kepada PAS yang sudah dianggap parti Islam yang mampu diterima oleh rakyat. Pandangan terhadap kerajaan perpaduan ini seharusnya diperjelaskan dengan semasak-masaknya kepada semua ahli agar kepincangan ini tidak akan bernanah di dalam kepimpinan PAS.

Melihat daripada fenomena yang sedang berlaku di dalam beberapa hari ini, PAS bakal menerima kecaman hebat daripada musuh tradisi (pihak lawan) dan mereka akan menganggap bahawa parti sedang berpecah.

Kesilapan besar yang menjadi polemik di…

Mari Cipta Peluang

SEPANJANG TAHUN 2009, beberapa buah pertandingan sedang berlangsung :-

1. HADIAH KARYA ILMIAH, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Tarikh tutup : 31 Disember 2009
Hadiah : RM 8,000.00 (bagi setiap kategori)

2. SAYEMBARA NOVEL REMAJA HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2009

Tarikh tutup : 31 Disember 2009
Hadiah : RM 7,000.00 (Johan)

3. SAYEMBARA NOVEL FIKSYEN SAINS UTM-UTUSAN

Tarikh tutup : 31 Ogos 2009
Hadiah : RM 15,000.00 (Johan)

4. SAYEMBARA NOVEL SEJARAH JOHOR DAN TRADISI III

Tarikh tutup : 31 Disember 2009
Hadiah : RM 35,000.00 (Johan)

Jika ditanya kepada saya, mahu menyertai yang mana satu, sehingga hari ini saya belum ada 'feel' ingin menyertai.


Proses Kreatif vs Non-Kreatif

Image
Pusat cari ilham(macam Plaza Angsana)

Proses kreatif (novel, cerpen, puisi) dan proses non-kreatif (esei, rencana) adalah dua proses berbeza. Kedua-dua proses melalui pelbagai cara untuk menyelesaikannya.

Daripada pemerhatian saya, kedua-dua proses ini adalah kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dan bagi yang baru mula mencuba, pilihlah mana-mana genre pun, anda akan merasakan kepuasan setelah menulis.

Penulisan kreatif adalah amat rumit. Ini kerana proses penulisan kreatif memerlukan daya imaginasi yang terlalu tinggi. Ketika saya mengarang kreatif, seluruh tenaga akan digunakan untuk mewakili satu-satu watak. Tetapi pengalaman saya mengarang selalunya berdasarkan pengalaman peribadi. Oleh itu, proses akan berjalan dengan sendiri. Tetapi yang menjadi masalah saya sehingga hari ini adalah bahasa saya masih belum cukup matang. Saya belum mampu menulis dalam kadar 100 patah perkataan per minit. Oleh yang demikian, halangan pertama ini sesekali memaksa saya memberhentikan penulisan krea…

Semacam Hampir Pasti...

Image
Dari kiri : Presiden PMRAM 2008, Presiden PMRAM 2009, Adlan dan Presiden PMRAM 2006-07

SAYA GEMAR membuat andaian terhadap beberapa keping gambar yang dipetik daripada kamera peribadi. Sukar untuk saya mentafsirkan makna kepada keping gambar yang ada ditangan.

Sama ada ramai beranggapan bahawa suratan atau kebetulan, itu saya simpan ke tepi. Tetapi sedari awal yang saya lihat adalah mengapa empat orang ini berada di dalam situasi yang sama.

Apapun, ramalan saya sama ada tepat atau tidak kita akan nantikan pada sesi pentadbiran mendatang.

Adakah Saudara Adlan bakal menjadi Presiden PMRAM pada sesi mendatang...itu yang menjadi persoalan saya.

Tiada Lagi Kring! Kring!

Image
Penulis di Pusat Pentadbiran Negeri Johor

SEMENJAK bergelar ahli biasa, tiada lagi berderang-dering telefon bimbit saya. Orang kata, tidak sempurna hidup tanpa gangguan. Tapi, bagi saya ketenteraman itu jelas terasa. Hihihi.

Selepas berakhirnya peperiksaan ini, walaupun saya bukanlah penjawat awam lagi tetapi bidang tugas saya amatlah besar. Saya perlu 'ganyang' seramai 30 orang petugas daripada PMRAM (Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir) dan 19 orang petugas daripada BKPJM (Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir).

Makanya, dalam ripuh berprogram banyak tugas yang perlu disusun terutama BKPJM yang akan menghadapi Mesyuarat Agung Tahunan seawal-awalnya pada September nanti. (Itupun kalau PMRAM luluskan tarikhnya).

Tentunya perencanaan program MEGA bagi BKPJM sedang disusun rapi. Begitupun, teman-teman yang bakal pulang ke Malaysia sedang berfikir untuk mengadakan Program Sirih Pulang Ke Gagang sebagaimana tahun-tahun lalu. Teringat bagaimana saya mengendalikan program di Kampung…

Sekitar Perjalanan ke Sinai

Image
Di tengah-tengah laut itu...Kubu Salahuddin

Menyeberangi lautan samudera (dalam bot)

Alamak! Bilik Israel. Macam mana boleh diceroboh.

INI adalah kawasan di dalam tanah Kubu Israel yang sudah menjadi muzium bagi kerajaan Mesir selepas Mesir menang di dalam peperangan 6 Oktober 1973 menewaskan tentera Israel.


Penulis di tengah-tengah belantara Kubu Salahuddin Al-Ayubi, Toba
(kawasan ini sudah berhampiran dengan Israel, Jordan dan Arab Saudi)

Jika anda buka telefon bimbit, pastinya akan masuk pesanan daripada Arab Saudi.
WELCOME TO ARAB SAUDI. (Roaming! Jangan angkat telefon)

Serikandi Universiti Malaya yang menuruni Bukit Thursina.

CATATAN ini sebenarnya saya ingin saja simpan di dalam kamus peribadi. Tetapi, sesekali perlu juga berkongsi dengan teman-teman.

Perjalanan ini adalah perjalanan biasa bagi rakan-rakan yang menuntut di bumi Mesir ini. Malah perjalanan yang diadakan pada setiap tahun oleh persatuan ini merupakan sesuatu yang biasa.

Walaubagaimanapun, kesempatan yang diberikan dalam romb…

Menjelang Hari Bapa

HUJUNG minggu ini adalah Sambutan Hari Bapa bagi negara Mesir dan Malaysia. Tarikh yang sama. Hari yang sama. Tetapi keadaan berbeza.

Rakyat Mesir dapat bertemu dengan bapa mereka di Mesir dan rakyat Malaysia dapat bertemu dengan bapa mereka di Malaysia. Tetapi saya, tidak! Aduh..(Ni nak mula telenovela la ni)

Semalam, saya bertemu dengan ayah kepada Akram (pelajar Perubatan) yang terlibat dalam kemalangan minggu lalu sehingga mengorbankan satu nyawa. Betapa saya sebagai seorang anak juga merasai keperitan yang ditanggung oleh seorang ayah yang terpaksa terbang ke Mesir semata-mata bertemu dengan anaknya yang kini sedang terlantar di atas katil hospital.

Aduh!

Inilah dugaan. Sepanjang musim peperiksaan, pelajar yang menuntut di Mesir akan menghadapi situasi yang memelikkan. Sebenarnya, saya juga telah menimpa musibah pada awal peperiksaan lalu. Tetapi pura-pura masalah itu telah hilang dan dibuang ke tepi. Apapun, pengorbanan saya juga amat tinggi kerana berhadapan dengan pihak polis Mesi…

Pengarang Prolifik

Image
SAYA tidak pasti, pada tahun bila nanti saya agar digelar penulis prolifik. Malah hari ini (2009) saya belum ada satu judul buku fiksyen mahupun non-fiksyen yang boleh dibanggakan.

Ada juga teman-teman yang sudah berhenti kerja bergaji dengan kerajaan dan swasta malah sudah terjun ke dalam bidang pengarang sepenuh masa. Selepas peperiksaan tadi, saya ke City Star. Tujuannya satu, mencari novel untuk dikaji. Semenjak kepala saya beku menghadap buku-buku bahasa Arab, saya perlu disuapkan dengan genre bahasa baharu. Tetapi kecewanya saya kerana tidak terdapat kedai buku bahasa Melayu. Yang ada hanyalah bahasa Inggeris.

Ketika mencari novel-novel baharu, muncul seorang penulis terhebat Brazil, Paulo Coelho yang menulis berjudul-judul buku malah buku tersebut adalah best-seller kesemuanya. Pada hemat saya, pengarang adalah seorang yang cukup prolifik menghasilkan karya sehingga banyak karya beliau diangkat sebagai International Bestseller.

Pun begitu, menulis sebuah karya tidak sama menulis s…

Ujian Lisan Seumpama Temuduga Kerja

Image
HARI INI selesai sudah peperiksaan lisan bagi mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir tahun empat, Jabatan Syariah Islamiah Kaherah. Tetapi, pokok perbincangan saya adalah sebuah fenomena yang seringkali dilihat sepanjang saya menjadi calon ujian lisan.

Bagi mahasiswa Malaysia, barangkali perkara ini sudah maklum. Dan, rata-rata mampu untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya. Tetapi berlainan pula kepada teman-teman kita daripada negara lain atau budaya yang berbeza.

Saya jadi hairan, mengapa mereka yang hadir untuk peperiksaan ujian lisan tidak menganggap seperti hadir ke dewan temuduga untuk memohon kerja. Pertama, daripada aspek pemakaian calon untuk ke peperiksaan lisan tersebut.

Paling menarik, ada yang berambut panjang (tidak kemas), malah ada yang mewarnakan rambut dengan bermacam-macam warna. Sekiranya saya yang diamanahkan untuk menjadi pegawai peperiksaan pada ketika itu pun, aspek kekemasan juga diambil kira selain daripada soalan yang bakal dijawab nanti.

Ada bebera…

Genap Dua Tahun : Hari Yang Sama

DUA tahun lalu, Rabu (13 Jun 2007), saya menerima berita cemas pemergian Saudara Mohamad bin Ishak yang ditikam rakan senegara di Mansurah.

Tahun ini, 2009. Pada hari yang sama, Rabu (10 Jun 2009) berita kematian seorang mahasiswa perubatan Kaherah.

Tiba-tiba saya terfikir, apakah dua tahun akan datang pada hari yang sama, bulan yang sama akan ada kes yang sama akan berulang?

Sejujurnya, ini semua ketentuan Ilahi. Barangkali men'takyin'kan sesuatu perkara yang boleh merosakkan akidah adalah tidak baik.

Namun, kerana semua ini kita harus beringat!

Utusan Online, Sabtu 13 Jun 2009

'Saya reda pemergian Amar'

KEPALA BATAS 12 Jun - "Amar anak soleh, baik budi pekerti dan tidak pernah menyinggung hati. Saya reda pemergiannya," kata Siti Fatimah Ramli, ibu kepada pelajar Malaysia yang maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kaherah, kelmarin.

Muhammad Amar Zulkifli, 21, anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik merupakan penuntut bidang perubatan tahun tiga…

Soalan 'Takyin'

SEMALAM saya dan teman-teman tahun akhir Jabatan Syariah Islamiah mengambil soalan 'takyin'. Bagi tahun akhir, peperiksaan syafawi (lisan) dinamakan 'takyin'.

Pada saya, perbezaan yang menentukan di antara peperiksaan lisan dan takyin adalah soalannya. Peperiksaan syafawi (lisan) seperti tahun-tahun sebelum ini, kita sudah tahu apa yang akan ditanya oleh pengawas peperiksaan bermula daripada awal sesi. Malah soalan-soalan yang akan disoal bagi madah feqah, usul feqah dan feqah perbandingan semuanya adalah secara tersusun mengikut tajuk (maudhui).

Tetapi, untuk tahun akhir, calon akan diberikan soalan dalam jangka masa tiga hari sebelum tarikh peperiksaan. Calon dikehendaki mengkaji soalan sepanjang tiga hari ini dan akan ditanya pada hari peperiksaan (ujian lisan) nanti.

Menariknya, soalan takyin bukan daripada maudhui. Tetapi soalan datang daripada kitab turath. Bagi matapelajaran Feqah, silibus yang digunapakai adalah Kitab Qalyubi dan Umairah syarah daripada matan Imam…

Laporan Akhbar

Pelajar Malaysia maut nahas di Kaherah

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Kaherah, Mesir, meninggal dunia selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya kelmarin.

Muhammad Amar Zulkifli, pelajar perubatan tahun tiga yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang terbabit dalam kemalangan bersama empat rakannya ketika pulang dari Ain Sokhna, selepas waktu Maghrib, kelmarin (waktu Mesir).

Menurut laporan laman web Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang (Mesir) kenderaan yang mereka naiki terbabas apabila cuba memotong sebuah lori dan mengakibatkan kenderaan itu hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan.

Muhammad Ammar meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi rakannya cedera. Semua mangsa dihantar ke Hospital Kasr El Ainy untuk rawatan lanjut.

Mangsa lain dikenali sebagai Abdul Rahman Ramdzan dikatakan patah lengan kanan, manakala seorang lagi, Akram Abdul Kadir masih koma. Bagaimanapun, dua lagi rakan mereka hanya cedera ringan.

Jenazah Amma…

Ku Kirim Doa Buatmu

DALAM kesedihan pemergian seorang sahabat daripada pelajar Perubatan yang telah pergi buat selamanya semalam atas tragedi kemalangan, hanya doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi agar roh Allahyarham bersama golongan para syuhada.

Moga-moga perjuangan sebagai seorang penuntut ilmu di Mesir adalah salah satu daripada ganjaran syuhada Allah s.w.t.

Tiba-tiba ada beberapa perkara yang menjadi iktibar. Pertama, sejauhmana kita menghargai teman dan kawan sepanjang kita hidup bersama mereka.

Kedua, sejauhmana kita memberikan sepenuh kasih dan sayang dalam erti kata memberikan penghormatan terhadap kawan-kawan sepanjang hidupnya.

Ketiga, berapa kali kita pernah menangis kerana kasih dan sayang kepada seorang teman.

Apapun, pemergian ini barangkali ditangisi teman-teman rapat Allahyarham.

Al-Fatihah buat Saudara Ammar Zulkifli, Kaherah, Mesir.




Hiburan, Kelahiran dan Pemergian

Image
HIBURAN

BARU-BARU ini, saya berlibur sebentar di kawasan peranginan. Semacam di Malaysia pula. Oleh kerana sudah lama tidak pulang ke Malaysia ditambah-tambah dengan hidup hiruk-pikuk melihat dataran gurun sahara setiap hari, saya ambil kesempatan mencari ketenangan di celah-celah rimbun hutan Khatulistiwa.

Ada harimau, singa, burung, orang utan dan macam-macam lagi. Menarik!

Tambahan : Mesti ramai bertanya, kami nak pergi juga!

KELAHIRAN


Semalam 10 Jun, ulangtahun kelahiran Ustaz Fakerei yang ke-2X. Teman-teman yang rapat menyambutnya di rumah beliau. Salam Ulangtahun buat Ustaz Fakerei. Selepas ini 'birth' siapa pula?

Tak nak sambut di hotel ke?

PEMERGIAN

Kita baru menerima pemergian seorang sahabat kita daripada Perubatan Cawangan Kaherah yang meninggal dunia akibat kemalangan di Ain Sukhnah, Suez. Beliau adalah Saudara Ammar Zulkifli. Allahyarham bersama-sama empat orang teman di dalam perjalanan pulang selepas mencari tempat bagi berprogram di Ain Sukhnah.

Al-Fatihah.

Tambahan :

Bar…

Jika Engkau Pergi

Image
Penulis di Puncak Jabal Thursina pada pagi Jumaat, 5 Jun 2009

INI hanya sebuah lirik lagu. Penyanyi Imran Ajmain. Kali pertama dengar lagu ini sebulan atau dua bulan yang lepas. Memang saya tidak ingat. Tetapi, selepas menonton satu drama tv berjudul 'Yusuff', lagu ini telah menjadi latar kepada drama tersebut; sengaja saya menempel lagu di sini.

Drama 'Yusuff' akan pra-kisah kepada Nabi Yusuff, anak kepada Nabi Yaakub. Pada saya, pengarang dan penulis skrip sekurang-kurangnya mengembalikan sirah Islam sebagai satu cara memperkenalkan masyarakat dan dunia Malaysia terhadap drama yang mengangkat sejarah Nabi.


Lagu : Jika Engkau Pergi

Bermulanya semua hanya dengan rasa
ada saja yang tak kena

Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta

Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan

Chorus

Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir te…

Keputusan Penuh HSKU 2008

Image
Berikut disenaraikan keputusan penuh Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008. Persaingan merebut anugerah ini sememangnya sengit. Daripada satu sudut, saya meninjau ada muka-muka baharu yang layak menerima hadiah dan ada juga otai-otai lama sastera tidak menang anugerah pada tahun ini.

Bagi saya, ini adalah adat pertandingan. Ada yang menang dan ada yang kalah. Tetapi, sejauhmana anugerah itu yang penting kesungguhan Kumpulan Utusan meraikan pemenang-pemenang amat saya hargai. Tahun hadapan adalah Sambutan Jubli Perak (25 tahun) penganjuran hadiah sastera oleh Kumpulan Utusan. Semestinya ramai berharap meraih anugerah terbesar ini.

Saya juga bercita-cita agar 'cerpen' menembusi akhbar Mingguan Malaysia. Tetapi sehingga kini memang sukar menembusi akhbar yang berprestij ini. Dikhabarkan oleh editor, Ku Seman Ku Hussain, beliau menerima karya cerpen tidak kurang daripada lima pada setiap minggu. Bagaimana yang harus beliau lakukan untuk memilih karya yang benar-benar matang untuk dile…

Produk Baru PMRAM

Image
Beg Kecil
Harga : LE 5.00


Beg Kuliah versi 1
Harga : LE 35.00


Stiker Kuliah (ditampal pada buku masing-masing)
Harga : LE 2.00


Beg Kuliah versi 2
Harga : LE 55.00

Beg Pulang Ke Kampung Halaman
Harga : LE 60.00

Kotak Pensel Kain

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) berdiri kukuh di bumi Mesir disebabkan ekonomi yang kuat. Sebagai sebuah persatuan pelajar, kita akan terus mengeluarkan produk-produk baru kepada semua mahasiswa Malaysia yang berjumlah 8,000 orang (termasuk pelajar perubatan) agar program-program MEGA kita mampu laksanakan tanpa memerlukan bantuan daripada pihak luar.

Biasanya program-program besar, kita akan menanggung sekitar LE 20,000.00 dan ke atas. Tanpa ekonomi yang kukuh, kita tidak mampu mengadakan program yang MEGA.

Pelanggan kita umum. Kita tidak pernah membezakan jantina, keturunan, budaya, ataupun sebagai agama. Malah, mahasiswa darpada Indonesia, Kemboja, Singapura dan Brunei juga merupakan pelanggan kita.

Sepanjang duduk di kerusi pentadbiran pada sesi lalu, say…

Universiti Al-Azhar Buat Kejutan!

Image
Mereka yang faham bahasa Arab boleh baca iklan ini

FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG, Jabatan Syariah Islamiah, Kaherah membuat kejutan hari ini apabila mengumumkan peperiksaan 'ulangan' bagi kertas Usul Feqh bagi tahun 4.

Pengumuman itu ditampal dan diumumkan di dalam peperiksaan pada hari ini. Peperiksaan bagi kertas Usul Feqh yang telah berlangsung pada 25 Mei yang lalu diulang sekali lagi pada 18 Jun ini atas sebab-sebab yang tidak dimaklumkan.

Namun, saya sebagai calon yang menduduki peperiksaan pada 25 Mei yang lepas juga menerima pengulangan ini disebabkan soalan Usul Feqh (maudhui) adalah bukan daripada buku yang dikeluarkan oleh Universiti Al-Azhar.

Saya fikir perkara ini telah dibawa sehingga ke peringkat atasan menyebabkan pengulangan terpaksa dilakukan oleh pihak fakulti.

Sebagai calon, saya menerima pengulangan ini. Peperiksaan dijangka akan diulang semula pada 18 Jun ini.

Dalam masa yang sama, mahasiswa tahun empat ini juga yang menjadi 'mangsa' ketika kehadira…

Yang Dinanti-Nantikan

Image
BARANGKALI pengurus penyelenggaraan komputer berkejar-kejar untuk kenduri kahwin hari Ahad, 7 Jun 2009. Oleh yang demikian, keputusan tidak dapat diumumkan melalui versi internet.

Saya mengucapkan tahniah kepada pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008. Persaingan cukup sengit sehingga saya meninjau ada muka-muka baharu yang turut meraih anugerah berprestij ini. Tahniah sekali lagi.

Berikut adalah keputusan bagi pemenang Hadiah Utama sahaja. Keputusan ini diambil daripada penyelenggara Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, Saudara Rozlan Mohamed Noor.

Ucapan tahniah ini khas buat Fahd Razy yang sememangnya sudah diramal menggondol anugerah bagi kategori puisi. Paling menyeronokkan beliau juga memenangi hadiah penghargaan. Bergandalah kemenangan yang diraih.

PEMENANG KATEGORI NOVEL REMAJA

Pertama : Kasih Nan Agung karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Kedua : Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
Ketiga : Meniti Jalan Hadapan karya Norziati Mohd Rosman

PEMENANG KATEGORI CERPEN REMAJA

Dari Kalbu ke…

Merakam Pengalaman Bersama Mahasiswa Universiti Malaya

Image
Dua hari saya bercuti. Tidak berada di Kaherah.

Merakam Pengalaman Bersama Mahasiswa Universiti Malaya


KEHADIRAN Obama ke bumi Mesir tidak membawa apa-apa keistimewaan. Sudahpun begitu, saya mengambil peluang bersama-sama teman daripada Universiti Malaya di dalam rangka pembelajaran dan kursus bahasa Arab selama satu bulan di Universiti Kaherah, Mesir untuk pergi bercuti.

Barangkali juga, pengembaraan kali ini akan terus tercatat di dalam diari peribadi kerana pengalaman bersama teman-teman daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur tidak dapat dilupakan. Saya diberi peluang bersama-sama kumpulan ini ke Semenanjung Sinai.

Sinai bukanlah satu nama asing bagi pelancong atau pengunjung yang melawat negara Mesir. Sinai merupakan satu kawasan sejarah yang merakamkan pengalaman panjang seorang Nabi Allah iaitu Nabi Musa A.S.

Sirah dan catatan perjalanan Nabi Musa dirakamkan di dalam Al-Quran menerusi penceritaan secara zahiriah mahupun pentafsiran melalui ulama-ulama tafsir di dalam tafsirnya.

Romb…

Dasar Terbuka Pendidikan Mesir

Image
Barangkali inilah MoU yang ditandatangani di antara kedua-dua kementerian.

SATU memorandum (MOU) persefahaman telah termetrai di antara Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir untuk menghantar mana-mana pelajar perubatan di Mesir. Di antara universiti yang terlibat adalah Universiti Mansurah, Universiti Tanta, Universiti Zaqaziq dan Universiti Iskandariah.

Namun, adakah persefahaman yang ditandatangani itu merupakan satu dasar terbuka kepada pelajar perubatan di Mesir ini?

Tahukah kalian, semenjak lambakan pelajar persendirian (perubatan) ke Mesir, satu tamparan hebat telah mengenai pelajar-pelajar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Kita sedia maklum, pelajar yang dihantar ke Mesir melalui JPA dan MARA melalui satu tapisan khas yang diadakan semenjak daripada Malaysia. Pelajar-pelajar disaring dan akhirnya dibantu melanjutkan pelajaran ke Mesir dengan bantuan daripada kedua-dua buah agensi kerajaan tersebut.

Namun, kita khu…

Vokal Suara Latar

Rakaman suara yang dibuat untuk program dokumentari yang terbengkalai

SUARA memainkan peranan penting di dalam berkomunikasi. Pengalaman saya sepanjang berada di Mesir, saya pernah dijemput untuk mengisi sebuah program dan menjadikan suara saya sebagai 'suara latar'. Dengan jemputan tersebut saya berpeluang merakamnya selama hampir lima jam di bandar Tanta.

Tetapi, sehingga hari ini suara saya yang digunakan untuk membuat latar program tersebut masih belum dibayar. Bukan masalah bayaran sebenarnya tetapi saya kecewa kerana VCD yang dijanjikan kerana menggunakan suara saya untuk dijadikan latar tidak dapat sehingga hari ini. Apa yang harus saya lakukan?

Kalau diizinkan, saya mahu dalami ilmu seni suara ini dengan sebaiknya. Insya-Allah. Tetapi sehingga hari ini saya kurang pasti, apakah ada kelas pembelajaran seni suara ini? Barangkali dunia kewartawanan ada!

Diari

Image
Al-Hidayat, Fitnah, Ulang Tahun, Obama dan Peperiksaan.

HARI INI saya menerima kunjungan hormat daripada Saudara Al-Hidayat daripada bandar Zaqaziq. Terima kasih kerana sudi bertemankan sunyi saya. Barangkali, saya bukan orang pasif. Oleh yang demikian, peperiksaan ini yang memaksa saya menghadap buku 24 jam menyebabkan saya akan 'mengamuk' sendirian.

Ya. Rutin harian saya adalah bermasyarakat dan turun berprogram. Malah pada saya, duduk di rumah dan hanya menghadap kitab ilmiah 100% boleh memuntahkan minda dan diri. Sebab itu, kunjungan teman-teman ke rumah barangkali melepaskan kebuntuan itu.

Ada beberapa perkara yang kami bincang. Bukan soal wanita. Walaupun saya tahu, Al-Hidayat cukup 'intim' dengan kaum wanita. Barangkali juga adik-adik perubatan di Zaqaziq ramai terpikat pada ke'macho'an beliau; tetapi sayang beliau sudah berteman.

Fitnah

KALI ini fitnah bertamu semula. Masih lagi ramai membenci kepimpinan saya. Biarlah. Saya yakin kepimpinan saya dilantik ata…

Amni Insyirah : Menjejaki Usia Dua

Image
Amni Insyirah bt Aqib

SUDAH lama tidak mempromosikan 'anak saudara' sendiri. Amni Insyirah bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang kedua Julai nanti. Sedang menjengah-jengah Facebook kakak saya disamping melihat video Amni yang bersuka ria di kolam renang (rasanya macam kolam renang tu kat rumah saya), saya mengambil peluang 'catch' gambar ini.

Saya rasa perlu bikin satu cerpen atau novel berjudul Amni Insyirah. Pasti meletup.


Debaran HSKU

BULAN Jun adalah bulan mendebarkan. Bagi pencinta sastera, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) yang masuk tahun ke-24 amat mendebarkan.

Seperti artikel saya sebelum ini, saya menanti-nanti pemenang yang bakal 'merampas' gelaran bagi kaki novel remaja, cerpen dan puisi. Tetapi yang lebih utama adalah siapakah yang bakal merampas kedudukan Novel 'Warisnya Kalbu' karya Siti Rahayu Mohd Yusof, juga 'Tawarikh Cinta' karya Nisah Haji Haron dan 'Baromkeh : Matamu di Mataku' karya Ummu Hani Abu Hassan.

Ingat! Tahun lalu ketiga-tiga pemenang novel remaja dikaut oleh generasi hawa. Apakah Zaid Akhtar bakal mengulangi kejayaan 'Justeru Impian di Jaring'? Atau Faisal Tehrani yang kini di India akan pulang membawa resah sebagaimana lahirnya '1515' atau 'Advencer Si Peniup Ney'?

Semuanya bakal menjadi pertaruhan. Apa juga yang dinantikan debaran semakin kencang. Malam penyampaian anugerah 19 Jun ini di Istana Budaya akan menjadi kenyataan se…