Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Monday, June 08, 2009

Universiti Al-Azhar Buat Kejutan!

Mereka yang faham bahasa Arab boleh baca iklan ini

FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG, Jabatan Syariah Islamiah, Kaherah membuat kejutan hari ini apabila mengumumkan peperiksaan 'ulangan' bagi kertas Usul Feqh bagi tahun 4.

Pengumuman itu ditampal dan diumumkan di dalam peperiksaan pada hari ini. Peperiksaan bagi kertas Usul Feqh yang telah berlangsung pada 25 Mei yang lalu diulang sekali lagi pada 18 Jun ini atas sebab-sebab yang tidak dimaklumkan.

Namun, saya sebagai calon yang menduduki peperiksaan pada 25 Mei yang lepas juga menerima pengulangan ini disebabkan soalan Usul Feqh (maudhui) adalah bukan daripada buku yang dikeluarkan oleh Universiti Al-Azhar.

Saya fikir perkara ini telah dibawa sehingga ke peringkat atasan menyebabkan pengulangan terpaksa dilakukan oleh pihak fakulti.

Sebagai calon, saya menerima pengulangan ini. Peperiksaan dijangka akan diulang semula pada 18 Jun ini.

Dalam masa yang sama, mahasiswa tahun empat ini juga yang menjadi 'mangsa' ketika kehadiran Obama pada Khamis lepas. Oleh yang demikian, peperiksaan yang dijadual pada 4 Jun lepas telah ditunda pada 14 Jun 2009.

Kesimpulan :

Saya perlu empat kali masuk peperiksaan.

11 Jun - Mengambil soalan syafawi (takyin) di universiti.
14 Jun - Kertas Bahas Qadaya (ganti masa kes Obama)
15 Jun - Peperiksaan Lisan (Al-Quran, dan soalan daripada takyin)
18 Jun - Peperiksaan ulang semula Usul Feqh bagi maudhui sahaja


4 comments:

Ezo said...

TERUKNYA!!!!!

typeace said...

nak buat macam mana...kita terima sahaja

Mohd Shahrizal Nasir said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Shahrizal Nasir said...

Masya Allah...mcm tu pulak. Nta kne jadi 'amid kulliyyah la syeikh...baru sistematik sikit, bkn pe..yg jadi mangsa...student. Insha Allah..ada hikmah disebalik perkara ini...redha, sabar, kuat semangat...insha Allah.

a'anaka Allah wa sahhala Allah fi amrik!