Kenyataan Akhbar (Muka hadapan) PENGAJIAN Matrikulasi Al-Azhar yang bermula pada sesi pengajian yang lalu (2008/09) kini tiba ke noktah terakhir. Barangkali kita mendengar khabar yang selesa selepas kenyataan akhbar "Suara Al-Azhar" muka depan kelmarin menyatakan bahawa pihak universiti akan memajukan dan meningkatkan peranan golongan Al-Azhar sebagai sebuah tenaga kerja untuk seluruh dunia. Satu fakulti baharu diwujudkan. Fakulti Ulum Islamiah Azhariah untuk mahasiswa luar negara yang tidak menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Oleh yang demikian, mahasiswa matrikulasi Al-Azhar mampu tersenyum seketika terhadap proses pengajian ini. Tetapi, sebagai perintis kepada program ini, mahasiswa dan mahasiswi akan menghadapi satu 'kesukaran' kerana rujukan atau silibus pembelajaran masih pada tahap baharu. Mereka mungkin tercari-cari bagaimana kaedah pembelajaran bagi menghadapi suasana dalam fakulti ini. Kita belum dikhabarkan secara terperinci terhadap program ...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran