Mungkin program kepimpinan dua hari ini juga dihujum dengan strereotaip JIKA dihitungkan dengan nilai mandiri sebagai sebuah badan berkanun di Mesir, mungkin saja topik ini wajar diperbincangkan. Mengapa? Semenjak awal 30-an hingga kini, ada sahaja aktiviti-aktiviti PMRAM yang hanya menjalankan konsep pengulangan tanpa disusuli dengan beberapa agenda baru yang difikirkan oleh panel pemikir. Nah! Letakkan sahaja masalah ini terpundak kepada si pemikir, dan hasilnya tiada kesinambungan yang besar diperoleh lantas menjadikan buah fikiran kita amat tepu. Saya memerhatikan dari jauh. Bagaimana program-program PMRAM ini dianggap strereotaip pada hari ini? Perkembangan dari tahun ke tahun menyaksikan ada perubahan besar yang telah dilakukan oleh pihak pentadbiran. Perubahan-perubahan ini bukan sahaja semata-mata menjadi agen baru kepada kebajikan yang dijanjikan kepada ahli, malah ianya merupakan agenda yang terbesar yang akan diperoleh sementelah beberapa perkara yang difikirkan sesuai untuk...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran