Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Saturday, May 29, 2010

Selamat Menghadapi Imtihan Buat BP PMRAM

Timbalan Presiden PMRAM dan Naib Presiden PMRAM berhimpun di cafe Selangor. Ustaz Mu'izz sudah pencen daripada pentadbiran...

Saya mengucapkan Selamat Menghadapi Imtihan (Peperiksaan) buat semua kepimpinan PMRAM serta anggotanya. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang dengan taqdir MUMTAZ.

Buat teman-teman yang bakal pulang ke Malaysia dan akan berkhidmat di Kuala Lumpur atau Selangor agar menghubungi saya atau teman-teman yang lain. Banyak info baru yang boleh dikongsikan bersama.

Untuk pengetahuan, Ikatan Lepasan Mahasiswa Al-Azhar Mesir Selangor diketuai oleh Ustaz Syed Abdul Qadir Al Joofree. Mohon maaf kepada teman-teman di negeri Johor kerana tidak dapat bersama kalian. Oleh sebab saya berada di dalam PMRAM, menyebabkan komunikasi saya bersama-sama teman di negeri Selangor tidaklah begitu sukar.

Hari ini pun, saya tinggal sebumbung bersama kepimpinan mahasiswa negeri Selangor di Mesir. Hebat bukan hubungan PMRAM di peringkat nasional ini?

Saya duduk di negeri Selangor dan tinggal bersama-sama teman senegeri Selangor...:)


Perginya Seorang Teman

Shakir (kiri) dan Jimmy (kanan) di salah sebuah restoran di Taman Melati, Setapak. Jimmy adalah pakar grafik PTS

Kurang lima belas hari setahun, sahabat saya Tuan Shakir akan berhijrah meninggalkan PTS. Tuan Shakir mula berkhidmat di PTS sebagai editor PTS Millennia Sdn. Bhd. Walaupun, beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Matematik UKM, tetapi semangat mendalami ilmu haraki saya kagumi.

Saya juga tidak sehebat beliau yang mengkaji bermacam-macam kitab haraki. Mulai 1 Jun ini, beliau tidak lagi berkhidmat di PTS dan meneruskan kerjaya di Saiful Islam Training & Consultancy secara sepenuh masa.

Tuan Shakir juga adalah orang yang membawa saya berkenalan dengan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam.com).

Apapun, saya mendoakan beiau akan berjaya di dalam bidang yang diceburi nanti. Setiap insan itu ditentukan rezekinya. Banyak idea baru yang telah kami kongsikan sepanjang berada di dalam PTS.

Selamat mendirikan mahligai rumah tangga juga pada 6 Jun ini...


Dr Asri Beri Pandangan Kepada Isu Islam

Ulama Umno bakar kapal
Oleh : Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Sumber : http://www.malaysiakini.com/columns/133035

Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini.

Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang 'ala ulama Umno' hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran 'kurang luas' golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang 'oksigen keluasan ijtihad' atau hanya gas perkauman dan fahaman 'sempit' agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Keserasian wajah 1Malaysia

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?

Di
manakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?

Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai 'ala-ala Taliban'?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.

Peguam bukan Islam

Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.

Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.

Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina 'Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan 'sijil awak tidak laku'.

Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.

Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah

Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk 'ala Umno' yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.

Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.

Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari 'mufti' yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid

Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.

Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.

Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar'iyyah (islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!

Isu Sebat

Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.

Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.

Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.

Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.

Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!

Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya 'Melayu dan Mamak Penang' boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.

Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis di Mingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.

Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?

Barah

Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.

Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.

Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.

Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.

PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang 'narrow-minded' dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.

Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!
Penulis adalah pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia sebelum dilantik menjadi mufti Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008. Beliau mendapat ijazah Ph.D dalam Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003) dan lulusan Ijazah Hadith dengan mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001).

Beliau telah menghasilkan tidak kurang 20 buku, khususnya berkaitana dengan keagamaan dan membentangkan lebih 40 kertas kerja di peringkat tempatan mahupun luar negara.



Dari Meja Editor

Di pejabat editorial


IZINKAN saya menulis bicara dari meja editor ini dengan tulisan mata duitan. Ya! Bukankah kerana duit juga merupakan motivasi kepada kita untuk mengarang.

Saya seorang editor. Saya pernah mengarang cerpen, puisi namun masih belum menerbitkan sebuah novel (dalam proses, insya-Allah).

Tahukah kita bahawa ada penulis di Malaysia ini yang hidupnya dengan royalti buku? Ada juga yang membeli rumah dan membayar duit kereta dengan wang cash.

Gembira bukan? Di PTS juga kita sudah menghasilkan produk yang royalti melebihi RM 100,000 setahun.

Wah! Benarkah ada penulis yang mampu memperoleh melebihi angka sedemikian? Bayangkan anda seorang kakitangan bekerja sepenuh masa di pejabat. Gaji anda sebulan RM 4,000. Untuk dua belas bulan (setahun) gaji anda hanya RM 48,000.

Alahai, tidak cukup hendak membeli kereta secara tunai. Oleh yang demikian, simpanlah niat mulai hari ini untuk mengarang dengan lebih efisien. Simpanlah azam untuk mengarang buku fiksyen (novel) untuk membantu anak bangsa.

Saya akan berbicara realiti yang berlaku di dalam syarikat PTS. Jumlah cetakan novel bagi remaja yang dahulunya dicetak sebanyak 3,000 naskhah, kini sudah berubah kepada angka 10,000 naskhah.

Satu jumlah yang tidak disangka bukan? Ada juga sesetengah novel remaja yang dicetak sehingga 15,000 naskhah.

Mari kita hitung berapa jumlah royalti yang kita peroleh sekiranya buku kita terjual di pasaran. (Mengikut kaedah PTS).

7% X (harga buku) X (jumlah buku terjual di pasaran) = royalti

7% X RM13.00 X 3000 = RM 2,730.00



Saya akan membicarakan lagi berkenaan dunia editor yang sebenarnya memberikan cabaran sebenar kepada diri saya sendiri.

Tuan/ Puan yang ingin menulis khusus pembangunan karya fiksyen remaja bagi lelaki bolehlah berhubung dengan saya melalui emel.

Kita akan membimbing Tuan/Puan mengarang berdasarkan Teknik Surah Yusof yang sangat ideal dan mudah untuk dilakukan.

Saya yakin bahawa 2 minggu sahaja, sebuah karya novel remaja akan lahir menggunakan teknik ini.


Thursday, May 27, 2010

PTS Tumpu Tafsir Al-Quran


MULAI 1 Jun 2010, PTS Publications & Distributor Sdn Bhd akan menjalankan operasi menguruskan anak syarikat bagi hal ehwal penerbitan buku tafsir Al-Quran.

Anak syarikat ini dinamakan sebagai PTS Darul Furqan. Pengurus bagi syarikat ini adalah Tuan Faris Hasbullah, mantan Pengurus syarikat PTS Islamika.

Kini, PTS Islamika Sdn. Bhd. menumpukan penerbitan buku-buku agama secara mutlak dan buku novel fiksyen agama sebagai produk penerbitannya.

Selepas ini, PTS Darul Furqan akan bertindak sebagai pengeluar tafsir Al-Quran. Tuan Faris Hasbullah akan dibantu oleh Tuan Fariz Firdaus Al-Hafiz yang akan menguruskannya.

Kini PTS berdiri bersama tujuh buah anak syarikat :-

1. PTS Millennia - buku-buku motivasi popular, masakan, komik, spiritual pembangunan diri
2. PTS Islamika - buku-buku agama
3. PTS One - buku-buku novel remaja dan kanak-kanak
4. PTS Litera - novel Islamik
5. PTS Professional - buku pengurusan, bisnes, pendidikan, kamus
6. PTS Fortuna - buku-buku untuk orang lelaki, thriller, sains fantasi, sastera klasik, humor
7. PTS Darul Furqan - buku tafsir Al-Quran

Apakah lagi sektor baru yang perlu diterokai oleh PTS? Ada cadangan, sila kemukakan di sini...


Di Lokasi Penggambaran


INSYA-ALLAH, team-team teater kami akan ke Sungai Rambai, Melaka pada pertengahan Jun ini untuk latihan di lokasi penggambaran.

Cikgu Rosli akan mengajar kami bagaimana ingin mempelajari set shooting di luar kawasan.

Selama tiga hari kami akan berkampung dan didedahkan dengan selok belok dunia pementasan drama TV.

Rajah di atas adalah salah satu drama yang akan diterbitkan di RTM1 dengan judul telemovie, Kasihnya Umairah (13 episod)


Monday, May 24, 2010

Akan Datang...

TUAN Rozlan Mohamed Noor (editor Utusan Malaysia) sudah memaklumkan kepada saya bahawa bahang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan sudah bermula.

Tahun ini adalah perayaan ke-25 (Jubli Perak) akan berlangsung. Siapakah menerima hadiah pada tahun ini?

Persoalan demi persoalan menjadi bual bicara rakan sastera. Walaubagaimanapun, kita menunggu pembaharuan di dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HKSU) pada tahun ini.

Setiap tahun, HSKU pastinya, menjadi tempat 'rumah siap pahat berbunyi' apabila kehendak peserta tidak selari dengan apa yang dihidangkan daripada penganjur.

Soal pemilihan artis yang keterlaluan di pentas anugerah perlu dinilai kembali. Saya yakin akan ada pembaharuan yang besar pada tahun ini.

Siapakah yang akan membawa pulang hadiah NOVEL REMAJA? Semuanya akan kita tunggu tidak lama lagi...


Sunday, May 23, 2010

Mahu Hadiah?

SAYA diminta oleh penerbit rancangan PTS.fm untuk memaklumkan kepada Tuan/Puan yang mempunyai karya puisi bertema Ramadan untuk mengemelkan kepada saya sebelum 5 JUN 2010.

Puisi itu nanti akan dipersembahkan di PTS.fm. Tuan/Puan yang karyanya tersiar di radio kami akan menerima hadiah/sumbangan daripada pihak kami. Emelkan kepada saya di alamat emel : syafiq(at) pts.com.my


Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Selangor


Mempengerusikan majlis di dalam majlis sambutan apa-apa pun, perlu melihat macam-macam perkara. Pertama, siapa penganjurnya. Kedua, apa matlamatnya. Ketiga, bagaimana keperluan mengisinya.

Alhamdulillah, hujung minggu ini dapat juga saya ke pentas pengacaraan dan mengendalikan majlis sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor bagi sekolah-sekolah PASTI di negeri Selangor.

Petang, sempat belajar teater lagi. Hari demi hari, pengisian dan pembelajaran masih lagi berlaku. Sejujurnya, saya memasuki kelas teater dan mempelajarinya dengan cikgu Rosli Rahman Adam adalah kerana ingin mencari pengalaman.

Tidak lain dan tidak bukan, ia merupakan salah satu tiket saya mengendalikan drama radio yang akan bersiaran di PTS.fm. Saya sebagai penerbit rancangan bagi segmen drama radio PTS perlu belajar praktikal pengawalan suara dan vokal bagi melahirkan watak cemerlang.

2
Siang tadi dapat panggilan daripada Ustaz Zaharuddin, menantu kepada Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang yang juga merupakan salah seorang AJK Syura, Dewan Ulama PAS Pusat, meminta saya mewakili Malaysia ke Jakarta untuk satu persidangan di sana pada bulan Jun ini.

Saya akan ke Jakarta dan berprogram di sana selama 3 hari. Insya-Allah, harap-harap semua berjalan dengan baik. Amin...

3
Ada teman saya yang akan dihantar ke India, Mesir, Jordan pada masa yang terdekat ini...Menunggu giliran...:)

Saturday, May 22, 2010

Asas Lakonan

Iqwan dan Cikgu Rosli

BARANGKALI kalian pernah menonton Cikgu Rosli (dalam gambar di atas) berlakon di TV. Alhamdulillah, saya sendiri dapat menuntut ilmu lakonan daripada cikgu Rosli. Semalam, buat kali pertama saya bersama anak murid cikgu Rosli didedahkan dengan asas lakonan teater dan TV.

Yang paling menakjubkan saya adalah Iqwan (anak cikgu Rosli). Apabila beliau diberikan satu watak, beliau memberikan penghayatan 100%. Terpukau saya tiba-tiba kerana Iqwan yang daripada biasa-biasa sahaja, bertukar menjadi luar biasa apabila menangis secara 'real' apabila watak yang dipegang mengkehendaki beliau menangis.

Wow! Baru saya dapat tahu bahawa pelakon yang berlakon di TV sebenarnya real. Maksudnya ketika mereka menangis, tangisan yang dikeluarkan itu adalah tangisan sebenar. Memang pengalaman kali pertama berhadapan dengan orang-orang TV memang menakjubkan.

Pengalaman malam tadi banyak memberikan saya ilmu yang baharu. Kami dapat bersama ayah kepada cikgu Rosli yang juga merupakan pengarah TV.

Ayah cikgu Rosli yang kami panggil Uncle Rahman sudah melahirkan berpuluh-puluh orang pelakon. Di antaranya, Arash Mohd, Hani Mohsin, dan ramai lagi yang sudah terkenal. Beliau menceritakan setiap seorang daripada pelakon di bawah bimbingan beliau.

Sungguh ia adalah sebuah pengalaman.

Tambahan :

Pengarah memaklumkan kepada saya, "Jika kamu ingin watak 'ustaz' dan orang-orang baik pun boleh maklumkan kepada saya. Saya tiada masalah. Watak kita boleh sesuaikan dengan orang."

Orang dramatis panggil saya 'ustaz' termasuk cikgu Rosli...


Friday, May 21, 2010

Skrip?

SEINGAT SAYA, inilah skrip yang saya perlu baca baru-baru ini. Boleh tahan mahu feeling jadi ZAHAR. Saya memegang watak ZAHAR manakala, yang memegang watak emak adalah salah seorang daripada dramatis Camar Pesona.

ZAHAR : Mak...Oh Mak...Oh Mak...Assalamualaikum Mak.... mana Mak ni..

MAK : Erm...Kau Zahar. Nak apa kau datang sini?

ZAHAR : Mak, Zahar dah balik Mak. Sudah dua tahun Zahar terperingkuk dalam penjara... Zahar sudah dihukum Mak... Zahar sudah bertaubat...Mak ampunkan Zahar Mak...

MAK :Ah!!! Kau bukan anak aku. Kau bukan anak aku. Pergi kau. Jangan kau pijak lagi rumah ni. Pergi, aku sudah tak mahu lihat muka kau lagi...

ZAHAR : Mak...kesiankan Zahar Mak...Zahar dah tak ada tempat lagi nak pergi...Tolong la Mak...Tolong la Zahar...

UNSUR skrip pentas, drama tv atau filem adalah salah satu ilmu yang perlu dipelajari. Berlakon juga adalah satu seni. Oleh sebab itu, kita perlu mengkaji keperluan-keperluan seni.

Sudah lama saya menyimpan hasrat mengarang skrip drama unsur Islami. Insya-Allah, saya sedang berusaha ke arah itu.

Jikalau tiada aral melintang, saya akan bertemu dengan Puan Maizura Mohd Ideris pada 30 Mei, salah seorang penulis skrip drama Nur Kasih TV3, untuk mempelajari teknik menulis skrip drama.


Thursday, May 20, 2010

Bilal Di Hantar Pulang?

Bilal (tiga dari kanan) sewaktu bersama rombongan PMRAM ke Mansurah (Gambar koleksi typeace)

KES TERBARU, seorang graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah dihantar pulang ke Malaysia. Barangkali apa yang saya ingin tuliskan akan menjadi isu. Namun, anggaplah satu daripada tanggapan saya.

Saya pernah bersama Presiden PMRAM (Khairul Anuar Ismail) menyelesaikan kes mahasiswa yang dipenjarakan di penjara Mesir.

Walaupun kami tahu bahawa polis akan memberikan alasan VISA, tetapi saya berkeyakinan bahawa, apabila ada mahasiswa yang terpaksa dihantar pulang, pastinya akan ada perkara lain yang berlaku.

Kami juga pernah dipanggil oleh wakil Kedutaan Besar Malaysia Kaherah melaporkan kes sekiranya ada di antara mahasiswa yang terlibat dengan Ikhwanul Muslimin. Sejujurnya, saya belum pernah jumpa lagi mahasiswa kita terlibat dengan gerakan yang ditentang kerajaan Mesir ini.

Namun, secara peribadi saya mengucapkan takziah kepada mahasiswa kita yang dihantar pulang. Saudara Bilal (seperti dalam gambar) pernah berkhidmat bersama PMRAM juga semasa kedatangan beliau ke Mesir pada satu masa dulu.

Oleh itu, saya 'tiada berani memberi komentar pelbagai'. Moga-moga Allah mengampunkan kita semua. Amin.

Wednesday, May 19, 2010

Dunia Baru


SAYA banyak kali termenung memikirkan peluang. Saya baru pulang bertemu Puan Liza Tan (isteri kepada Encik Rosli a.k.a. Cikgu Rosli) yang mengajar lakonan.

Beliau menyatakan kepada saya, semua yang ada dalam hidup ini perlu kita menggunakan peluang yang ada.

Kali ini saya menceburi dunia latihan baru iaitu lakonan teater dan TV. Mungkin, ada yang pelik mengapa saya memilih jalan ini. Ini adalah peringkat awal sahaja. Latihan dan latihan diberikan oleh cikgu Rosli kepada semua anak muridnya yang gigih mempelajari ilmu lakonan pentas dan drama TV.

Teman saya pula menjemput untuk ke TV3 pada hari Sabtu ini untuk penggambaran di TV3 sempena sambutan TV3 yang ke-26 iklan promosi TV3. Mereka memerlukan 40 orang pelakon tambahan. Entah...saya belum buat keputusan.

Saya adalah orang seni. Oleh yang demikian, saya terlibat dengan pelbagai jenis seni.

Tuesday, May 18, 2010

Mood Hari Guru : Di Sebalik Cerita

MOOD Hari Guru masih terasa. Bicara kini juga berkenaan hal ehwal guru saya. Saya masih teringat lagi akhir bulan Disember lalu apabila artikel berkenaan saya terbit di Harakahdaily berkenaan isu saya tidak mendapat sijil daripada universiti Al-Azhar.

Kecoh. Guru-guru sekolah menengah saya (SMA Kerajaan Johor Kluang) gempar. Barangkali isu saya ini diperbincangkan di bilik guru sekolah sehinggakan saya ditanya bermacam-macam berkenaan isu ini. Tiba-tiba rasa ada orang ambil berat walaupun saya sudah meninggalkan sekolah saya 8 tahun yang lalu.

Sebenarnya, saya bukanlah tidak mendapat sijil daripada Al-Azhar. Kesnya mudah. Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah sahaja yang mengada-ngada tidak mahu menandatangani sijil terjemahan saya. Oleh itu saya buat keputusan, tidak mahu menggunakan JPMK sebagai medium hidup. Buat apa mahu merayu kepada mereka yang sendiri tidak tahu malu. Oleh yang demikian, ITNM telah menyelesaikan kerja-kerja ini. Selesai. Untung ada 'cable'...

2
Apa makna hari guru kepada saya? Banyak sebenarnya. Pertama, kerana guru saya telah mengajar bermacam-macam. Lebih terkesan apabila di peringkat sekolah menengah agama. Saya bersekolah asrama. Jujurnya, pelajar tidak ramai. Guru boleh menumpukan kepada para pelajarnya. Saya juga di antara muka yang akan bertandang ke bilik guru setiap hari. Saya ingat lagi, sampai satu waktu, sekolah terpaksa membuat sistem bahawa pelajar hanya boleh bertemu guru melalui tingkap sahaja. Wah! Barangkali saya adalah di antara muka pelajar yang asyik menyibuk sahaja di sana.

3
Maahad Johor ada cerita tersendiri. Walaupun peperiksaan STAM hampir tiba, cikgu sering bertanya, "Tidak menganggu awak untuk menyiapkan majalah sekolah sedangkan STAM sudah hampir."

Sebagai ketua editor majalah sekolah, saya ketepikan segala masalah. Fikir saya, setiap matapelajaran STAM saya sudah bersedia menghadapinya. Oleh sebab demikianlah, syukur kepada Allah yang menatijahkan saya MUMTAZ di samping menerima Anugerah Khas daripada Maahad Johor sempena Majlis Anugerah Cemerlang Maahad Johor tahun 2004. Terima kasih Maahad Johor.

Saya tidak sempat buat apa-apa kes semasa di sini. Oleh sebab perjalanan hanya setahun, saya tidak banyak buat hal. Tetapi yang paling terngiang-ngiang adalah perjalanan saya ke SMKA Rompin, Pahang. Waktu itu, Maahad Johor menghantar saya mewakili negeri ke pertandingan Forum. Seronok juga dapat mewakili sekolah.

3
Setelah beberapa tahun melayani erti hidup, guru-guru yang pernah mengenali saya di SMAKJ tiba-tiba muncul dan menceritakan hal ehwal saya satu masa dahulu. Terkenang...

Saya beruntung kerana banyak kali mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan. Oleh yang demikian, saya sempat rapat dengan beberapa orang guru. Walaupun demikian, saya bukanlah anak emas guru.

Terima kasih guru atas segalanya.

4
Hanya satu yang saya kesal adalah saya tidak belajar menulis semenjak dari waktu sekolah. Kedua, saya tidak dikenalkan dengan dunia Mass Comm pada waktu sekolah. Tiba-tiba terasa, "Mengapa aku tidak ambil Mass Comm semasa Ijazah Sarjana Muda?"


Monday, May 17, 2010

Syafiq@ PTS.fm

Saya @ Konti PTS.fm 'Dunia Buku Kita'

Tuan Irfan, editor di PTS Professional yang akan berhijrah ke negeri Johor

KALI PERTAMA masuk konti PTS minggu lepas. Saya ditugaskan menjadi DJ kepada buku Tuan Abdul Latip Talib iaitu 'Perang Badar' yang akan diterbitkan sempena bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

Teman yang berdiskusi bersama saya adalah Tuan Bahruddin Bekri, editor yang menguruskan karya ini.

Sejujurnya, segmen di bawah kendalian saya adalah hal ehwal sastera yang merangkumi bacaan teks fragmen novel, drama radio, baca puisi dan lain-lain lagi.

Penulis PTS dijemput menghantar emel kepada Tuan Roslan Md Isa roslan@pts.com.my memaklumkan bahawa Tuan dan Puan ingin berada dalam konti PTS.


Sunday, May 16, 2010

Autobiografi


TIDAK RAMAI yang membukukan autobiografinya. Barangkali mencatat autobiografi adalah suatu yang mampu memberi kepuasan kepada diri. Secara tidak langsung, saya telah mencatat autobiografi di dalam blog saya sendiri semenjak berada di Mesir. Maka, catatan dan diari harian yang saya sudah lupa, blog ini akan mengingatkan semula apa yang berlaku sepanjang saya mendewasa dengan peristiwa demi peristiwa.

Saya pernah dikecam hebat sewaktu di Mesir lebih-lebih lagi ketika menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung PMRAM. Tetapi dalam catatan diari saya, belum pernah saya menumbuk orang dan pegawai di mana-mana. Barangkali catatan itu yang kurang sempurna :)

Sefikir-fikir saya, catatan pengalaman sepanjang lima tahun di bumi Mesir juga boleh dibuat autobiografi serta dibukukan dan dijadikan rujukan terutama kepada anak-anak generasi yang akan melihat bagaimana PMRAM di Mesir.

Sekurang-kurangnya saya telah menjelaskan kepada mereka terlebih dahulu. Sungguh autobiografi adalah sebuah catatan yang penting dilakarkan khusus untuk 'orang sibuk' seperti saya.


Setulus Hati Buatmu Guru

Sebahagian pelajar tingkatan 1 yang pernah saya ajar di SMK BBU JB

16 MEI...

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra-putri negara kita..

SAYA pernah menjadi guru. Saya pernah mendidik para pelajar. Tahun 2004 adalah tahun pertama saya ditugaskan sebagai seorang guru. Bermula Januari hingga bulan Mei saya mengajar pelajar darjah 1 dan 4. Sungguh ia sebuah memori yang akan tersimpan kejap di dalam diri.

Kali kedua saya menggalas tugas sebagai seorang guru pada tahun 2007. Bermula Julai hingga November. Sungguh kali ini berbeza. Saya berhadapan dengan pelajar kelas menengah. Saya mendidik pelajar tingkatan 1 dan 2.

Kini, saya 'pencen' daripada mendidik pelajar sekolah tetapi bertukar profesion mendidik warga emas. Barangkali mereka berusia 30-60 tahun. Mereka tidak mengaji di sekolah tetapi di surau.

Ada beberapa ketika soalan-soalan yang pelik bertamu di dinding telinga. Saya menyantuni setiap tutur bicara dan persoalan yang diberikan. Sesekali saya berkedut dahi mencari jawapan yang tepat untuk membeli soalan yang dijual tadi.

Menyedari cerita inilah, saya sungguh terkenangkan sejarah menjadi seorang guru sehingga lahir cerpen 'Hadiah untuk Ustaz' yang pernah terbit di Berita Minggu pada tahun 2008.

Terima kasih kepada semua guru yang mendidik saya semenjak dari sekolah tadika sehingga murabbi dan ulama di Universiti Al-Azhar, Kaherah.



Saturday, May 15, 2010

Mak Bedah Dengar Cerita...

Selepas 10 tahun majalah "Dakwah" diterbitkan semula
(Sumber : Utusan Malaysia)

PUTRAJAYA 14 Mei – Majalah ”Dakwah” Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang dihentikan penerbitannya sepuluh tahun lalu kini diterbitkan semula.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penerbitan semula majalah itu sesuai dengan tuntutan masa memandangkan kajian mendapati permintaan bagi majalah bercorak keagamaan dan kerohanian semakin meningkat.

"Kemunculan baru majalah itu akan lebih interaktif dan relevan bagi memenuhi tuntutan pembaca sekarang,” katanya kepada pemberita pada pelancaran majalah itu di sini hari ini.

Beliau berkata, penerbitan pertama hanya dalam satu bahasa (bahasa Melayu) dan berkemungkinan terbitan seterusnya akan diselitkan dengan beberapa artikel dalam Inggeris.

Jamil Khir berkata, majalah itu diterbitkan dua bulan sekali dengan harga RM6.90 sen senaskah.

Majalah Dakwah mula diterbitkan pada 1977 dan dihentikan penerbitannya pada 2000 berikutan perubahan polisi Yadim ketika itu. – Bernama

--------------

TAHNIAH di atas penerbitan majalah baru yang akan dijual di pasaran terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Mak Bedah sudah mendapatkan naskhah itu. Namun, yang Mak Bedah dengar cerita hangat lagi terkini, majalah yang sudah dicetak itu diminta oleh YDP YADIM baru untuk meletakkan 8 muka surat (cerita tentang Najib Tun Razak).

Mengeluhlah editor-editor di bahagian penerbitan kerana majalah yang sudah diterbitkan itu diminta ubahsuai kerana hal ehwal Najib tidak dimasukkan.

Pihak pengurusan sudah mengarahkan majalah itu hendaklah terpampang cerita-cerita Najib itu sebanyak lapan muka surat.

Aduhai...

Tambahan :

1. Kerja Mak Bedah ini, cari berita sensasi sahaja. Barangkali semua ini bekalan untuk menulis novel humor baru selepas Karipap-Karipap Cinta (KKC) meletup di PTS Publications. Minggu ini KKC masuk top 10 bestseller MPH.

Tahniah-tahniah-tahniah.

Novel yang baru terbit sebulan sudah diulangcetak buat kali yang kedua.

Thursday, May 13, 2010

Khairi Jalaluddin Jawab Balas Kenyataan Akhbar


LICIK DAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI adalah kesimpulan yang boleh dibuat di dalam jawapan balas yang dikemukakan oleh Khairi Jalaluddin yang membalas kenyataan akhbar pada hari ini.

Apapun, saya dikhabarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tarikh 12 Mei (semalam) bahawa KPTM akan mendengar penjelasan daripada JPMK dahulu kerana mereka baru mendengar daripada sebelah pihak. Hal yang didengar ini sungguh memeranjatkan saya kerana isu ini sudah lama berlaku dan bagaimana baru sahaja semalam pihak KPTM mengetahui hal ehwal ini.

Isu ini dijangka akan dipanjangkan kepada ahli Parlimen dan dibahaskan di Parlimen dalam persidangan yang akan datang. Insya-Allah.

Ada beberapa jawapan yang saya perlu sangkal di dalam kenyataan Khairi ini. Di antaranya, adalah :

1. Sikap mementingkan diri dan tidak mahu mengaku bersalah.

-Beliau menyatakan beliau baru berkhidmat semenjak 20 Januari di Mesir dan tidak perlu menuding jari kepada beliau sahaja.

Jawapan : KJ seolah-olah mahu mengatakan bahawa 'mengapa pegawai lain tidak dituduh?' Rupa-rupanya KJ pun mahu melihat pegawai lain dilibatkan sama termasuk Pengarah JPMK sendiri yang KJ lihat lebih selesa dalam isu pada waktu ini.

2. Isu visa?

-Beliau menyatakan mahasiswa tiada visa.

Jawapan : Barangkali KJ pelajar Jordan dan tiada maklumat mengapa pelajar di Mesir tiada visa. Jawapannya mudah sahaja, 'kalau nama sudah tidak naik di Maahad Qiraat, bagaimana mahu dapatkan visa'. Bukankah syarat mendapatkan visa hendaklah disertakan dengan surat daripada pihak Maahad Qiraat menyatakan kita adalah mahasiswa itu.


Jawapan keseluruhan yang mudah :

- Mahasiswa tidak mahu pegawai UMNO yang diupah bekerja di JPMK. Ada teman yang mengatakan bahawa JPMK sekarang sudah jadi Pejabat Cawangan UMNO Kaherah. Kami mahukan pegawai profesional semacam Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang tidak pernah memusuhi pelajar berbanding pegawai JPMK yang dilihat tidak adil dalam berkhidmat.


Wednesday, May 12, 2010

Mahasiswa Mesir Tidak Dapat Ambil Periksa di Akhbar


Saya menunggu arahan daripada pihak pimpinan untuk menghadap Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan membongkar segala peristiwa yang berlaku semenjak dua orang pegawai berhijrah ke Mesir. Beliau yang dimaksudkan adalah Ustaz Khairi Jalaluddin dan Ustaz Zulkifli Din.
Justify Full
Isu-isu nasional ini pastinya akan memberikan tamparan kepada warga Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah yang tidak profesional di dalam melakukan setiap kerja dan amanah.

Kenyataan akhbar ini pastinya akan memberi kesan yang besar di samping pegawai-pegawai kita tidak tidur malam.

Tahniah...tahniah.


Tuesday, May 11, 2010

Ulang Tahun UMNO : Saya di ASWARA

11 Mei 2010, sempena ulangtahun UMNO ke-64, saya berada di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Jam 10 pagi saya sudah berada di sana. Di samping program diskusi tiga buah kumpulan puisi, majlis penyampaian hadiah sempena Sayembara Mengarang Puisi Tun Abdul Razak diadakan.

Cikgu Shamsuddin mengatakan, "Kita kecewa kerana orang UMNO tiada dalam program ini. Puisi Tun Abdul Razak yang disampaikan sepatutnya anak Tun Razak (Najib) sepatutnya datang."

Selain daripada itu, saya juga berkesempatan bersapa dengan Puan Rozninah Azib dari Dewan Sastera.

Terima kasih juga kepada Puan Azizah daripada Bahagian Perkamusan, DBP yang sempat menyapa,"Saya pengikut setia blog awak. Awak usah menganggap blog awak tiada pengikutnya."

Segan juga dengan orang-orang Dewan Bahasa dan Pustaka yang melihat perkembangan saya. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan.

Ketika dalam perjalanan pulang, Saudara Faisal Tehrani memberikan mesej pesanan ringkas di dalam telefon bimbit saya, "Maaf tidak dapat melayan tadi. Harus jemput dan hantar Pak Samad. Pemandu ASWARA tiada."

Sejujurnya saya tidaklah ke ASWARA semata-mata bertemu Faisal Tehrani kerana saya perlu bertemu penulis di ASWARA iaitu Saudara Zulfazlan Jumrah yang memborong 2 buah anugerah dalam majlis penyampaian itu.

Apapun, penghargaan ini juga saya tujukan kepada mereka yang lebih banyak memberi. Kerdilnya diri saya hendaknya.

Tambahan :

1. Faisal Tehrani kini adalah pensyarah di ASWARA. Beliau mengatakan kepada saya, "Banyak karya anak-anak muridnya yang baik dan sesuai untuk diterbitkan."

2. Kamera saya ada orang pinjam. Aduhai...tertekan.


Sumber Perundangan Islam Itu Ada Empat

BARU-BARU ini saya berbincang dengan seorang rakan sekerja berkenaan sistem menguruskan buku-buku agama.

Kami sependapat. Kami membuat kesimpulan bahawa Islam itu didasari dengan empat sumber utama. Pertama adalah Al-Quran. Kedua, Al-Sunnah (Hadis). Ketiga pula adalah pandangan ulama. Manakala keempat adalah qiyas.

Kami berbincang berkenaan ciri-ciri utama yang perlu ada di dalam sebuah buku agama. Saya sependapat dengan beliau.

Secara peribadi, Al-Quran merakamkan sejumlah cerita yang berlaku sepanjang hidup Rasulullah di Mekah dan Madinah.

Namun, bukan semua cerita itu dijelaskan dengan terperinci di dalam Al-Quran.

Sebagai contoh, solat di dalam Al-Quran hanya diceritakan tentang 'اقيموا الصلوة' tetapi tidak diterangkan bagaimana perlaksanaan solat.

Sumber perundangan Islam itu ada empat. Maka, kita tidak boleh menolak hadis, pandangan ulama dan juga qiyas.

Pendapat kami juga bersepakat bahawa ada ciri-ciri yang tidak boleh kita bataskan kepada Al-Quran dan Al-Hadis sahaja. Sebab itu, wujudnya pemikiran Wahabi, Salafi dan sebagainya yang menjadi perbahasan.

Kemudian, ada juga yang dinamakan Mazhab Zahiriah. Barangkali mereka hanya mencari fakta berdasarkan zahir ayat. Al-Quran itu penuh dengan sastera dan kiasan. Justeru, setiap ciri-ciri hendaklah disandarkan dengan empat sumber rujukan.


Monday, May 10, 2010

Kenali PMRAM : Syarat Wajib Temuduga

TAHNIAH kepada teman-teman dari Universiti Al-Azhar yang menghadiri temuduga di PTS Publications di Batu Caves pada hari ini. Jawatan yang masih lagi perlu diisi adalah editor bahagian agama.

Saya difahamkan bahawa calon yang mengenali PMRAM berpotensi berada di PTS. Realiti yang berlaku, di mana-mana sektor awam, apabila penemuduga bertanya, "Awak ada terlibat dengan PMRAM semasa di Mesir?" semestinya apabila calon mengatakan YA, peluang untuk ditempatkan bekerja amat tipis malah mungkin disingkirkan begitu sahaja.

Namun, tidak seperti yang berlaku di PTS. Awal-awal lagi saya sudah memaklumkan kepada calon-calon bahawa, perlu menyatakan bahawa mereka semua terlibat dengan PMRAM malah sijil-sijil PMRAM perlu diberikan kepada pihak yang menemuduga mereka.

Barangkali ini adalah USP (Unique Selling Point) untuk bekerja dengan PTS. PTS hanya menerima mereka yang faham apa itu jemaah Islam yang sebenar daripada berpekik-pekik mengatakan 'kami sokong UMNO'.


Saturday, May 08, 2010

Kementerian Kemasyarakatan Mesir



Mengapa PMRAM berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir? Persoalan ini sentiasa menjadi bualan. Ada pihak juga seringkali menuduh PMRAM dengan persoalan begini, "Mengapa tidak mahu @ berdegil untuk berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah."

Untuk pengetahuan, isu pendaftaran tidak perlu timbul. Selagi muktamar membuat keputusan untuk tidak berdaftar, maka tidak perlu dibangkitkan lagi isu ini.

Secara peribadi, saya tidak nampak ada kelebihan besar apabila berdaftar. Jika ada sila nyatakan. Persatuan-persatuan yang berdaftar seperti KELAB UMNO KAHERAH, ISMA, ABIM, dan lain-lain yang dipaksa berdaftar termasuk Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) langsung tidak membawa kelebihan besar.

Saya tidak nampak ada sebuah bangunan 15 tingkat diberikan kepada persatuan-persatuan ini. Oleh sebab itu, isu pendaftaran tidak perlu timbul.

Kementerian Kemasyarakatan Mesir menjalinkan hubungan rasmi melalui Presiden PMRAM. Beliau adalah orang penting yang akan memberikan maklum balas terhadap perjalanan PMRAM pada setiap bulan.

Oleh sebab itu, tuduhan yang boleh membawa maksud bahawa PMRAM tiada hubungan dengan kementerian atau polis wajar dipertikaikan dengan bukti-bukti yang kukuh.



Friday, May 07, 2010

PMRAM BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN


PMRAM berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir secara rasminya. Saya adalah di antara kepimpinan yang pernah menghadap pihak Kementerian Kemasyarakatan Mesir dan membentangkan segala program PMRAM di hadapan mereka.

Gambar di atas adalah sewaktu KARNIVAL KERJAYA anjuran kerajaan Malaysia yang diadakan pada tahun 2007. Majlis dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Oleh sebab PMRAM berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir dan kita mempunyai hubungan rapat, PMRAM telah menghubungi pihak keselamatan memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia akan mengadakan program di dewan Cairo International Convention Centre (CICC). Oleh yang demikian, polis (seperti dalam gambar) akan menghadiri bersama-sama PMRAM dalam apa juga program yang PMRAM anjurkan dan sertai bersama.

Banyak lagi program PMRAM yang akan dihadiri oleh polis termasuk di Hayyu Asyir atau dimana-mana sahaja. PMRAM akan menghubungi polis setiap kali membuat program. Polis mengarahkan kepada PMRAM, "sekiranya berlaku perhimpunan di dalam keadaan ramai, maka hendaklah dimaklumkan kepada polis."

Kenyataan Khairi Jalaluddin yang merupakan 'bayi baru Mesir' wajar dipertikaikan. Beliau telah mempersendakan Presiden PMRAM dengan mengatakan Presiden PMRAM tidak mampu memberikan bukti untuk pegawai meminta izin PMRAM ke Muhafazah (daerah).

Persoalannya, bila PMRAM mengeluarkan qarar (undang-undang) supaya pegawai minta izin kepada PMRAM? Saya pernah membawa isu fitnah yang setiap tahun berlaku ini kepada pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK). Pihak KBMK sudah menerima jawapan daripada saya pada waktu itu dan mengatakan, "Oh, kenyataan yang saya dengar sebelum ini salah lah ya..."

Moral :

Wahai KJ yang dikesiankan, mohon taubat daripada terus menjadi pembersih kediaman KELAB UMNO MESIR....


KHAIRI JALALUDDIN BUAT FITNAH KEPADA PMRAM

Dipetik daripada http://www.ataseakademik.blogspot.com

Salam sejahtera, pelajar-pelajar yang dihormati,

1. Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan inayah dan hidayah darinya dapatlah kita meneruskan perjuangan dalam pencarian ilmu dibumi bertuah ini.

Ulamak mengatakan :

إنما العلم بالتعلم والفقه بالتفقه

لا يؤخذ العلم إلا من أفواه العلماء

Ilmu yang diambil dari pembacaan adalah tidak sama dengan ilmu yang diambil secara sanad, secara bertalaqi, secara berdepan dengan Syeikh. Kemungkinan besar ilmu dari pembacaan akan menyebabkan kita salah faham maksud pengarangnya. Oleh itu, saya menyarankan supaya pelajar-pelajar sibukkan diri dengan menadah kitab semaksimum mungkin. Bukan sibuk dengan program Ceramah Pembangkang sebagaimana yang berlaku di Dataran Hayyu Asyir beberapa bulan yang lalu (Nizar Jamaluddin). Peluang keemasan ini sukar hendak didapati apabila pelajar-pelajar telah menempuh di alam pekerjaan. Kita mahu melahirkan ulamak yang berwibawa, ulamak yang betul-betul ulamak, yang mampu membimbing masyarakat kita ke jalan yang lurus.

2. Selain ilmu yang tinggi, sebagai orang yang belajar agama, hendaklah kita menghiasi diri dengan akhlak yang terpuji, hindarilah diri dari mencetuskan perbalahan, al-Adawah wal Baghdo’ sesama kita, tidak kiralah di alam maya atau di alam nyata. Saya melihat beberapa komen yang agak melampau dan tidak mencerminkan akhlak seorang pelajar agama. Namun saya tetap bersangka baik, mungkin sebilangan kecil sahaja yang sebegitu. Carilah jalan perdamaian, jalan pertengahan, titik pertemuan untuk kita sama-sama menabur bakti kepada bangsa kita yang masih lagi bercakaran di bumi Malaysia.

4. Satu perkara yang saya ingin nyatakan, bahawa sikap segelintir daripada pelajar kita yang belajar agama, yang bakal menjadi ulamak, sukar untuk menerima teguran. Jika ditegur cepat terasa, manja, merasakan diri terlalu tinggi dan cepat membuat andaian yang pelbagai. Mungkin itu kelemahan orang belajar agama pada pandangan saya yang lemah ini. Lebih-lebih lagi jika orang yang menegur itu bukanlah orang yang belajar agama. Kalau kita hendak jadi ulamak profesional sebagaimana yang dilaung-laungkan maka sikap terbuka, saling memaafkan dan berfikiran positif adalah merupakan aset yang bernilai dan perlu ditanam dalam jiwa pelajar. Saya yakin, hal ini akan membantu pelajar-pelajar apabila menempuh di alam pekerjaan nanti.

4. ISU TANTA; Setelah saya melihat apa yang berlaku, dapatlah saya simpulkan bahawa prosedur yang dimaksudkan oleh Presiden PMRAM itu adalah tidak benar dan memang tidak ada dalam Vienna Convention. Semasa saudara presiden dipanggil, beliau tak mampu membuktikan hujahnya dengan dokumen sehingga ke hari ini. Oleh itu, pegawai kerajaan tidak perlu memberi tahu PMRAM jika mereka hendak ke Muhafazah (Daerah). PMRAM mewakili dirinya tetapi tidak mewakili Kedutaan. Begitu juga, pelajar-pelajar jangan fobia dengan prosedur ini. Secara rasminya PMRAM tidak ada hubungan dengan Amin Daulah, itu adalah propaganda mereka untuk menakut-nakutkan pelajar-pelajar.

5. ISU PELAJAR QIRAAT: Pelajar Qiraat Tahun 1 akan mendapat Surat Akuan Belajar dari Maahad Qiraat masing-masing tidak lama lagi. Apabila surat itu telah sampai kepada pelajar, visa berstatus pelajar boleh dibuat. Sepatutnya kita kena bersyukur dengan keputusan Syeikh al-Azhar Imam al-Akbar Dr. Ahmad Tayyib. Ulamak yang kontemporari, berintegriti dan patuh kepada undang-undang. Beliau telah mengizinkan fail pelajar Malaysia tahun 1 diambil dan diuruskan. Bayangkan jika beliau menolak dan dengan alasan visa telah tamat tempoh. Bukankah itu akan menyusahkan pelajar. Berkaitan peperiksaan, pelajar mempunyai masa yang panjang untuk bersedia menghadapinya. Ini adalah kerana, peperiksaan adalah pada bulan Julai. Saya mengharapkan pelajar kerap datang ke kelas, sentiasa mengikuti pengajian dan elakkan ponteng sebagaimana yang lepas. Jika kita yakin pada diri, mempunyai persediaan yang cukup, sudah tentu tidak ada yang gagal dalam peperiksaan.

Akhir sekali, saya memohon maaf sekiranya terkasar bahasa, terlanjur bebicara, bukanlah saya orang yang perfect segalanya, tetapi sekadar luahan hati dari seorang abang kepada adik-adik yang masih menuntut di bumi bertuah ini. Salam perjuangan dari saya.

KHAIRI BIN JALALLUDDIN

ULASAN SAYA :

1. Kenyataan ini adalah berbaur fitnah. Kenyataan tanpa dalil dan hujah boleh dipatahkan bahkan di dalam mahkamah juga boleh dipertikai.

2. Saya adalah mantan kepimpinan PMRAM dan tahu sejauhmana hubungan akrab PMRAM bersama dengan pihak keselamatan Mesir (polis Mesir).

3. Saya memohon Atase Akademik yang 'baru kenal Mesir' untuk bertaubat di atas kenyataan yang berunsur hasutan dan fitnah.


JPMK Wajar Disaman Dan Didakwa!

KEPUTUSAN :

Mahasiswa Al-Quran dan Qiraat Al-Azhar sesi 2009/2010 TIDAK DIBENARKAN mengambil peperiksaan. Keputusan ini dikeluarkan secara rasmi.


SATU TINDAKAN undang-undang wajar dilaksanakan pada waktu ini. Saya mengharapkan pihak pentadbiran PMRAM atau wakilnya untuk memanjangkan perkara ini kerana satu sikap ketidak-tanggungjawaban Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di atas peristiwa yang berlaku.

Laporan mahasiswa ini perlu dibawakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kita berkeyakinan bahawa pihak JPMK akan menceritakan kepada KPTM berkenaan hal ehwal 'menggelakkan diri' daripada dituduh tidak melakukan tugas.

Kenyataan rasmi pihak JPMK boleh ditolak (menurut undang-undang kehakiman) kerana sebelum ini masalah ini pernah berlaku namun dapat diatasi dengan sebaiknya.

Saya berkeyakinan bahawa isu ini berpunca daripada PEGAWAI JUNIOR yang tidak tahu apa-apa menguruskan pelajar ketika di Mesir.


DI BAWAH INI DISERTAKAN KENYATAAN RASMI JPMK

JABATAN PENUNTUT MALAYSIA KAHERAH
MASALAH PELAJAR TAHUN SATU
MAAHAD QIRAAT AL-AZHAR MESIR 2009/2010

Pendahuluan

Jabatan ini telah menerima aduan daripada wakil pelajar Maahad Qiraat Al-Azhar Mesir (Syubra dan Mansourah) dan penjaga pelajar berkaitan larangan menduduki peperiksaan syafawi (lisan) pada 29 April 2010 dan peperiksaan tahriri (penulisan) pada 8 Mei 2010.

Punca Masalah

1. Pelajar lewat sampai ke Mesir.

2. Pelajar lewat menyerahkan keputusan pemeriksaan kesihatan (medical check-up) iaitu pada 22 November 2009 sedangkan tarikh tutup 30 Oktober 2009.

3. Visa telah tamat tempoh dan ada sebahagian pelajar tidak membuat visa.
- Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) menerima salinan visa yang terakhir pada 26 Disember 2009.

4. Wakil pelajar tidak mengikut prosedur yang diberikan oleh pegawai JPMK.
- Pelajar yang menguruskan sendiri visa dan pemeriksaan kesihatan dapat menyerahkan kepada JPMK sebelum 30 Oktober 2009.

Ekoran daripada sebab-sebab di atas, semua fail pelajar diserahkan kepada Idaratul Wafidin (Pejabat Pelajar Luar Negara) selepas 26 Disember 2009.


Tindakan yang diambil

7 April 2010
JPMK mengeluarkan surat permohonan kepada pihak yang berkenaan untuk membenarkan pelajar tahun 1 mengambil peperiksaan lisan walaupun fail belum sampai ke Maahad.

20 April 2010
JPMK mengadakan pertemuan dengan Syeikh Ali Abdul Baqi, Setiausaha Majmak Al- Buhus Al- Islamiah.

29 April 2010
JPMK mengadakan pertemuan dengan Syeikh Dr. Muhammad Wasil, Wakil Syeikh Al-Azhar di pejabat Al-Azhar,

29 April 2010
Idaratul Wafidin memulangkan semua fail pelajar kepada JPMK.

4 Mei 2010
JPMK mengadakan pertemuan dengan Al-Imam Al- Akbar Syeikh Al-Azhar As-Syarif Dr. Ahmad Tayyib.

Keputusan Perbincangan

1. Al-Imam Al- Akbar Syeikh Al-Azhar As-Syarif Dr. Ahmad Tayyib telah bersetuju untuk meminta Syeikh Dr. Muhammad Wasil, Wakil Al-Azhar menerima dan menguruskan fail-fail tersebut walaupun visa telah tamat tempoh.

2. Walau bagaimanapun, pelajar hanya dibenarkan mengambil peperiksaan pada daur al- thani (semester kedua) iaitu pada bulan JULAI 2010.

Jabatan Penuntut Malaysia Mesir
Kaherah
5 Mei 2010

Wednesday, May 05, 2010

Studio PTS Sudah Beroperasi

Tuan Alif Firdaus Azis dan Tuan Bahruddin Bekri adalah perasmi kepada studio PTS

PENERBIT RANCANGAN (Tuan Roslan Md Isa) sudah memulakan kerja-kerja pembahagian tugas bagi podcast PTS bersiaran mengikut jadual yang telah dirancangkan.

Saya diberikan tugas melaksanakan tanggungjawab di dalam bidang sastera. Segmen berkenaan karya sastera (kritikan/komentar), puisi, pantun, dan drama radio akan digalas oleh saya selaku DJ bertugas.

Podcast akan diperdengarkan selama 3-5 minit bagi setiap segmen. Insya-Allah, sebulan-dua bulan dari sekarang, sistem ini akan beroperasi dengan baik.

"Jangan Beri Syafiq Masuk ARMA"- Pegawai


TERPERANJAT SAYA apabila Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Muhammad Zuhaili Saiman (tengah) masuk ke dalam bangunan ARMA. Saya masih teringat lagi, tahun lalu, seorang pegawai telah memaklumkan kepada penghuni ARMA, "Jangan Beri Syafiq Masuk ARMA".

Pegawai amat takut dengan saya. Oleh sebab saya wartawan paling cepat membuat laporan berkenaan bangunan ARMA itu, mereka terpaksa menghalang saya masuk ke dalam kawasan bangunan milik asal PMRAM itu.

Hasilnya, di sebalik PENGHARAMAN PMRAM masuk ke dalam bangunan ARMA seperti yang dimaklumkan oleh pegawai JPMK baru-baru ini berkenaan PMRAM tidak dibenarkan masuk bangunan itu, terbukti tewas apabila ARMA dimasuki oleh kepimpinan PMRAM.

Saya tidak sabar menunggu peraturan baru pegawai JPMK untuk mengupah body-guard selepas ini menjaga pintu masuk ARMA dan tidak membenarkan mana-mana kepimpinan PMRAM menerobos masuk pintu ARMA.

Tambahan :

Dalam pertemuan baru-baru ini di ARMA, pegawai memaklumkan bahawa KELANTAN DAN PMRAM HARAM BAGI ARMA. Persoalannya, mengapa HARAM? Spekulasi...



PMRAM Perlu Izinkan Saya Bertemu Kementerian Pengajian Tinggi

Demi menjaga keharmonian mahasiswa di bumi Mesir, saya memohon perkenan Presiden PMRAM 2010, Saudara Shahrizan Mohd Hazime untuk membawa isu-isu ini kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya.

Maklumat dan perkembangan mahasiswa yang berlaku di Mesir akan saya laporkan kepada pihak pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Saya mendoakan teman-teman dapat menghadapi peperiksaan pada tahun ini, insya-Allah.

Yang benar,

SYAFIQ ZULAKIFLI.

Pegawai Kita?


GAMBAR di atas menjadi bukti bahawa seorang kakitangan kerajaan yang ditugaskan di Mesir menjalankan tugas yang salah apabila terlibat secara langsung dengan pertubuhan parti politik. Saya sungguh terharu apabila pegawai kita dijadikan hamba (mungkin juga sukarela) untuk membersihkan pejabat Kelab UMNO Kaherah.

Saya akan menghadiri mesyuarat tertutup bersama kepimpinan tertinggi di Malaysia pada minggu hadapan. Sebarang isu hendaklah dimaklumkan kepada saya pada kadar segera dan pihak kami akan menghantar maklumat ini kepada media (akhbar).

Tahukah tuan-tuan sekalian bahawa kenyataan akhbar atau sebarang isu yang terbit di media bercetak (akhbar) akan lebih dilayan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia daripada kenyataan yang tuan-tuan khabarkan di dalam blog atau sebagainya.

Saya faham benar bahawa isu yang sedang berlaku di Mesir adalah seperti berikut :

1. Mahasiswi Qiraat Mansurah tidak dapat menghadapi peperiksaan kerana fail pendaftaran pelajar masih lagi tidak sampai (tiba) di Mansurah. Al-Azhar tidak membenarkan mahasiswi mengambil peperiksaan.

2. Isu pegawai di Tanta

3. Isu ARMA. Pegawai JPMK tidak tahu peraturan sebenar ARMA.

4. Isu penutupan kampus Al-Azhar cawangan Mansurah dan Dumyat menyebabkan mahasiswa di arah berpindah ke Kaherah.



Temuduga : Bagaimana Persiapan?

Tuan Fauzul Na'im bin Ishak
(Pengurus Besar Penerbitan, Jabatan Editorial PTS)


10 MEI ini, kebanyakkan teman-teman saya akan menghadiri temuduga Editor Agama di PTS Islamika Sdn. Bhd. salah satu anak syarikat PTS yang beroperasi pada hari ini.

Sejujurnya, saya tidak berpengalaman menghadapi sesi temuduga secara formal dengan PTS kerana saya ditemuduga tanpa soalan temuduga. Oleh yang demikian, ada beberapa perkara yang boleh saya kongsikan bersama dengan saudara/ri yang akan ke temuduga PTS ini. Oleh sebab teman-teman saya ramai bertanya, bagaimana persiapannya, saya perturunkan beberapa pandangan saya berkenaan hal ini.

Buat masa ini, PTS adalah syarikat penerbitan buku Melayu terbesar di Malaysia. Oleh itu, saudara/ri perlu mengetahui selok-belok tentang dunia perbukuan negara.

Persediaan menghadapi temuduga adalah seperti berikut :-

1. Buatlah kaji selidik di dalam web Sifu PTS iaitu http://www.universitipts.com. Pelbagai rahsia yang Sifu PTS sudah bongkarkan. Oleh yang demikian, calon perlu bersedia dengan sebarang soalan berkenaan dengan sesi temuduga itu. Untuk pengetahuan, saya sudah membaca blog Sifu PTS, 3 tahun sebelum berkhidmat dengan PTS. Oleh yang demikian, jikalau saudara/ri sudah membaca weblog Sifu PTS lebih lama daripada itu, saudara/ri lebih layak berada di PTS.

2. Soalan paling famous adalah, senaraikan buku yang saudara/ri telah baca. Barangkali mereka minta saudara/ri menyatakan intipati setiap buku itu. Semakin banyak buku yang saudara/ri baca, semakin tinggi peluang untuk saudara/ri berada bersama PTS.

3. Tunjukkan bakat kepimpinan saudara/ri. Di PTS, kita membentuk anggota bukan sahaja yang boleh bekerja tetapi perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan. Satu masa, saudara/ri akan mentadbir PTS. Oleh itu, bakat itu perlu dipamerkan.

4. Saya berkeyakinan bahawa saudara/ri tidak akan ditanya di dalam bahasa Inggeris kerana PTS mempunyai dasar iaitu memandaikan bangsa dan bahasa Melayu adalah teras perbualan di dalam temuduga. Oleh yang demikian, tidak perlu bekejar-kejar masuk kelas bercakap bahasa Inggeris.

5. Oleh sebab jawatan ini adalah jawatan buku agama, saudara/ri perlu bersedia sekiranya ditanyakan soalan seperti berikut : "Jika anda diberikan satu projek untuk membangunkan manuskrip agama, manuskrip apa yang anda akan ciptakan untuk PTS." Jawablah dengan kreatif dan menyatakan idea-idea baru yang belum ada di dalam dunia ini. Barangkali idea itu diceduk semasa saudara/ri menuntut di dalam atau di luar negara dan sewaktu saudara/ri menghadiri pesta buku antarabangsa.

6. Semakin keyakinan saudara/ri itu tinggi, semakin cerah peluang itu kepada saudara/ri sekalian. Selamat bertemuduga. Semoga ramai anggota dan warga PTS bersama kami.

Tambahan :

1. Saya sedih kerana salah seorang staf (teman baik) saya di PTS akan meninggalkan PTS. Beliau sudah menyerahkan surat perletakkan jawatannya. Beliau adalah seorang tokoh yang terbaik untuk PTS, namun semuanya adalah jodoh...

2. Gambar di atas adalah ketua panel kepada temuduga itu. Tuan Fauzul Na'im amat baik orangnya. Oleh itu, calon tidak perlu risau.

3. Saya ditemuduga oleh beliau dan juga Encik Ikram Wazir. Saya fikir, PTS pada waktu itu ingin menempatkan saya di PTS Millennia yang menerbitkan buku-buku popular dan motivasi Islamik, namun saya berdegil untuk menjadi editor sastera maka saya ditempatkan di PTS Fortuna. :)

Tuesday, May 04, 2010

Merindui Masjid Appolo



Masjid Ar-Rahmah ini terletak di hadapan Pejabat PMRAM. Kami memanggilnya Masjid Appolo kerana reka bentuk masjidnya adalah seperti Appolo.

Imam masjid ini pula seorang yang 'buta'. Namun, masjid ini tidak pernah sunyi dengan kehadiran jemaah yang ingin mendengar bacaan imam masjid yang tepat pada bacaan serta makhrajnya.

Kenangan saya di Masjid Ar-Rahmah yang terletak di hadapan pejabat PMRAM ini adalah seperti berikut :-

1. Tempat saya menghafaz Al-Quran (semasa menghampiri peperiksaan).

2. Pernah kena cubit dengan Ustaz Muhammad Arshad kerana tidak lancar menghafaz.

3. Kerap ke masjid ini bersama Ustaz Hairul.

4. Mengulangkaji pelajaran sempena peperiksaan (biasanya matapelajaran yang akan datang pada keesokkan harinya).

Rahsia Hari Pertama Di Bumi Mesir


Gambar ini adalah gambar pertama sewaktu saya menjejakkan kaki ke bumi Mesir. Dalam fikiran saya, peristiwa itu sudah lebih lima tahun berlalu. Sungguh saya tidak menyangka perjalanan dan tempoh permusafiran itu terlalu singkat dan cepat.

Mahu sahaja saya kembali menjadi seorang mahasiswa. Ramai orang berkata, kenangan sewaktu belajar adalah lebih menyeronokkan berbanding di dalam alam pekerjaan. Saya akui. Oleh sebab itu, cita-cita hanya satu. Mahu kembali ke Mesir dan berkelana di sana. Barangkali untuk mencari ilham yang masih tertangguh.

Saya akan menyimpan hasrat itu, insya-Allah. Saya tiba-tiba sedari, betapa Ustaz Hairul Nizam kini sudah lebih sepuluh tahun di Mesir. Tentu pengalaman beliau lebih banyak dan matang. Seronok beralaskan pengalaman. Juga yang saya sedari Ustaz Che-Ku yang masih di Mesir semenjak tahun 1980-an di sana.

Saya pernah mendengar Ustaz Che-Ku menceritakan kepada kami (kepimpinan PMRAM) peristiwa hitam yang berlaku di dalam PMRAM sewaktu sejarah PMRAM dihalau dari ARMA pada tahun 1992-1994 itu. Yang saya masih ingat adalah satu batu/papan yang bertulis (2212m) telah hilang sewaktu PMRAM dihalau dari ARMA.

Banyak harta PMRAM sebenarnya telah hilang semasa proses perpindahan pejabat PMRAM daripada bangunan ARMA ke pejabat di Masakin Othman, Hayyu Sabie, Kaherah.

Namun, sehingga kini, saya masih sempat lagi menduduki kerusi dan meja PMRAM yang ada cop 'HAK KERAJAAN MALAYSIA' kerana pada waktu itu barang-barang PMRAM semuanya dicop dengan perkataan-perkataan itu.

Sejarah itu harus dibela. Saya berkeyakinan bahawa PMRAM akan 'menang' jika kita bawa undang-undang ini ke mahkamah. Tetapi bagi saya PMRAM berpendirian bahawa, "buat apa bergaduh dengan kerajaan Malaysia. Jika mereka kalah, tentu malu besar mereka kerana terpaksa tersingkir macam pelajar-pelajar Akademi Fantasia." (ketawa kecil..)

Apapun, berbalik kepada cerita asal tadi bahawa, hari pertama di Mesir itu banyak nostalgianya.

Saya tiba di Mesir pada bulan Ramadan. Saya meninggalkan Mesir juga pada bulan Ramadan. Moga ada keberkatannya...


Monday, May 03, 2010

Istiqamah Dalam Perjuangan


SAYA FIKIR tidak perlu menceritakan detik-detik saya diperkenalkan dengan dunia perjuangan. Yang pasti, ada teman-teman yang menghormati pendirian saya untuk terus berada di dalam alam perjuangan.

Sabar sahabat-sahabat sekalian,

Saya belum menuju ke alam baqa. Maka saya tidak layak dilabel sebagai insan yang boleh dikagumi. Saya belum pernah menerima wang berjumlah jutaan ringgit di hadapan saya. Baru-baru ini saya menyelesaikan pembacaan novel 'Weil China' yang pernah diterbitkan oleh PMRAM.

Saya kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh Qan yang terus istiqamah sebagai seorang Islam dan tidak goyah di dalam prinsip dan perjuangan yang ditempuhinya.

Benar. Hari ini kalian mampu berbicara tentang istiqamahnya saya dalam dunia perjuangan menegakkan agama Islam sebagai agama Tuhan yang paing mulia. Namun, seperti yang saya lakarkan di atas bahawa saya belum lagi dihidangkan dengan sejumlah wang untuk 'melompat'.

Sejujurnya, di hati kecil ini saya sandarkan kepada istiqamah dalam kefahaman. Bukan mudah untuk memudahkan insan seperti saya. Bukan mudah memberikan kefahaman kepada saya lebih-lebih lagi saya seorang yang terlalu degil khusus semasa di dalam kepimpinan PMRAM lagi.

Bicaralah kepada HEWI PMRAM semasa sesi yang lalu. Berapa ramai di antara mereka yang banyak kali melihat 'angin' saya sentiasa berada di puncak. Berapa ramai di antara mereka yang telah melihat 'perangai' saya di dalam kepimpinan.

Barangkali ada yang terguris. Semua itu adalah kenangan yang tidak pernah saya lupakan.

Ada teman yang mencadangkan saya mengarang sebuah novel perjuangan yang ada kaitan dengan saya berdasarkan pengalaman peribadi. Entahlah... novel yang sepatutnya disiapkan juga belum disiapkan...

Saya mahu masuk kelas drama pula...