Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Thursday, May 13, 2010

Khairi Jalaluddin Jawab Balas Kenyataan Akhbar


LICIK DAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI adalah kesimpulan yang boleh dibuat di dalam jawapan balas yang dikemukakan oleh Khairi Jalaluddin yang membalas kenyataan akhbar pada hari ini.

Apapun, saya dikhabarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tarikh 12 Mei (semalam) bahawa KPTM akan mendengar penjelasan daripada JPMK dahulu kerana mereka baru mendengar daripada sebelah pihak. Hal yang didengar ini sungguh memeranjatkan saya kerana isu ini sudah lama berlaku dan bagaimana baru sahaja semalam pihak KPTM mengetahui hal ehwal ini.

Isu ini dijangka akan dipanjangkan kepada ahli Parlimen dan dibahaskan di Parlimen dalam persidangan yang akan datang. Insya-Allah.

Ada beberapa jawapan yang saya perlu sangkal di dalam kenyataan Khairi ini. Di antaranya, adalah :

1. Sikap mementingkan diri dan tidak mahu mengaku bersalah.

-Beliau menyatakan beliau baru berkhidmat semenjak 20 Januari di Mesir dan tidak perlu menuding jari kepada beliau sahaja.

Jawapan : KJ seolah-olah mahu mengatakan bahawa 'mengapa pegawai lain tidak dituduh?' Rupa-rupanya KJ pun mahu melihat pegawai lain dilibatkan sama termasuk Pengarah JPMK sendiri yang KJ lihat lebih selesa dalam isu pada waktu ini.

2. Isu visa?

-Beliau menyatakan mahasiswa tiada visa.

Jawapan : Barangkali KJ pelajar Jordan dan tiada maklumat mengapa pelajar di Mesir tiada visa. Jawapannya mudah sahaja, 'kalau nama sudah tidak naik di Maahad Qiraat, bagaimana mahu dapatkan visa'. Bukankah syarat mendapatkan visa hendaklah disertakan dengan surat daripada pihak Maahad Qiraat menyatakan kita adalah mahasiswa itu.


Jawapan keseluruhan yang mudah :

- Mahasiswa tidak mahu pegawai UMNO yang diupah bekerja di JPMK. Ada teman yang mengatakan bahawa JPMK sekarang sudah jadi Pejabat Cawangan UMNO Kaherah. Kami mahukan pegawai profesional semacam Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang tidak pernah memusuhi pelajar berbanding pegawai JPMK yang dilihat tidak adil dalam berkhidmat.


2 comments:

¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸M@sTuRa¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸ said...

KJ menggelabah nak jawab sebenarnya.

“Ketibaan mereka tidak seragam, dengan sesetengahnya datang selepas tarikh ditetapkan iaitu selepas 30 Oktober tahun lalu.

Kenyataan BOHONG KJ, tarikh terakhir pelajar sampai adalah pd 06 Oktober 2009. KJ berbohong pd akhbar.

Ibnu Ali said...

Bohong tu biasalah. Nak lepas diri akhirnya berbohonglah. UMNO kan johan berbohong. Kalau buat pertandingan "Piala Bohong Perdana" mesti KJ menang.

Isu telaga minyak nak bohong. Royalti minyak yang dibuat oleh UMNO pun nak dibohong juga. Banyak benda UMNO dah bohong rakyat. Hmm mungkin ramai yang tak perasan atau memang suka kena bohong. Hehe