Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Tuesday, May 11, 2010

Ulang Tahun UMNO : Saya di ASWARA

11 Mei 2010, sempena ulangtahun UMNO ke-64, saya berada di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Jam 10 pagi saya sudah berada di sana. Di samping program diskusi tiga buah kumpulan puisi, majlis penyampaian hadiah sempena Sayembara Mengarang Puisi Tun Abdul Razak diadakan.

Cikgu Shamsuddin mengatakan, "Kita kecewa kerana orang UMNO tiada dalam program ini. Puisi Tun Abdul Razak yang disampaikan sepatutnya anak Tun Razak (Najib) sepatutnya datang."

Selain daripada itu, saya juga berkesempatan bersapa dengan Puan Rozninah Azib dari Dewan Sastera.

Terima kasih juga kepada Puan Azizah daripada Bahagian Perkamusan, DBP yang sempat menyapa,"Saya pengikut setia blog awak. Awak usah menganggap blog awak tiada pengikutnya."

Segan juga dengan orang-orang Dewan Bahasa dan Pustaka yang melihat perkembangan saya. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan.

Ketika dalam perjalanan pulang, Saudara Faisal Tehrani memberikan mesej pesanan ringkas di dalam telefon bimbit saya, "Maaf tidak dapat melayan tadi. Harus jemput dan hantar Pak Samad. Pemandu ASWARA tiada."

Sejujurnya saya tidaklah ke ASWARA semata-mata bertemu Faisal Tehrani kerana saya perlu bertemu penulis di ASWARA iaitu Saudara Zulfazlan Jumrah yang memborong 2 buah anugerah dalam majlis penyampaian itu.

Apapun, penghargaan ini juga saya tujukan kepada mereka yang lebih banyak memberi. Kerdilnya diri saya hendaknya.

Tambahan :

1. Faisal Tehrani kini adalah pensyarah di ASWARA. Beliau mengatakan kepada saya, "Banyak karya anak-anak muridnya yang baik dan sesuai untuk diterbitkan."

2. Kamera saya ada orang pinjam. Aduhai...tertekan.


3 comments:

azizah said...

Salam.

Syafiq,
Saya memang suka memerhati orang. Terperinci tentunya. Dulu, 25 tahun lalu saya di majalah, saya suka pergi ke tempat ramai, hanya untuk memerhati orang: untuk memahami mereka yang berbeza daripada saya. Tapi sekarang, dengan teknologi yang ada, dan peningkatan usia saya, saya hanya memerhati orang melalui apa yang mereka tulis dalam maya.

Barangkali, ramai yang seperti saya. Sekadar untuk memahami siapa dia dan mengapa dia bertindak begitu. Seiring itu, saya akan sedar betapa Tuhan menjadikan setiap manusia itu unik dan 'indah'. Itu sahaja.

Selamat berkenalan.
Wassalam.

SYAFIQ ZULAKIFLI said...

Salam.

Puan Azizah, saya gembira dapat bertemu dengan pegawai-pegawai DBP. Oleh sebab saya pernah bercita-cita bersama DBP, namun mengenali dengan insan-insan di DBP sudah cukup membuatkan jiwa saya rasa dihargai.

Terima kasih banyak-banyak.

Faisal Tehrani said...

salam,
kenapa nak tutup blog ni?
Wassalam