Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Dua Tahun Meladeni Dunia Penyiaran

Dua Tahun Meladeni Dunia Penyiaran Sedar atau tidak, sehingga tarikh ini, saya sudah dua puluh lima bulan atau lebih tepatnya dua tahun satu bulan meladeni dunia penyiaran. Saya bermula dari sebuah penyiaran televisyen di Al-Hijrah Media Corporation selama 16 bulan dan kini berada di radio IKIMfm selama 9 bulan. Berbicara dua puluh lima bulan tidak sama tentunya dengan dua puluh lima tahun. Jika bertanya kepada saya, sepanjang saya menjadi pengacara ini, siapa sahaja yang pernah saya bertemu, tentu tidak tercatat kerana pelbagai kelas dan kedudukan manusia saya bertemu. Ada Perdana Menteri, dan timbalannya. Ada juga artis, pelakon, pelawak dan macam-macam lagi. Perkara yang menjadi keutamaan di dalam hidup saya adalah, insan yang pernah saya ketemu adalah idola di dalam perjalanan hidup saya. Jika ditanya, siapa pengacara yang amat saya kagumi tentunya Aznil Hj Nawawi. Dan, jika saya imbas sekejap - pengacara daripada Singapura tentunya Su...

Pecutan Untuk 3 Bulan Terakhir

MASA bergerak pantas. Dua ribu dua belas akan berakhir. Apakah pecutan yang wajar dilakukan di dalam sela masa tiga bulan ini. Pertama, tiga sayembara utama sedang berentap di landasannya. Bermula Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dan tidak ketinggalan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Apa lagi yang ingin difikirkan selain daripada menggenggam seluruh semangat untuk mengisi kekosongan itu. Ayuh berlari!

Keputusan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011

Tahniah kepada semua pemenang. Tiga orang wanita kuasai hadiah utama bagi HSKU 2011. KEPUTUSAN RASMI HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2011 Kategori Novel Remaja Pertama : Deru Angin di Kuala Perlis, Hafizah Iszahanid Kedua : Waris Pejuang, Ruhaini Matdarin Ketiga : Rimba Jiwa, Sri Rahayu Mohd Yusop Kategori Cerpen Remaja Hadiah Utama Bakau Tetap Teguh, Dayangku Mastura Mingguan Malaysia, 17 April 2011 Talia dan Raksasa Qadqad, Zaniffa Azzura Abdullah Mingguan Malaysia, 20 Mac 2011 Tukang Sejarah, Husna Nazri Mingguan Malaysia, 9 Oktober 2011 Hadiah Penghargaan Banjir di Mata Emak, Che Soo Ismail Mingguan Malaysia, 23 Januari 2011 Cerita Akhir Tahun, Zainal Rashid Ahmad Harmoni, 1 Disember 2011 Harum Kasih Daun Lirik, Dayangku Mastura Wanita, April 2011 Kalbu Adam di Tahun Baru, Husna Nazri Mingguan Malaysia, 11 Disember 2011 Kuih Bakul Limau Mandarin, Mohd Helmi Ahmad Mingguan Malaysia, 1 Februari 2011 Menuai Emas, Salina Ibrahim Mingguan Malays...

Sebulan Tidak Menulis : Siapa Yang Mahu Membaca?

Tajuk utama blog ini selepas sebulan mungkin terasa tercabar kepada diri sendiri. Namun, saya berbangga kerana biarpun saya meninggalkan dunia blog sementara tetapi saya sibuk menguruskan kerja-kerja kehidupan part time yang lain. Alkisah, saya menulis catatan blog ini selepas berkunjung kedua-dua buah institusi yang pernah saya bertugas. Kira-kira hampir dua minggu lalu, saya ke PTS Media Group selepas 2 tahun meninggalkan PTS. Pagi ini, selepas enam bulan meninggalkan TVAlhijrah, saya menjejakkan kaki. Argh, orang mengatakan sirih pulang ke gagang. Namun, saya perlu mempercayai diri sendiri apabila dapat kembali kedua-dua buah institusi pekerjaan yang pernah saya hadapi selepas 3 tahun lalu menamatkan pengajian dari Universiti Al-Azhar, Kaherah. (2) Pembaca yang budiman,  Saya tidak menulis bukan bermakna saya terlalu sibuk. Namun, saya perlu membahagi-bahagikan masa. Pertama, kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran tempat kerja saya sendiri (IKIMfm). Say...

Menulis dan Cerita-Cerita

(Kali pertama saya dibuli berforum bersama tiga orang serikandi)     APABILA tidak aktif menulis, inilah wataknya. Kekadang ada berita yang disampaikan, dan kekadang lompang dari pembicaraan. Ramai teman-teman penulis memaksa saya meneruskan penulisan lantas terkesan dengan hasil tulisan saya lewat beberapa tahun lalu.   Ya, dunia penulisan sebenarnya mematangkan diri kita sebenarnya. Dunia penulisan banyak juga mengajar saya mengenal Allah sebenarnya. Dan, kerana penulisan jugalah saya diherdik dicaci maki malah ada waktunya saya diusir daripada dunia cabaran.   Semua itu merupakan rencah kehidupan. Saya pernah menjentik-jentik pihak yang tidak bertanggungjawab atas dasar sesuatu ketidakpuasan hati saya. Itu mungkin satu masa dahulu. Waktu kita mahu suara kita didengari oleh khalayak. Waktu yang mengajar saya bahawa pena adalah mahal daripada suara sendiri.   Sebenarnya, lewat membaca tulisan-tulisan yang menggemparkan seperti Dato' Johan ...

Syawal Ini, Dia Kembali Seperti Dahulu

MENYOROT tiang masa lalu tentu tidak sama dengan apa yang berlaku pada hari ini. Sesekali, teringatkan kisah lima tahun yang lalu apabila diajari di dalam sebuah bengkel. Tahun ini, ingatan itu kembali menjelma. Dan, kenangan akan diulangi lagi. September 2012 segalanya akan menemui keputusannya. Saya bersama rakan-rakan daripada Grup Karyawan Luar Negara akan berpesta di Port Diskson. Terima kasih salam dihulur buat Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia yang mengizinkan saya menyertai. Namun, dari satu sisi berbeza - harus mengisi ruang kosong itu dengan karya terbaharu. Apa agaknya yang akan dihidangkan buat bengkel kali ini. Insya-Allah nanti sama-sama ditunggu. Syawal ini, Dia akan kembali seperti dahulu kerana mengarang dan terus menulis apa yang terbaharu. Malah, difikirkan skrip drama yang bermutu untuk dipentaskan di hadapan khalayak. Mengupas semangat lebaran. Pasti!

27 Tahun Mengenal Pencipta

UCAPAN KERAMAT "Happy Birthday" atau dalam bahasa Melayunya Selamat Hari Jadi menjadi tema cerita pada 8 Ogos 2012 ini. Syukur di atas rahmat dan kasih sayang Ilahi kerana mengizinkan saya mendekatkan diri pada-Nya. Lebih istimewa, tarikh keramat ini juga di dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan iaitu bulan Ramadan. Bak kata pepatah, semakin meningkatnya usia, semakin berkurangnya masa kita di dunia. Allahuakbar. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada teman-teman yang berkirim ucapan di dalam kantung Facebook saya pada hari ini. Jumlahnya lebih kurang 299 orang penghantar mesej. Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawab satu persatu kerana tiada kekuatan untuk berbuat demikian. Saya sebagai seorang insan yang lemah- namun berbangga kerana teman-teman mengingati saya. Dua puluh tujuh tahun saya mengenal pencipta. Istimewanya, tahun ini ulangtahun diraikan selepas saya bergelar Tuan Haji Syafiq Zulakifli. Alhamdulillah, dalam usia semuda ini, tiada pernah terfik...

Hukum Jana Wang Melalui Internet

HUKUM JANA WANG MELALUI INTERNET Apabila berbicara soal hukum, saya lebih berhati-hati kerana perkara ini mungkin menjadi perbahasan panjang di kalangan sebahagian pembaca blog saya.  Dalam perkembangan teknologi yang terus meningkat di samping alam maya menjadi salah satu daripada perkara penting dalam urusan setiap manusia, maka tidak boleh tidak setiap daripada individu akan menghadapi persoalan ini. Hukum berkenaan login di Facebook serta mendapat duit berganda-ganda tentu menjadi pertanyaan di minda kita. Paling menjadi perbahasan adalah hukum meletakkan Nuffnang dan Adsense Google yang pastinya lebih kepada menjana keuntungan dengan promosikan bahan daripada orang lain. Saudara yang budiman, Harus difahami, sesuatu hukum itu pada asalnya adalah harus, namun ia akan berubah kepada wajib, haram, makruh dan seterusnya disebabkan permasalahan yang tertentu. Ada orang bertanya, "Ustaz, klik saja dapat duit. Apa hukumnya?" Izinkan saya ulangi bahaw...

Mazhab Pemikiran

MENJADI salasiah generasi akademik bukan sesuatu yang mudah. Malah, pertentangan - serta tanggapan di sebalik sesuatu kekadang menjadi perbualan dan perdebatan yang tiada berkesudahan. Awal bulan lalu, seawal saya pulang ke Johor Bahru dan singgah ke Universiti Teknologi Malaysia, Skudai - seorang teman bersuara dalam perbualan kami, "UTM mencari orang macam kau. Menulis sahaja bahan ilmiah. Kau ada bakat menulis. Dalam setahun dua, sudah bergelar mahasiswa sarjana." Sehingga saat saya mengarang karya ini - saya masih belum berpedoman untuk menyambung pengajian di dalam sarjana apa. Saya seolah-olah serabut dengan kekalutan dunia pekerjaan di samping ijazah sarjana muda yang tidak menserasikan diri di alam kerjaya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu ketetapannya. Serasa-rasa tercabar, saya terpengaruh dengan pelbagai rencam penulisan Dr Zaharuddin Abdul Rahman yang menjadi tetamu mingguan di dalam Bicara Muamalat saban minggu di konti radio IKIMfm. Walau...

BKPJM, PMRAM dan Pelajar Mesir

SUDAH LAMA tidak menulis hal ehwal berkenaan dengan Mesir. Tentu, saya amat merindui Mesir yang membesarkan saya seperti hari ini. Mesir juga yang meletakkan halatuju dan matlamat kerjaya saya hari ini. Selepas hampir tiga tahun meninggalkan bumi Mesir, pada waktu ini saya sudah berada di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Bahagian Radio. Saya mengucap syukur kepada Allah yang memberikan peluang untuk saya berkhidmat bersama rakyat di Malaysia. Justeru, IKIMfm saluran radio kefahaman Islam yang pastinya teman-teman dari Mesir mendengarnya. Saya amat merindui Mesir. Oleh sebab itu, apa sahaja hal yang berlaku di Mesir, saya memang beria-ia mengetahuinya. BKPJM dan PMRAM Siapa tidak mengenali Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) dan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Saya pernah menjawat jawatan sebagai exco BKPJM sehingga pernah menjadi Penasihat 3 BKPJM. PMRAM lebih mendalam di dalam jiwa saya. Selama tiga tahun menjawat jawatan di dalam PMRA...

Ulama Masa Kini

SELEPAS meninggalkan stesen TV Islam negara, TVAlhijrah - saya mendapat pelbagai persoalan yang sebenarnya hampir sama. Soalannya adalah, "Mengapa keluar daripada TVAlhijrah?" Saya fikir jawapan sewaktu berbicara bersama Ustaz Pahrol Md Joui pada awal Mac lalu adalah jawapan yang tepat. Jawapannya, saya perlu menjadi ulama. Saya juga perlu ber'hijrah' daripada hijrah. Empat bulan berada di dalam IKIMfm, tentu pelbagai pengalaman yang ingin dikongsi. Insya-Allah satu masa nanti yang dijanjikan - pengalaman itu saya akan kongsikan bersama-sama. Tanpa saya sedari, apabila saya berada di IKIMfm, sebenarnya saya duduk di kawasan yang selamat. Saya bersama para asatizah dapat merapatkan hubungan. Entah mengapa, saya dapat mengendalikan rancangan-rancangan agama sewaktu berada di sini kerana itulah major saya. Setiap minggu, saya akan bersama Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri, Dr Zulkifli Mohamad, Ustaz Salehuddin dan beberapa ustaz lagi. Minggu ini juga menariknya...

Gosip Hujung Bulan

ADUHAI, lama sungguh saya tidak menulis gosip di dalam blog sendiri. Almaklum, semenjak mahu stabilkan diri, sudah penat mahu hidup dalam dunia gosip ini. Tapi, kekadang apabila tiada gosip - tidak seronok juga. Alkisah, semalam sempat membaca karya Faisal Tehrani di Mingguan Malaysia berjudul "Homosektual" Saya amat gemar dengan pemikiran supra mazhabnya. Namun, apabila saya sentiasa mengiyakan pandangan beliau, ramai pula teman-teman yang akan melabelkan saya sekapal dengan beliau. Argh! Pengsan. Dikisahkan juga Mesir kini berlabel Presiden baharu. Tahniah kepada Dr Mohamad Morsy yang memenangi pilihanraya Presiden Mesir. Biarpun penantian satu penyeksaan, yang pasti kemenangan Islam semakin hampir. Ahaks! Hari ini lima Syaaban. Cepatnya masa berlalu. Mungkin ramai tidak sedar bahawa kita bakal menjengah bulan Ramadan. Apapun, mari sama-sama berdoa agar kita menjadi insan yang sentiasa mengingati Allah. Amin. Separuh masa kedua pada tahun 2012 sebenarnya- ...

Cabaran Teater

Teater tempatan perlu anjakan Oleh AZMAN ISMAIL DUNIA melangkah ke tahun 2008. Ia tidak hanya mencatatkan pertambahan tahun tetapi juga sebuah anjakan Malaysia kepada keragaman serta kerencaman dalam semua bidang termasuk bidang seni, sastera dan budaya. Secara logiknya, pertambahan satu tahun tersebut menandakan masyarakat seni, sastera dan budaya semakin matang dan kuat. Bukan sahaja dari aspek persembahan dan kualiti karya tetapi strategi pemasaran. Namun, adakah para penggiat dan pengkritik seni telah bersedia untuk mendepani cabaran 2008 yang pastinya lebih hangat dan mencabar? “Memperkasakan bidang seni termasuk teater dan sastera bukanlah kerja mudah. Ia sama seperti bidang-bidang lain yang menuntut seluruh penggiat serta pengkritik seni berusaha secara maksimum. “Kita bukan lagi berada dalam zon untuk meniru dan mengagumi Barat tetapi melahirkan karya atau naskhah teater dalam kerangka pemikiran kita sendiri,” kata pelakon dan aktivis teater, Rosli Ra...

Cerita-Cerita Belum Noktah

Ke mana menghilang? Barangkali itu adalah ungkapan awal yang bermain di minda pembaca lama blog ini. Saya tidak menghilang malah memang wujud dalam dunia ini. Tetapi, saya sedang berhibernisasi sebentar. Bukan apa, saya sedang mencari punca ke mana hilang jatidiri dan peribadi yang sudah bersarang dalam diri. Dalam sela masa yang panjang selepas beberapa bulan berkhidmat di IKIM, banyak yang dilihat dan pelbagai ragam yang diperhalusi. Sukarjuga untuk dituliskan apa yang menjadi percaturan diri. Ok - kita lupakan saja. (2) Catatan ini ditulis selepas menonton filem Syamsul Yusof yang terbaharu iaitu 'Jalan Kembali - Bohsia 2'. Saya amat kagum dengan karya-karya Syamsul Yusof - pemikiran dan sarana yang ditonjolkan melalui karya ini amat membekas. Dalam sela masa berbaki, saya lemparkan sahabat saya meneruskan pengajian dalam bidang Diploma Perfileman di UiTM Puncak Perdana. Biar dia belajar sepak terajang dunia ini sehingga dia lahir sebagai seorang anak s...
Rencana ini disiarkan di akhbar Mingguan Malaysia, 20 Mei 2012 'Jangan Sampai Hilang Segalanya' MUKADIMAH CADANGAN supaya Majlis Fatwa Kebangsaan bermuzakarah bagi membincangkan kewajaran parti politik menggunakan perkataan Islam pada nama parti mengundang pelbagai reaksi. Ia merujuk perkataan ‘Islam’ pada nama parti Pas. Ada pihak berpandangan, ia wajar memandangkan penggunaan perkataan Islam itu boleh mengelirukan umat Islam, terutamanya dalam kalangan penyokong fanatik Pas sendiri. Ada pula berpandangan bahawa ia tidak lebih sekadar gesaan berbaur politik. Kepada wartawan Mingguan Malaysia, ABDUL MUIN SAPIDIN dan jurugambar ROY ABDUL AZIZ, Mufti Perak, TAN SRI HARUSSANI ZAKARIA berkata, gesaan itu timbul kerana sifat dan falsafah perjuangan Pas itu sendiri yang sudah jauh berubah. Harussani juga menarik perhatian bahawa UMNO-Pas sebagai parti orang Melayu tidak wajar terus bercakaran terutamanya dalam perkara-perkara yang menyentuh kepentingan agama ...

Greece : Ada Rakaman Peristiwa

Izinkan saya berkongsi cerita ini. Catatan ini langsung saya tidak pernah berkongsikan sebelum ini. Kisah perjalanan saya bersama wartawan mengikuti Kembara Flotilla II bersama YB Khairy Jamaludin dan 10orang sukarelawan ke Greece. Perjalanan yang sudah tamat hampir setahun yang lalu memberikan pengalaman yang amat bermakna kepada saya juga teman-teman yang lain. Apapun, dalam masa terdekat, saya akan menulis tentang Pulau Corfu yang terletak di Barat Laut Greece ini. Terima kasih kepada TVAlhijrah yang menghantar saya selama lebih 12 hari membuat liputan di Greece.

Cerpen : Bila Tok Wan Bersuara

ENTAH apa yang mendukacitakannya, Dia tidak tahu. Sejak semalam Tok Wan membundarkan penglihatannya ke mercu KLCC. Tinggi agam megah menara yang diasiosasikan sejak pemerintahan Perdana Menteri Malaysia keempat dilihat dengan wajah sugul. Kali ini, Dia nampak benar Tok Wan memerhati dengan wajah pucat dan merah. Ada jawapan yang belum terjawab barangkali, getus Dia dihati. Dia merenung dalam-dalam maksud tersurat tersirat. Mahu menyapa; namun kekhuatiran itu melanda diri sendiri. Jeda.  Tidak berani menyuakan sedikit bicara. Dia betah menjenguk daripada kamar peribadi sahaja, “Dulu, kampung ini aman. Tiada suara hangit dan hingar. Orang tahu berbudi dan berbahasa. Sekarang, apa sudah jadi?” Tok Wan tiba-tiba bersuara. Dia mendekati Tok Wan di laman tamu. Kaca televisyen yang tadi merakam lakon Ashraf Muslim, Aaron Aziz dan Liyana Jasmey ditukar tiba-tiba. ”Engkau tengok Yaya, jurukamera TV itu cedera dipukul penyokong yang taksub. Mengapa Yaya? Ini generasi kamu ...

Kisah Saya

Saya sebenarnya sudah lama perasan blog ini. Blog ini menceritakan tentang saya. Terima kasih kepada pengarangnya. Apapun, hidup ini tidak bahagia selain daripada doa dan kasih sayang restu ayah bonda. http://salamborneo.blogspot.com/2011/10/menabung-30sen-akhirnya-ke-mekah.html

Luahan Rasa

Apa khabar April. Bukan Bunga April, tetapi bulan April yang berlalu dengan pantas. Tidak sempat menghabiskan gaji bulan Mac, gaji bulan April sudah terima. Aduh, cepatnya masa berlalu. April terasa laju berjalan.  Memulakan destinasi sejak awal April (akhir Mac) apabila bertugas di Karnival Mahabbah IKIMfm di Johor Bahru, Johor - kemudian langsung ke bumi Kundasang, Sabah pada pertengahan bulan April. Sedar tidak sedar, minggu berikutnya saya berada di Janda Baik, Pahang dan akhiri perjalanan untuk ke Seremban, Negeri Sembilan. Masa berlalu dengan pantas.  Petang ini, saya membuka buku diari saya. Ah! Betapa terperanjatnya saya melihat diari saya penuh untuk semua hujung minggu. Minggu ini ke Hotel Vistana, Kuala Lumpur sementara minggu hadapan ke program di Bandar Baru Bangi. Minggu lagi satu ke Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur (Hari Ibu). Kemudian, pada minggu berikutnya ke Hotel Grand Bluewave, Shah Alam (Hari Ibu). Akhir bulan Mei pula saya berada...

Kita Hanya Menguji Bakat Sendiri

SEDARI awal, semasa saya ingin menghadiri temuduga ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ayah saya mentah-mentah menolak keputusan untuk meninggalkan TVAlhijrah. Saya sedikit terduga dengan perintah dan barangkali arahan ayah melalui pesanan di laman sosial Facebook. Oleh sebab saya mempunyai pendirian dan mengetahui apa dan mengapa tindakan tersebut dilakukan, ayah merelakan keputusan yang saya lakukan. Saya redha dan menerima kehendak dan keputusan yang ditetapkan. Saya menghadiri temuduga dan masih berkira-kira sama ada mahu terima atau menolak tawaran temuduga ini. Sejujurnya, Tuhan lebih berhak menentukan setiap apa yang berlaku terhadap saya. Saya berfikir panjang dan risau tindakan saya ini tidak menepati kebanggaan ayah mahu saya berada di TVAlhijrah. Saya tertampar juga apabila ayah memaklumkan bahawa beliau hampir tidak percaya saya akan ke dunia akademik. Ya, mungkin itu telahan awal. Tetapi, saya melaluinya dan saya tahu ke mana jalan dan perjalanan hidup saya diloron...

Siapa Syafiq Zulakifli

SYAFIQ ZULAKIFLI dilahirkan pada 8 Ogos 1985 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar UDA , Johor Bahru dari 1992 hingga 1997. Pendidikan peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang bermula 1998 hingga 2002. Atas kesedaran meneruskan pengajian di dalam bidang agama, beliau meneruskan pengajian ke Maahd Johor, bagi Tingkatan 6. Atas perolehan keputusan yang memberangsangkan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2003 dengan mendapat pangkat MUMTAZ (Cemerlang) dan penerima Anugerah Khas Tokoh Maahad Johor 2003, beliau meneruskan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada Oktober 2004. Pengajian dari tahun ke tahun di Al-Azhar memungkinkan beliau turut memperkembangkan bakat dan kepimpinan. Melalui bakat seni, beliau menyertai Kem Latihan Penulis (KELAP) sewaktu di Mesir sehingga terpilih sebagai peserta Bengkel Penulisan Karyawan Muda Luar Negara pada tahun 2007 di bawah bimbi...