Langkau ke kandungan utama

Dua Tahun Meladeni Dunia Penyiaran

Dua Tahun Meladeni Dunia Penyiaran


Sedar atau tidak, sehingga tarikh ini, saya sudah dua puluh lima bulan atau lebih tepatnya dua tahun satu bulan meladeni dunia penyiaran. Saya bermula dari sebuah penyiaran televisyen di Al-Hijrah Media Corporation selama 16 bulan dan kini berada di radio IKIMfm selama 9 bulan.

Berbicara dua puluh lima bulan tidak sama tentunya dengan dua puluh lima tahun. Jika bertanya kepada saya, sepanjang saya menjadi pengacara ini, siapa sahaja yang pernah saya bertemu, tentu tidak tercatat kerana pelbagai kelas dan kedudukan manusia saya bertemu. Ada Perdana Menteri, dan timbalannya. Ada juga artis, pelakon, pelawak dan macam-macam lagi.

Perkara yang menjadi keutamaan di dalam hidup saya adalah, insan yang pernah saya ketemu adalah idola di dalam perjalanan hidup saya.

Jika ditanya, siapa pengacara yang amat saya kagumi tentunya Aznil Hj Nawawi. Dan, jika saya imbas sekejap - pengacara daripada Singapura tentunya Sujimy Mohamad. Oh, betapa saya selalu menonton Selamat Pagi Singapura di TV Suria Singapura. Namun, daripada pengalaman-pengalaman pengacara inilah, menjadikan saya lebih mengharapkan sesuatu nilai ilmu.

Awal 2012 mempertemukan saya dengan Pak Nil (Aznil Hj Nawawi), Abang Suhaimi Sulaiman, dan Dang Suria. Ini semua gara-gara rancangan realiti On Air. Ucapan terima kasih juga kepada kekanda Nizal Mohamad yang membimbing menjadi pengacara sepanjang saya di TVAlhijrah.

Hari ini, selepas dua tahun saya berada di dalam dunia penyiaran, saya terlalu rindu kepada insan yang pernah berada di sekeliling saya di dalam dunia pengacaraan. Terima kasih buat kalian ya akhi...

Dan selepas dua tahun ini, mungkin ada di antara mereka yang ingin menjadi pengacara TV dan radio. Ayuh, jom ikut saya....

(2)

Jika awal Januari lalu, niat saya ingin berguru dengan Aznil Nawawi melalui rancangan realiti On Air tidak menjadi kenyataan, namun insyaAllah jika tiada halangan, ilmu bersama Pak Nil akan sama-sama dapat dikongsikan pada bulan Disember ini.

Saya pernah bertemu dengan Datuk Mahadzir Lokman di TVAlhijrah sewaktu pelancaran TV dua tahun lalu. Antara ilmu yang beliau maklumkan kepada saya adalah, "rujuk kedutaan" apabila ingin mengetahui sebutan sesuatu nama tempat dan daerah. Itulah yang saya akan ingat sampai bila-bila.

Ilmu Sifu Nizal Mohamad yang paling bermakna adalah menerusi surah At-Tin tentang kejadian manusia yang sebaik-baik kejadian. Oh, betapa ramai juga yang pernah menjadi sifu dan guru saya. Tentunya, kehadiran Aznil Hj Nawawi dalam hidup saya melengkapkan pengalaman berguru dalam industri ini.

Tambahan :
Ada orang bertanya, tidak teringin bertugas di TV lagi? Oh jawapan saya kepada teman di TV3 baru-baru ini..."nantikan saja..."

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali in...

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...