Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Tuesday, October 02, 2012

Sebulan Tidak Menulis : Siapa Yang Mahu Membaca?


Tajuk utama blog ini selepas sebulan mungkin terasa tercabar kepada diri sendiri. Namun, saya berbangga kerana biarpun saya meninggalkan dunia blog sementara tetapi saya sibuk menguruskan kerja-kerja kehidupan part time yang lain.

Alkisah, saya menulis catatan blog ini selepas berkunjung kedua-dua buah institusi yang pernah saya bertugas. Kira-kira hampir dua minggu lalu, saya ke PTS Media Group selepas 2 tahun meninggalkan PTS. Pagi ini, selepas enam bulan meninggalkan TVAlhijrah, saya menjejakkan kaki.

Argh, orang mengatakan sirih pulang ke gagang. Namun, saya perlu mempercayai diri sendiri apabila dapat kembali kedua-dua buah institusi pekerjaan yang pernah saya hadapi selepas 3 tahun lalu menamatkan pengajian dari Universiti Al-Azhar, Kaherah.

(2)
Pembaca yang budiman, 

Saya tidak menulis bukan bermakna saya terlalu sibuk. Namun, saya perlu membahagi-bahagikan masa. Pertama, kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran tempat kerja saya sendiri (IKIMfm). Saya bersyukur kerana selepas enam bulan saya tiada halangan menjalankan tugas dengan baik. Namun, siapa tidak mengenali insan yang bernama Syafiq Zulakifli, (hahaha) perlu mentransformasi dalam semua bidang. Justeru, saya sedia bekerja kuat terus di IKIMfm ini.

Alhamdulillah, dapatlah berkongsi-kongsi idea bersama-sama dengan felo akademik di IKIM. Pelbagai ilmu baharu yang saya dapat peroleh. Ilmu percuma, siapa mahu beri?

Dalam masa yang sama, syukur kerana dapat berkongsi idea bersama adik-adik di Kolej Cybernatics Cheras. Ah! Tugas saya mudah sahaja kerana saya harus menterjemahkan pemikiran saya kepada pelajar-pelajar Diploma Syariah yang dibimbing demi memastikan mereka juga minat di dalam bidang penyiaran. 

Saya tidak mahu, 10 tahun akan datang, saya seorang terkeseng-keseng duduk dalam dunia penyiaran seorang sahaja tanpa dibantu oleh rakan-rakan sefikrah dan sealiran.

(3)
Apabila sudah masuk bulan Oktober juga, masuk musim Haji. Maka akan teringatlah saya Haji 1432H yang lalu. Kenangan yang tidak akan dilupakan. Seronok kerana membantu industri untuk memajukan perkembangan wartawanisasi di luar negara.

Dalam masa yang sama, saya tinggalkan sembilan bulan yang lalu dengan pelbagai ceritera yang saya fikir tidak menyeronokkan. Oktober ini, izinkan saya memulakan perjalanan baharu seorang insan. 

Rezeki, rezeki dan rezeki. Itu doa saya kepada Ilahi. Moga-moga apa yang diimpikan sejak awal tahun lalu akan dapat diperoleh sebelum hujung tahun ini. Amin.

Saya berdoa untuk semua teman-teman saya dan mereka juga mendoakan saya.

(4)
Tulis skrip drama memang jadi cita-cita saya. Selepas berbengkel bersama Tuan Zabidi Mohamed, saya mendapat semangat dan TVAlhijrah mungkin akan merealisasikan hasrat saya untuk berkarya untuk Drama TV. Siapa mahu jadi pelakon boleh hubungi saya :)

Wassalam.

 

4 comments:

-hazen said...

saya baca :D

Masyur said...

tlis blog mmg utk dbca..jgn risau pasti ad yg mmbaca:)

Najwa Najihah said...

saya baca jugak. ^^

nak cuba nasib jadi pelakon, boleh? hehe...

Intan SRM said...

salam ustaz syafiq
saya harap nantinya lebh ramai yang terlbat dlm bidang pemyiaran radio dan tv tampil dari latar belakang pendidikan seperti uztaz.

terima kasih ustaz sudi melayan saya dan anak2 dgn baik semasa pertemuan di karnival ikim beberapa bulan lalu.

gambar yg saya ambil di ipad tu saya tak tahu camne nak publish di blog kaunseling saya.

saya suka baca catatan ustaz, silent reader.saya ada letak link blog ustaz di salah satu blog yang saya kendalikan

p/s; kolej cybernantics ada course syariah dan minor penyiaran ke? kaalau ada, bolehlah saya war2kan di blog kaunseling saya.

sekian wassalam