Langkau ke kandungan utama

Cerita-Cerita Belum Noktah

Ke mana menghilang? Barangkali itu adalah ungkapan awal yang bermain di minda pembaca lama blog ini. Saya tidak menghilang malah memang wujud dalam dunia ini. Tetapi, saya sedang berhibernisasi sebentar. Bukan apa, saya sedang mencari punca ke mana hilang jatidiri dan peribadi yang sudah bersarang dalam diri.

Dalam sela masa yang panjang selepas beberapa bulan berkhidmat di IKIM, banyak yang dilihat dan pelbagai ragam yang diperhalusi.

Sukarjuga untuk dituliskan apa yang menjadi percaturan diri. Ok - kita lupakan saja.

(2)

Catatan ini ditulis selepas menonton filem Syamsul Yusof yang terbaharu iaitu 'Jalan Kembali - Bohsia 2'. Saya amat kagum dengan karya-karya Syamsul Yusof - pemikiran dan sarana yang ditonjolkan melalui karya ini amat membekas.

Dalam sela masa berbaki, saya lemparkan sahabat saya meneruskan pengajian dalam bidang Diploma Perfileman di UiTM Puncak Perdana. Biar dia belajar sepak terajang dunia ini sehingga dia lahir sebagai seorang anak seni yang berpengetahuan.

Mahu tidak mahu, capaian hidup perlu digenggami. Insya-Allah capaian tahun ini akan menyasar dengan beberapa buah antologi yang bakal diterbitkan di samping saya harus mencemburui teman-teman yang sudah banyak terbitkan karya.

Alkisah - saya amat menanti karya pertama saya di layar perak. Saya mahu pemikiran saya diterjemahkan melalui penulisan skrip drama. Saya pernah mencatat skrip dokumentari tahun lalu - namun lebih berbangga sekiranya saya menjadi seorang yang berpemikiran lebih daripada apa yang ada.

(3)

Hari ini hari Bapa. Tapi orang lebih suka sambut Israk Mikraj kerana jatuh pada tarikh yang sama. Tiada masalah untuk berdiri atas tiket pemikiran apapun - yang lebih utama - sejauhmana kita memahami mengapa kita harus ada Allah di atas muka bumi.

Penting juga supaya orang tahu bahawa - saya adalah Penulis - Pengkarya - Penghibur di radio - juga saya adalah pemikir buat ummah hari ini.

(4)

Terima kasih kepada dunia seni yang banyak membesarkan saya. Saya mahu belajar erti seni bertuhan kerana dari situ saya kenal pelbagai orang dan manusia. Saya berbangga kerana saya adalah sebahagian pelajar dan graduan Al-Azhar yang memasuki lorong dan melihat keadaan sekeliling.

Saya bersyukur dipertemukan sang manusia!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)