Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Tuesday, August 07, 2012

Hukum Jana Wang Melalui Internet

HUKUM JANA WANG MELALUI INTERNET

Apabila berbicara soal hukum, saya lebih berhati-hati kerana perkara ini mungkin menjadi perbahasan panjang di kalangan sebahagian pembaca blog saya. 

Dalam perkembangan teknologi yang terus meningkat di samping alam maya menjadi salah satu daripada perkara penting dalam urusan setiap manusia, maka tidak boleh tidak setiap daripada individu akan menghadapi persoalan ini.

Hukum berkenaan login di Facebook serta mendapat duit berganda-ganda tentu menjadi pertanyaan di minda kita. Paling menjadi perbahasan adalah hukum meletakkan Nuffnang dan Adsense Google yang pastinya lebih kepada menjana keuntungan dengan promosikan bahan daripada orang lain.

Saudara yang budiman,

Harus difahami, sesuatu hukum itu pada asalnya adalah harus, namun ia akan berubah kepada wajib, haram, makruh dan seterusnya disebabkan permasalahan yang tertentu.

Ada orang bertanya, "Ustaz, klik saja dapat duit. Apa hukumnya?"

Izinkan saya ulangi bahawa "asal sesuatu hukum itu adalah harus." Dalam perbahasan ini, kita memahami bahawa apakah bentuk penjualan yang diiklankan.

Mari kita melihat perkara-perkara ini.

1. Apakah jenis jualan tersebut?

Sekiranya promosi bahan tersebut adalah termasuk daripada hukum yang diharamkan seperti mempromosi arak, mempromosi bahan-bahan yang dilarang serta sebagainya, maka ia adalah haram.

2. Apakah cara penerimaan wang itu difahami oleh pengguna?

Sekiranya pengguna memahami dengan jelas setiap sesuatu unsur tanpa syak dan terdapat unsur gharar di dalamnya, maka tiada halangan. Namun, sekiranya bahan tersebut tidak difahami dan boleh mendatangkan mudarat pada kemudian hari, ia lebih baik dielakkan.

Saya lebih gemar berkongsi pemahaman daripada bacaan saya melalui Dr Zaharuddin Abdul Rahman, namun lebih elok teman-teman membaca perbahasan yang dikongsikan oleh beliau di www.zaharuddin.net

Semak di sini http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=926&Itemid=72

Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-
 
  • 1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.  
  • 2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.
  • 3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.
  • Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi ‘filter' atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna.
  • 4) Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.
 

No comments: