SEDARI awal, semasa saya ingin menghadiri temuduga ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ayah saya mentah-mentah menolak keputusan untuk meninggalkan TVAlhijrah. Saya sedikit terduga dengan perintah dan barangkali arahan ayah melalui pesanan di laman sosial Facebook.
Oleh sebab saya mempunyai pendirian dan mengetahui apa dan mengapa tindakan tersebut dilakukan, ayah merelakan keputusan yang saya lakukan.
Saya redha dan menerima kehendak dan keputusan yang ditetapkan. Saya menghadiri temuduga dan masih berkira-kira sama ada mahu terima atau menolak tawaran temuduga ini.
Sejujurnya, Tuhan lebih berhak menentukan setiap apa yang berlaku terhadap saya. Saya berfikir panjang dan risau tindakan saya ini tidak menepati kebanggaan ayah mahu saya berada di TVAlhijrah.
Saya tertampar juga apabila ayah memaklumkan bahawa beliau hampir tidak percaya saya akan ke dunia akademik. Ya, mungkin itu telahan awal. Tetapi, saya melaluinya dan saya tahu ke mana jalan dan perjalanan hidup saya dilorongkan.
Saya faham benar niat ayah yang ingin saya terus tetap berada di sebuah stesen televisyen. Pasrah seketika.
Perjalanan saya ke IKIM sebenarnya hanya Allah sahaja yang tahu. Saya memohon menyertai IKIM selepas sahaja tiba dari Mekah bulan Disember tahun yang lalu. Saya masih ingat lagi, selepas sahaja pulang dari Mekah pada akhir bulan November yang lepas, saya mewakili TVAlhijrah bersama pengurus saya di Hotel Concorde, Shah Alam sempena Bengkel SKMM.
Waktu itulah, saya bertemu salah seorang pegawai di IKIM memaklumkan bahawa kerusi Penerbit Rancangan perlu diisi tetapi memerlukan orang yang benar-benar layak.
Pada awal perkiraan saya, saya perlu kerusi ini. Itu yang saya fikirkan pada awalnya. Beberapa hari selepas itu, saya terlantar dan sehari sebelum masuk ke hospital, saya membuat keputusan memohon ke IKIM biarpun hakikatnya permohonan jawatan itu telah DITUTUP!
Dalam keadaan sakit yang melarat dan terlantar itu, saya mohon agar setiap tindakan saya Allah yang tentukan dan aturkan. Saya berdoa di atas katil hospital bahawa jika ini yang lebih terbaik, Allah redhakanlah saya berhijrah...
Pada waktu itu, fikir saya doa orang yang sakit Allah cepat makbulkan. Beramai-ramailah kawan-kawan TVAlhijrah melawat saya di hospital sedangkan dalam hati saya berkata, "Tahukah mereka saya akan meninggalkan TVAlhijrah."
Air mata saya mengalir. Saya lihat Pengurus Besar saya melawat saya. Dalam hati saya berkata, "Kamu seorang Pengurus Besar yang baik... Hanya Allah sahaja yang akan membalas setiap apa yang kamu lakukan. Terima kasih kerana melawat saya." Setiap kali saya masuk ke hospital, beliau akan hadir menziarahi.
Jeda.
Saya berfikir panjang ketika itu. Dalam hati saya berkata, "Moga-moga saya tidak bertuah untuk memegang kerusi Penerbit di IKIM"
Namun, beberapa bulan mendatang - peristiwa demi peristiwa berlaku. Biarpun saya banyak kali mendengar fitnah terhadap diri sendiri bahawa saya keluar TVAlhijrah kerana begini-begini-begitu, saya biarkan sahaja. Hanya Allah yang mengetahui, mengapa saya tekad melepaskan jawatan lebih awal sebelum tawaran diterima. Fikir saya, saya mahu berehat bergaji. Itu pemikiran asal saya.
Biarpun dalam pertemuan pertama bersama CEO TVAlhijrah dan HR saya tidak dibenarkan melepaskan jawatan, namun saya merayu untuk dilepaskan kerana saya fikir, ada kebaikan jika saya berhijrah.
Apapun, saya berharap IKIM adalah tempat terakhir saya dalam bidang penyiaran. Ada kemungkinan juga saya tidak lama berada dalam penyiaran radio di IKIM dan saya akan bergerak ke dunia akademik.

Hakikatnya, IKIM mengajar saya tentang dunia akademik. Saya berpeluang membuka kitab dan boleh membaca buku setelah merasakan saya terlalu ripuh sebelum ini. Saya tidak menyalahkan takdir dan hanya berpandangan, saya hanya menguji sahaja bakat sendiri.
Jika ada peluang saya menulis kertas kerja dan makalah di IKIM dan wajar dibincangkan melalui pusat-pusatnya di sini, hal ini adalah lebih baik.
Realitinya, saya melihat IKIM bukanlah dunia penyiaran sebagai terasnya. Inilah dunia akademik yang lebih tersusun berdasarkan felo dan pensyarah yang mengisi perjawatan di sini. Terima kasih Allah kerana merezekikan saya bekerja bersama tokoh-tokoh akademik di sini.
Moga-moga dimakbulkan Tuhan segalanya...
Ulasan
Memang sukar mencari pengacara berpengetahuan Islam....
Subhanallah, Allah telah memakbulkan doa Tuan Haji.Teringat akak sewaktu akak sakit bed ridden di wad dan di rumah, ada rakan menziarahi beritahu, doa orang sakit selalunya dimakbulkan Allah...
Apa pun DIUCAPKAN TAHNIAH dan selamat menajdi warga ilmu di IKIM.Terima kasih sudi melayani kakak sekeluarga tempoh hari. Gambar Tn Hj akak dah publish di blog syarikat semasa Mahbbah.
kerana kata hati anda lebih layak utk tahu di mana selayaknya anda berada. Di mana pun anda berada..anda tetap hebat! syabas..