Langkau ke kandungan utama

27 Tahun Mengenal Pencipta

UCAPAN KERAMAT "Happy Birthday" atau dalam bahasa Melayunya Selamat Hari Jadi menjadi tema cerita pada 8 Ogos 2012 ini. Syukur di atas rahmat dan kasih sayang Ilahi kerana mengizinkan saya mendekatkan diri pada-Nya.

Lebih istimewa, tarikh keramat ini juga di dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan iaitu bulan Ramadan. Bak kata pepatah, semakin meningkatnya usia, semakin berkurangnya masa kita di dunia. Allahuakbar.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada teman-teman yang berkirim ucapan di dalam kantung Facebook saya pada hari ini. Jumlahnya lebih kurang 299 orang penghantar mesej. Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawab satu persatu kerana tiada kekuatan untuk berbuat demikian. Saya sebagai seorang insan yang lemah- namun berbangga kerana teman-teman mengingati saya.

Dua puluh tujuh tahun saya mengenal pencipta. Istimewanya, tahun ini ulangtahun diraikan selepas saya bergelar Tuan Haji Syafiq Zulakifli. Alhamdulillah, dalam usia semuda ini, tiada pernah terfikir bahawa bertuahnya badan diberi kesempatan melihat kaabah dan mengucup hajarul aswad apabila kali pertama menjejakkan kaki ke bumi Haramain setahun yang lalu.

Kenangan itu adalah penguat hidup saya. Terima kasih kepada TVAlhijrah. Biarpun saya sudah meninggalkan kampus kerjaya di sana, namun jasanya masih utuh di dalam diri.

Kini, saya meladeni satu lagi dunia yang kian mencabar. Penyiaran radio. Terima kasih kepada teman-teman DJ yang sudi menyambut ulangtahun saya di dalam konti. Saya sungguh terharu.

Apapun, perjalanan masih jauh. Saya mengutus semangat bahawa usia kita cerminan penting menentukan tahap pemikiran dan minda kita.

Sudah sampai masa saya berminda baharu...

Salam Persahabatan Buat Semua.

08 Ogos 2012.




Ulasan

Humaira' berkata…
Semoga diberkati Allah usia yang bertambah.. Allahumma ameen.


-16thgenSMAKJ-
MuMmyLiL berkata…
selamat hari tua bro :)

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)