Langkau ke kandungan utama

Menulis dan Cerita-Cerita

(Kali pertama saya dibuli berforum bersama tiga orang serikandi)
 
 
APABILA tidak aktif menulis, inilah wataknya. Kekadang ada berita yang disampaikan, dan kekadang lompang dari pembicaraan. Ramai teman-teman penulis memaksa saya meneruskan penulisan lantas terkesan dengan hasil tulisan saya lewat beberapa tahun lalu.
 
Ya, dunia penulisan sebenarnya mematangkan diri kita sebenarnya. Dunia penulisan banyak juga mengajar saya mengenal Allah sebenarnya. Dan, kerana penulisan jugalah saya diherdik dicaci maki malah ada waktunya saya diusir daripada dunia cabaran.
 
Semua itu merupakan rencah kehidupan. Saya pernah menjentik-jentik pihak yang tidak bertanggungjawab atas dasar sesuatu ketidakpuasan hati saya. Itu mungkin satu masa dahulu. Waktu kita mahu suara kita didengari oleh khalayak. Waktu yang mengajar saya bahawa pena adalah mahal daripada suara sendiri.
 
Sebenarnya, lewat membaca tulisan-tulisan yang menggemparkan seperti Dato' Johan Jaafar, A Kadir Jasin, Tun Mahathir Mohamad, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, Ustaz Amaluddin Mohd Napiah dan ramai lagi (hanya beberapa nama sempat saya ingat) saya sebenarnya terdorong oleh pemikiran yang bercampur -baur. Ini bermakna saya gusar tatkala pena saya ini tidak bernilai malah akan disalahertikan sahaja.
 
Apapun, bak kata Dr Robiah K Hamzah semalam, dalam Forum Bicara Cinta Anak Muda - katanya menulis untuk ditinggalkan kepada khalayak pembaca. Oh, tiba-tiba saya teringatkan hadith Rasulullah yang bermaksud, "Apabila matinya anak adam itu, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kedua ibubapanya.
 
Apabila teringat tentang dunia penulisan ini, maka saya sungguh mengingati Kak Wan Rohana di Grup Buku Karya Bestari yang 'memaksa' saya menulis dengan katanya, "Syafiq 2 bulan ya Kak Wan tunggu. Dah dua tahun dah!"
 
Malu terasa apabila dua tahun lalu sejak berkenalan dengan Kak Wan Rohana semasa saya baru mula-mula bertugas di TVAlhijrah dan meminta saya mengarang untuk Karangkraf. InsyaAllah, jika Tuhan Izinkan Saya - saya akan menulis. Hehehe.
 
(2)
 
Izinkan saya cerita-cerita tentang apa yang Tuan tidak suka saya cerita. Saya tidak sempat mencatat perjalanan forum saya pada tahun ini. Jadi, sebagai mengingatinya di sini, saya catatkan hasil ingatan saya.
 
(a) Pengerusi Forum Kesihatan Mental di Kementerian Belia dan Sukan 
(b) Pengerusi Forum Remaja dan Siswa anjuran Alumni ASPIRASI di Seremban
(c) Panel Forum Seminar Khurafat dan Syirik anjuran PADAT Selangor
(d) Pengerusi Forum Jalan Menuju Ke Syurga Karangkraf & Majalah I
(e) Pengerusi Forum Super Parents di PICC Putrajaya anjuran I LUV ISLAM
 
Apabila teringat tentang perjalanan hidup saya selepas hampir tiga tahun bertapak di bumi bertuah Malaysia ini, saya rasa bersyukur kerana berjalan atas nama pengalaman. Sedikit sebanyak dapat berkongsi bersama-sama teman-teman di seluruh Malaysia.
 
Insya-Allah dengan izin-Nya saya teringin jelajah seluruh negara dengan niat satu - iaitu membantu perkembangan modal insan teman-teman yang berada di sekolah-sekolah menengah agama.
 
Nantikan....

Ulasan

Intan SRM berkata…
Assalamualaikum Ustaz Syafiq
teruskan usaha murni anda
kami pendengar setia radio IKIM fm
dan akak sendiri sejak di kampus suka dengar radio ini.

sekian wassalam.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)