Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Monday, April 30, 2012

Cerpen : Bila Tok Wan Bersuara


ENTAH apa yang mendukacitakannya, Dia tidak tahu. Sejak semalam Tok Wan membundarkan penglihatannya ke mercu KLCC. Tinggi agam megah menara yang diasiosasikan sejak pemerintahan Perdana Menteri Malaysia keempat dilihat dengan wajah sugul. Kali ini, Dia nampak benar Tok Wan memerhati dengan wajah pucat dan merah. Ada jawapan yang belum terjawab barangkali, getus Dia dihati.

Dia merenung dalam-dalam maksud tersurat tersirat. Mahu menyapa; namun kekhuatiran itu melanda diri sendiri. Jeda.  Tidak berani menyuakan sedikit bicara. Dia betah menjenguk daripada kamar peribadi sahaja,

“Dulu, kampung ini aman. Tiada suara hangit dan hingar. Orang tahu berbudi dan berbahasa. Sekarang, apa sudah jadi?” Tok Wan tiba-tiba bersuara.

Dia mendekati Tok Wan di laman tamu. Kaca televisyen yang tadi merakam lakon Ashraf Muslim, Aaron Aziz dan Liyana Jasmey ditukar tiba-tiba.

”Engkau tengok Yaya, jurukamera TV itu cedera dipukul penyokong yang taksub. Mengapa Yaya? Ini generasi kamu Yaya. Kawan-kawan kamu juga. Apa yang dimahu mereka? Tok Wan pelik. Bukankah suara mereka sudah didengar oleh pemerintah.” Tok Wan sedikit berang tetapi cuba bersabar.

”Yaya, marahkan api, kelambu dibakar!”

”Tok Wan, mereka tidak mahu lunaskan tanggungjawab mereka sendiri. Kerajaan itu dusta Tok Wan. Pengerusi Suruhanjaya Pilihanrayanya, orang parti pemerintah. Mana adil Tok Wan. Mereka keluar untuk menuntut hak. Itu jalan terbaik bagi mereka. Salah ke?” Dia berani bersuara dengan membawa maksud yang tersembunyi.

Tok Wan mula membuka ceritera yang panjang. Dia hanya menilai, seorang warga emas mahu membebel kepadanya. Dia tidak lakukan apa-apa kecuali mendengar dengan tekun.

”Yaya, mereka telah memusnahkan pelbagai harta benda awam. Apakah mereka tidak fikir bahawa ini semua kerja dusta semata? Membuang masa sebenarnya. Mereka telah gadaikan seluruh anggota untuk turun bersuara. Apa maknanya?” Tok Wan mula mengeraskan suara.

Dia duduk di kerusi sofa. Dia mahu berbicara lebih panjang dengan Tok Wan. Namun, dia memilih untuk tidak bersuara tegang, takut-takut disambar.

“Tok Wan, apakah berdosa turun bersuara. Ini suara rakyat. Ini suara kepada pemerintah. Sekurang-kurangnya apabila mereka turun bersuara, ada yang mahu didengari oleh pemerintah. Jika mereka duduk sahaja di rumah – tiada apa yang akan dilayan oleh pemerintah. Pemerintah akan beranggapan semuanya sudah beres dan selesai.”

”Tok Wan juga mesti tahu yang mereka bersuara kerana keadilan sejagat. Bukan sahaja isu Pilihanraya yang disuarakan, tetapi isu rasuah, isu pembersihan senarai daftar pemilih yang tidak diuruskan dengan baik, juga media yang  bebas dan adil. Bukan itu sahaja, pemerintah tetap berdegil menyuarakan pandangan mereka secara adil tetapi realitinya tidak.”

Tok Wan yang duduk di sofa putih memperlahankan suara televisyen.

”Tok Wan, seperkara lagi – sebelum perhimpunan berlangsung lagi kumpulan ini sudah diberi taklimat, jadi mereka yang melakukan kemusnahan dan pemberontakan sebenarnya bukan datang daripada kumpulan itu.”

Yaya memerhatikan wajah Tok Wan dalam-dalam. Entah mengapa kata-katanya itu dianggap tidak membelakangi sesiapa. Dia hanya menyuarakan pandangan.

Tok Wan bingkas bersuara, ”Yaya, pokok pangkalnya, berani buat berani tanggung. Jika mereka tidak keluar di jalanan, jurukamera itu tidak akan cedera.”

Bersambung....





2 comments:

Ayuni said...

hm, faham maksud yg tersirat....

si loulan said...

marahkan nyamuk , kelambu dibakar...:)