Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Saturday, July 07, 2012

Ulama Masa Kini

SELEPAS meninggalkan stesen TV Islam negara, TVAlhijrah - saya mendapat pelbagai persoalan yang sebenarnya hampir sama. Soalannya adalah, "Mengapa keluar daripada TVAlhijrah?"

Saya fikir jawapan sewaktu berbicara bersama Ustaz Pahrol Md Joui pada awal Mac lalu adalah jawapan yang tepat. Jawapannya, saya perlu menjadi ulama. Saya juga perlu ber'hijrah' daripada hijrah.

Empat bulan berada di dalam IKIMfm, tentu pelbagai pengalaman yang ingin dikongsi. Insya-Allah satu masa nanti yang dijanjikan - pengalaman itu saya akan kongsikan bersama-sama.

Tanpa saya sedari, apabila saya berada di IKIMfm, sebenarnya saya duduk di kawasan yang selamat. Saya bersama para asatizah dapat merapatkan hubungan. Entah mengapa, saya dapat mengendalikan rancangan-rancangan agama sewaktu berada di sini kerana itulah major saya.

Setiap minggu, saya akan bersama Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri, Dr Zulkifli Mohamad, Ustaz Salehuddin dan beberapa ustaz lagi.

Minggu ini juga menariknya saya bersama Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com) dan terserempak dengan Dr Zaharuddin Abdul Rahman di Konvensyen Fiqh Ummah, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Juga, sempat beramah mesra bersama Ustaz Husni (PPZ), Ustaz Syed Norhisyam dan lain-lain lagi.

(2)
Apa sebenarnya yang perlu dikecapi oleh ulama hari ini?

Saya memerhati setiap satu perjalanan 'mentor' saya. Lihat orang lain berjaya. Siapa sangka, pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Universiti Malaya kini sudah bergelar 'pakar ekonomi Islam' di Malaysia.

Membaca masa hadapan untuk diri sendiri tentu tidak sama dengan apa yang orang lain bacakan. Tetapi, inilah yang dilihat sendiri oleh peribadi. Walaupun dalam usia yang kian cepat merentasi masa, hidup ini perlu diteruskan dengan doa dan kekuatan diri sendiri. Tiada siapa yang akan membantu jika bukan diri sendiri yang menyusun kuasa diri.


Apapun, usaha itu tangga kejayaan!

Tambahan :

Sekiranya ada yang bertanya lagi mengapa saya berhijrah sedangkan saya sudah bulan kelima di IKIMfm, jawab saya - "Hijrah itu lebih sempurna."

Bersyukur kerana Tuhan menetapkan keputusan yang tepat!
 

3 comments:

Humaira' said...

Akan hijrah lagi kah Ustaz? :)

Cikgu Kaunseling Ma said...

Salam Dj Syafiq
penghijrahan itu memang perlu dalam kehidupan kita dalam membina kejayaan dalam kehidupan kita,kan Ustaz?
Dj Sayafiq,akak nak minta tolonglah,boleh tak erk?
camni,frekuensi IKIMfm di kawasan kuarters matrik gambang, kawasan gambang ahala ke sri jaya ke maran,frekuensi IKIMfm tak berapa nak jelas.

Intan SRM said...

Salam DJ Syafiq
"pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Universiti Malaya kini sudah bergelar 'pakar ekonomi Islam' di Malaysia."
Mentor kita itulah idola kita kan Ustaz?
Tiada yang mustahil andai kita berusaha gigih,kan Ustaz..