SUDAH dinamakan jodoh barangkali. Saya kembali semula ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang pada tahun 2010 ini. Kenangan 1998-2002 tidak akan dilupakan. Kenangan saya pernah hampir digantung sekolah tetapi 'tidak jadi' kerana saya telah banyak mengharumkan nama sekolah. (Rahsia yang baru hari ini dibongkarkan) Kenangan saya dibuli oleh senior. Kenangan saya membuli junior sehingga saya dipanggil menghadap guru disiplin. Kenangan saya bertemu dengan ibu bapa pelajar kerana tidak berpuas hati dengan saya. Paling saya kenang adalah sewaktu saya ingin mewakili sekolah di dalam satu acara tetapi tiada siapa yang hiraukan saya. Semua itu adalah sejarah dan kenangan yang pastinya sesuatu yang indah. Seorang budak asrama yang masih terkenangkan zaman asramanya dahulu. Dahulu, saya tidak pernah masuk bilik warden. Mahu memijaknya tidak sekali. Tetapi, hari ini disebabkan warden-warden asrama adalah kawan-kawan saya, (ex-Al-Azhar) maka saya menginap di dalam rumah warden itu....
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran