Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Tuesday, January 12, 2010

Mantan BP PMRAM Kena 'Tangkap Basah'

KELAM-KABUT 1Malaysia apabila Mak Bedah dengar berita ini. Bagai tidak percaya perkara yang berlaku. Mak Bedah mula-mula dengar-dengar daripada jauh saja. Tapi, perkara yang Mak Bedah dengar ini jadi kenyataan.

Mantan BP PMRAM kena 'tangkap basah' di dalam sebuah bilik penginapan (hotel) di salah satu negeri.

"Syafiq, aku geram betul dengan pencegah maksiat ini. Pintu bilik aku diketuk jam 1 pagi. Geram betul. Aku nak terajang saja orang tu..." Terang kawan Mak Bedah tersebut.

Mak Bedah gelak besar apabila mendengar berita itu. Mana tidaknya, kawan Mak Bedah itu sudah berkahwin beberapa bulan lalu. Namun, disebabkan isteri beliau sambung belajar, beliau terpaksa berhujung minggu berhampiran dengan kediaman (asrama tempat tinggal) isterinya.

Beliau membawa isterinya ke sebuah hotel berhampiran kampus dan tidur di sana.

Moral :

Lain kali apabila sudah kahwin, jangan suka pisah-pisah. Nanti merana. Kenyataan ini dibuat untuk dua orang pemimpin PMRAM yang kini sedang duda di Mesir dan isteri beliau di Malaysia.

Mohon maaf zahir batin.




6 comments:

MUHAMMAD ALHIDAYAT KHALID said...

Sayang isteri tinggal2kan...sayang anak pukul2kan..sayang suami rindu2an..
to Mak Bedah: Bila mau berlaki ye Mak Bedah??

Ibnu Ali said...

Ceh.. pandai la ko dayat. KO yang belum kawen pun nampak angau semacam. Hahaha.

Kalau aku la, tumbuk perut orang yang buat aduan tu 10x. Ngeee

Muhamad Hairi Hamzah said...

apa lagi jom kahwin ramai-ramai

Shahrizan bin Mohd. Hazime said...

bukan mudah nak cari isteri yang sanggup lepaskan suami untuk keluar berjuang........tahniah kpd 2 BP kerana mendapat isteri yang memahami perjuangan kalian

mak bedah pun kena cari yang memahami perjuangan mak bedah

SYAFIQ ZULAKIFLI said...

Muhammad AlHidayat
- Mak Bedah dah malas nak berlaki. Mak Bedah nak jadi janda saja.

Ibnu Ali
- Kawan Mak Bedah pun memang nak tumbuk orang itu.

Hairi Hamzah
- Meriahnya kahwin ramai-ramai. MAWAR PMRAM...

Shahrizan
- Susah sekarang mahu dicari yang faham erti perjuangan... Mak Bedah pun pening...

Puan Ainon Mohd. said...

Saya ada pengalaman seperti itu di Pontian. Saya dan suami menghantar pengantin, lalu tidur di hotel. Jam 11 malam ada orang ketuk, minta tengok surat nikah.

Besok paginya kami komplen kepada tauke hotel, dia kata malam itu dia sudah beritahu pegawai-pegawai maksiat itu, yang dalam bilik kami itu pasangan Melayu tua. Tetapi pegawai-pegawai itu ketuk juga.....

xxxxxx sungguh!