Pertemuan bersama Penulis Puaka Niyang Rapik


AWAL-AWAL PAGI saya bangun untuk menonton Faisal Tehrani (FT) di MHI, TV3. Beliau membicarakan novel Manikam Kalbu yang memenangi Hadiah Pertama, Sayembara Novel Jubli Emas DBP. Novel yang sama juga telah menerima Anugerah Buku Negara Malaysia akhir Disember lalu.

Isnin ini pula, novel yang sama akan memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia yang akan diadakan di Hotel Legend, Kuala Lumpur.

Insya-Allah, pada malam tersebut saya akan berada di Hotel Legend bagi anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM). Terima kasih kepada DBP kerana mengizinkan saya berada di dalam majlis tersebut.


Puan Siti Jasmina Ibrahim (kiri) dan Dr Mawar Shafei

JAM 9.30 pagi - dengan niat ingin bertemu dengan Puan Siti Jasmina Ibrahim (Kak Jas), saya segera ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Niat saya adalah semata-mata mendengar pengalaman dan cerita menarik daripada seorang penulis muda ini.

Kali pertama bertemu dengan Kak Jas, semasa kami sama-sama menjadi urusetia program Pertemuan Penyair Nusantara ke-3 di DBP. Namun, saya tidak menyangka bahawa Kak Jas adalah penulis skrip Puaka Niyang Rapik yang disiarkan di TV3.

Apabila Dr Mawar Shafei memperkenalkan Kak Jas dan menyandarkan bahawa Kak Jas merupakan penulis skrip drama Puaka Niyang Rapik, tiba-tiba tidak keruan saya mendengarnya.

Tahulah saya waktu itu bahawa saya sedang bersama penulis skrip drama seram itu. Kak Jas cerita tentang suka-duka sebagai penulis skrip drama dan hidup sebagai seorang penulis sepenuh masa.

Saya gembira berdampingan dengan penulis-penulis yang bergadar besar di dalam mencorakkan sastera negara.

Akhir pertemuan, sempat saya berbicara berkenaan novel-novel baru Kak Jas yang perlu ditulis dan diterbitkan oleh PTS.


Comments

Saya selalu membaca catatan FB Puan Jas. Beliau sentiasa melaporkan kemajuan skrip yang sedang ditulisnya.
Puan Ainon,

Saya gumbira (fonologi yang sengaja diklasikkan) dengan pertemuan tersebut.
Salam..saya kurang menyukai Cerita Puaka Nyiang Rapik ni Tuan Syafiq..Bagi saya kebanjiran cerita genre seram di Malaysia sekarang ni dah jadi semacam cerita yg merepek-repek dan melampau-lampau..Jalan ceritanya..para pelakonnya..Mungkin perlu satu 'homework' atau kajian yang lebih teliti tentang satu-satu karektor.Sebab kadang-kadang sesebuah cerita(mungkin kebanyakan cerita sekarang ni)bukan dari realiti sebenar dengan suasana yang ada..

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim