Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Saturday, January 09, 2010

Adaptasi Skrip Drama ke Novel


BEBERAPA minggu lalu, saya berbisik-bisik dengan penulis skrip drama Nur Kasih yang meletup di TV3 untuk diadaptasi skrip drama tersebut kepada novel.

Alhamdulillah, hari ini daripada lampu merah sudah bertukar kepada warna kuning. Saya telah mendapat maklum balas positif. Hanya satu langkah menunggu lampu hijau daripada Tuan Frank yang merupakan pemilik penuh Filmscape Sdn. Bhd. (FSB) untuk mengizinkan drama ini dinovelkan.

Jika beliau bersetuju, novel tersebut saya sendiri akan menjadi pengarangnya dan bakal diterbitkan oleh PTS Publications. Doakan segalanya berjalan dengan lancar.


7 comments:

Syed Abdul Kadir said...

Tahniah Syafiq.. moga moga diislamisasikan lagi adaptasi tersebut..

SYAFIQ ZULAKIFLI said...

Terima kasih di atas doa yang berterusan daripada teman-teman.

Insya-Allah, segalanya diserahkan kepada Allah Yang Maha Membantu.

adam said...

melihat kepada ranking dmalaysia lebih suka cerita yg kearah islami,,,mungkin ustaz mengolah kan cerita itu dgn gaya yg lebih puitis dan islami,,,supaya nmpk perbedaan cerita dan novel,,

doa saya bila dah menulis fikirkan cara lain untuk dakwah( filem)

keep it bro,,i know u can do it,,step by step n each step will be success...

Puan Ainon Mohd. said...

Saya akan tulis dalam UNIKA pengalaman rakan-rakan yang relevan dengan projek seperti yang tuan mahu lakukan itu, supaya pembaca lain pun dapat membaca.....

Izzah Al-Maliziyyah said...

Semoga segalanya dipermudahkan. Selalunya baca dan nanti untuk ditonton. Kini, tonton dan kemudiannya baca. Kelainan~

MUHAMMAD ALHIDAYAT KHALID said...

Salam..bagus tuan syafiq,teruskan usaha..Sejujurnya saya belum tengok lagi cerita ni sampai habis..tengok sekerat2..Mereka2 mengatakan cerita ni bagus..menjadi penantian para mahasiswa mesir pd setiap minggu..tp saya masih belum pasti cerita ni bagus dari perspektif mana..Jalan ceritanya kah..? mungkin..tp yang membuatkan saya terbantut apabila menonton cerita ini disebabkan para pelakon yang membawa watak2 dlm cerita ini..xkena( x thiqah mngkin).jadi mngkin dgn usaha tuan syafiq nnt utk me'novel'kan cerita ini akan menimbulkan kembali rasa lapar saya utk menyantap jalan cerita ini sampai habis..wsalam.

SYAFIQ ZULAKIFLI said...

AlHidayat

- Mengapa Tuan belum melihat dan menonton drama segar ini.
- Sebenarnya saya juga belum menonton dengan lengkap, tetapi apabila cerita ini sudah jadi makanan harian rakyat, kita perlu memikirkannya.