Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Saturday, January 16, 2010

Filem Ketika Cinta Bertasbih 2 Meriah


SEJUJURNYA filem Ketika Cinta Bertasbih 2 meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa. Mengakui bagaimana babak demi babak di susun sehingga membuka jendela bahawa percintaan itu lahir daripada hati yang tulus yang murni. Barangkali filem ini dilabelkan sebagai karya pop-Islami dan sejujurnya saya langsung tidak meletakkan dan menyandarkan apa-apa juga kepada cerita ini.

Biarlah pop Islamikah, pop corn kah, atau apa sahaja jenis pop tetapi filem ini sekurang-kurangnya menggambarkan kepada kita bahawa resepi hidup sebagai seorang Islam. Bagaimana perceraian menurut agama dan bagaimana takdir itu dilihat daripada satu paparan yang jelas lagi terpesona.

Saya sedang mengarang sebuah novel pop Islami yang akan diterbitkan oleh PTS Litera. Semalam, sewaktu Tuan Fauzul Naim membaca sinopsisnya, beliau katakan kepada saya; "Syafiq ini cerita sebenar awak?" Saya hanya tersenyum dan mengatakan, ini bukan cerita saya.

Pengalaman saya ingin menulis novel ini, saya perlu buka lagu Ketika Cinta Bertasbih dahulu sebelum terus meluncur laju menulis manuskripnya. Barangkali orang kata : feeling...

Mengikut perancangan produksi, novel ini akan terbit bulan Jun nanti. Sama-sama menunggu....:)


5 comments:

Shahrizan bin Mohd. Hazime said...

fuhh....ana org pertma akan beli novel tu. dah kluar ke dalam internet KCB 2 ?

rahmahmokhtaruddin said...

hebatnya penangan KCB kepada tuan syafiq kita ni.. Semoga dapat menulis lebih banyak selepas ini..

fArA jeFF said...

kcb2 da ade kt youtube..mmg sgt menarik..gambaran baitul muslim sebenar,tenang menerima ujian..tp bace novel die lg terase terbang..~
nnt novel dah kuar jual sampai uk ya..
best of luck!

Ibnu Ali said...

Jangan korang angau dengan Dr Vivi sudah!

defirdausi said...

x abis2 Dr vivi ko ek mal... huhuhu