AWAL BULAN lalu, saya menerima taklifan sebagai Ketua Unit Penerangan bagi cawangan Gombak Setia.
Akhir bulan ini pula saya menerima sepucuk surat daripada Setiausaha, Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak sebagai Ketua Jabatan Pembangunan Pelajar.
Apakah sandaran menyebabkan saya diberikan amanah ini? Sekerdil saya yang sedang menyalakan obor perjuangan di samping membawa acuan pembangunan Islam di muka bumi, sekerdil itulah nusrah yang diharapkan dari Allah Taala.
Kawasan Gombak yang dipimpin oleh Ustaz Syarhan Humaizi, ia terpecah kepada tiga buah DUN. DUN Hulu Kelang, DUN Gombak Setia dan DUN Batu Caves. Ketiga-tiga buah DUN ini dibentuk oleh satu unit yang dinamakan Unit Kerja Jemaah (UKJ).
Setiap satu unit bergerak secara aktif dan pelbagai program mingguan dan bulanan diadakan. Oleh sebab Pusat Tarbiah PAS Taman Melewar berada di dalam kawasan ini, pemikiran daya maju ke hadapan diisi tekal oleh pemimpin di Gombak ini.

Ulasan
(Tuan sungguh cepat 'naik' dalam pertubuhan yang sungguh bagus perjuangannya.... Belum pun hilang bau minyak kapal terbang semenjak balik dari Kaherah, tuan sudah diberikan peranan yang penting-penting)