Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Sunday, December 20, 2009

Bisik-Bisik Mak Bedah


MAK Bedah tak gemar orang buat cerita-cerita tentang Mak Bedah. Mak Bedah rasa nak tampar saja muka dia. Tetapi Mak Bedah biarkan saja.

Mak Bedah tahu, siapalah Mak Bedah di hati rakyat jelata. Mak Bedah perempuan tua kerepot, dah tak ada gigi pula. Bibir pula besar warna kuning.

Mak Bedah bukan dilahirkan sempurna. Mak Bedah ada macam-macam kekurangan. Sebab itu, Mak Bedah sudah katakan bahawa Mak Bedah mahu kebebasan dalam hidup.

Baru-baru ini, di kedai buku Mak Bedah, kakak angkat Mak Bedah sindir Mak Bedah yang dia tak suka orang-orang sastera. Kalau dia sudah tahu yang Mak Bedah ni memang kaki sastera, mengapa dia bising-bising dalam kedai buku Mak Bedah sendiri yang dia tak suka. Yang paling biadab, dia berani pula bawa geng-geng dia dalam kedai buku Mak Bedah.

Mak Bedah tahulah yang dia dan geng dia memang kaki menulis novel popular. Jangan nanti Mak Bedah cili mulut-mulut budak novel popular yang masuk dalam kedai buku Mak Bedah lagi.

Tambahan :
Mak Bedah menyampah dengan budak-budak novel popular yang bekerja dalam kedai buku Mak Bedah.

3 comments:

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum WBT. Sabar Mak Bedah. Bukan senang hendak mendengar umpatan terus menerus ke telinga sendiri. Anggap sahaja itu semua sebagai omelan nasihat perasa 'hot and spicy' bagi memeriahkan medan perjuangan Mak Bedah~

Izzah Al-Maliziyyah said...
This comment has been removed by the author.
Puan Ainon Mohd. said...

Cerita "Mak Bedah" ini genre Islami barukah?