Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, December 02, 2009

PTS Fortuna Maju Setapak


SEMALAM, saya menghadiri mesyuarat pengurusan bulan menggantikan Tuan Nazri yang tidak dapat hadir. Mewakili PTS Fortuna, saya terlalu banyak memikir tentang halatuju pentadbiran PTS Fortuna yang kini sudah bertambah menjadi tiga orang. Mulai 1 Disember 2009 seorang lagi Editor Kanan (Saudara Faizal Mukhtar - gambar sebelah kiri) telah menyertai PTS Fortuna.

Pasukan kami bertambah lagi seorang. Paling menggerunkan lagi apabila pengurusan mengumumkan bahawa kami akan menakhodai syarikat sendiri (Sendirian Berhad) mulai awal tahun hadapan.

Tidak tidur malam nampaknya saya memikirkan produk PTS Fortuna yang perlu menyelinap masuk ke dalam industri penerbitan negara.

Tuan Faizal, Tuan Nazri dan saya adalah nakhoda yang akan meneruskan legasi pentadbiran PTS Fortuna setelah PTS Publication sedekad bertapak di negara Malaysia.

Oleh hal yang demikian, apakah formula terbesar menjadikan kaum lelaki minat membaca buku fantasi?

Tambahan :

Kedua-dua orang editor kanan saya adalah berambut panjang. :) Adakah wajar saya berambut panjang juga kerana ingin menjaga produksi?

Saya sedang memikirkan imej baharu!

Gambar di sebelah kanan saya adalah Tuan Nazri yang merupakan editor kanan di PTS Fortuna.

4 comments:

Saladen 2 said...

Syafiq mahu berambut panjang seperti Tuan Nazri? hurm...apa salahnya sekali-sekala untuk 'berperang' :)

Puan Ainon Mohd. said...

Cuba dahulu berambut panjang, kita semua mahu tengok aura sasterawan muda....

Hairul Nizam Mat Husain said...

Hehehe. Wah us syafiq bila berambut panjang nanti, takut nanti org ingatkan ustazah Syafiqah...hehe..takut nanti ada org tersalah taqdim

Faizal said...

Saya suka komentar Puan Ainon...bila lagi mahu cuba benda baru tuan Syafiq...:-)