Langkau ke kandungan utama

Corat-Coret Hujung Minggu

APABILA diberi tanggungjawab dan bersama-sama membantu, saya turun ke padang bersama-sama pengarah dan jawatankuasanya. Program khatan beramai-ramai yang dianjurkan di DUN Gombak ini sekurang-kurangnya mengisi kekosongan hujung minggu ini.

Sejak hari semalam (Sabtu) menguruskan hadiah dan membalutnya hingga lewat tengah malam. Alhamdulillah, semuanya selesai dengan sempurna.

Pagi tadi, awal jam 7.30 pagi saya ke tapak program yang bertempat di perkarangan Surau Ubudiah, Pinggiran Batu Caves. Beberapa tanggungjawab diselesaikan kemudian menapak ke destinasi bilik 'maut'. Tiga buah bilik dengan tiga orang doktor siap dengan kelengkapannya mahu menjamah seramai 80 orang wira baharu negara.

Pelbagai aksi yang dapat dilihat. Ada yang meraung, "Papa jahat!" Ada pula yang menjerit-jerit, "Subhanallah!! Subhanallah!!". Jeritan terakhir yang bermandi di telinga adalah, "Sakit!! Sakit!!"

Tetapi yang paling tidak dapat dilupakan adalah seorang kanak-kanak yang pada mulanya tidak mahu berkhatan akhirnya dipaksa dan diangkat dengan 'kejam' oleh si bapa sehingga terpaksa dipegang oleh beberapa orang kakitangan bertugas. Jeritan yang mula-mula seperti orang mengamuk akhirnya senyap dengan pujukan mesra orang-orang awam.

Saya diminta masuk ke dalam bilik maut itu tetapi saya lebih memilih mengundurkan diri kerana tidak sanggup melihat darah mengalir serta penderitaan kanak-kanak itu. Dalam erti kata mudah, penakut kelas ketiga. :)

Apa yang penting, ini sebuah pengalaman baharu.

Tahniah kepada Ust Ridwan Roslan yang puas bersama doktor di dalam bilik maut itu dan dapat menikmati pengalaman yang amat berharga.


Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Saya pernah dua kali mengadakan majlis berkhatan beramai-ramai di rumah saya untuk anak-anak keluarga Janda Baik. Penyokong PAS, PKR dan UMNO ikut mendaftarkan anak-anak mereka. Macam-macam cerita juga....

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)