Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, December 09, 2009

Khidmat Masyarakat


INI adalah wajah Ust Khusaini Md Yusoff yang sedang menghulurkan bantuan kepada mangsa Gaza pada awal tahun lalu di Hospital Hilal Ahmar, Ramses, Kaherah.

Ust Khusaini kini sudah berumah tangga dan bertugas di Pahang. Beliau adalah otai besar ekonomi PMRAM ketika berada di Mesir.

Disebabkan kehadiran beliau di dalam dunia Badan Pengurus PMRAM, ekonomi PMRAM berkembang lebih 30% dengan majunya.

Program khidmat masyarakat sebegini memberikan peluang dan ruang untuk sama-sama kita merasai keperitan yang dialami oleh saudara seagama kita.

Baru-baru ini, teman saya bercerita bahawa ramai lagi orang yang susah dan memerlukan bimbingan dan sokongan moral. Mereka ditempatkan di rumah-rumah anak yatim, rumah-rumah orang tua dan rumah orang kurang upaya.

Insya-Allah, jikalau diberi peluang saya juga akan turun melawat masyarakat.


3 comments:

Ibnu Ali said...
This comment has been removed by the author.
Ibnu Ali said...

Sapa tahu, satu hari nanti ust khusaini jadi Menteri Kewangan.. Pelajar pengajian melayu pun boleh jadi Menteri Kewangan dan sekarang jadi penasihat ekonomi Selangor.. Mungkin pak2 ustaz boleh juga..

Sapa tahu kan...

Puan Ainon Mohd. said...

Sungguh haibat!....