Langkau ke kandungan utama

Sebuah Coretan Peperiksaan Al-Azhar


SELESAI sudah pengalaman menghadapi peperiksaan di bumi Kaherah, Al-Azhar. Semenjak semester Disember 2004 sehingga berakhir Jun 2009, pelbagai pengalaman dan pahit getir dirasai.

Hari ini, semua kenangan itu hanya akan menjadi kenangan peribadi yang tersimpan di dalam memori.

Keputusan peperiksaan Al-Azhar terbahagi kepada enam. Mumtaz, Jayyid Jiddan, Jayyid, Maqbul, Dhaif dan Dhaif Jiddan. Keenam-enam kategori ini pernah saya hadapi. Tetapi saya telah mengukur bahawa keputusan tersebut sebenarnya mencerminkan sejauhmana usaha yang kita lakukan.

Jika kita berusaha tahap Mumtaz, maka keputusan Mumtazlah yang kita peroleh. Begitulah sebaliknya.

Ada ketika, di dalam waktu-waktu peperiksaan ini, saya sanggup berkejar dari Madinah Nasr hingga ke Masjid Al-Azhar yang terletak di kawasan Darassah yang jauhnya lebih 20 kilometer untuk menunaikan solat fardu Jumaat. Semuanya untuk mendapat keberkatan Al-Azhar.

Oleh sebab peperiksaan yang saya alami pada sesi petang, saya sudah terpacak di dalam Masjid Al-Azhar semenjak jam 9 atau 10 pagi untuk mengulangkaji buat kali terakhir sebelum masuk ke bilik peperiksaan.

Saya percaya bahawa ulangkaji ekspres sebelah pagi itu memberi pencerahan baru malah mungkin apa yang dibaca boleh sahaja ditanyakan sebelah petangnya.

Kini, segalanya telah tamat. Saya rindukan kitab bahasa Arab. Saya rindukan ilmu nahu dan sorf tetapi saya bukan mengambil bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan. Saya hanya memikul bidang Syariah yang belajar ilmu Bahasa Arab dan Sasteranya amat minor.

Oleh sebab itulah, kini setiap hari saya masih lagi membaca akhbar bahasa Arab di internet sebagai pengganti rindu itu.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...