Langkau ke kandungan utama

Bincang Petang

PETANG tadi, selepas saya memaklumkan kisah lucu berkenaan seorang pengarang muda tanah air, Encik Arief Hakim Sani selaku Manager bertemu dengan saya.

Beliau bercerita berkenaan seputar isu sastera tanah air. Ada beberapa perkara yang beliau maklumkan termasuklah perkembangan penulis sastera tanah air kita.

Namun, ada sesuatu yang menarik minat saya dengan kata-kata beliau. Beliau berkata, "Syafiq, sebelah kaki awak dalam kelompok sastera dan sebelah kaki lagi dalam dunia penerbit."

Saya amat faham benar situasi peribadi saya. Selaku pemain industri, saya adil kepada semua pihak. Saya tidak pernah memilih mana-mana pemikiran di dalam sastera kreatif pada hari ini. Yang saya perlu fikir, karya perlu ada di pasaran. Karya perlu dibaca oleh masyarakat awam. Karya perlu dihargai dengan seadilnya.

Semakin ramai yang membaca karya tersebut, semakin berkembanglah peluang berdakwah. Biarpun sebagai pengarang picisan yang hanya dibayar 7% nilai royaltinya, itu bukanlah cerminan utama yang dikira.

Tambahan :

Khalayak yang ingin menerbitkan karya bersama PTS, boleh sahaja emelkan kepada saya di syafiq@pts.com.my

Rabu ini saya ke Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Kuala Lumpur untuk mengikuti Syarahan Sasterawan Negara dan Seniman Negara.







Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Tuan Syafiq,

Nilai royalti bukan 7% ataupun 20%. Itu adalah 'kadar royalti'.

Nilai royalti adalah nilai ringgit dan sen. Jadi ada penerbit memberi kadar royalti 16%, tetapi nilai royalti yang diterima oleh penulis cuma beberapa ratus ringgit sahaja (itupun cuma 1 kali sahaja ceknya diterima).

Manakala ada penerbit memberi kadar royalti 7% tetapi nilai royalti yang diterima penulis hampir RM100 ribu (setahun)....

Banyak penulis kita tidak jelas tentang isu persen-persen yang boleh menyebabkan kita keliru bahawa yang penting adalah nilai ringgit dan sen yang dibayar oleh penerbit, bukan janji-janji manis yang diucapkan oleh penerbit dengan menyebut persen-persen yang tinggi.
Aidil Khalid berkata…
Tuan Syafiq, seronok sekali tuan bekerja di PTS, ya. Merata acara-acara sastera yang tuan hadiri, hatta ketika hari bekerja sekalipun. =)

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...