SEMENJAK tahun 2006, saya sudah merancang menjawat jawatan sebagai Pegawai Perancang Bahasa (S41) di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sebagai seorang Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu di sekolah suatu ketika dahulu, saya amat berminat mengurus orang Melayu agar mereka mengetahui bahawa bahasa jiwa bangsa. Kerana, dengan bahasa orang faham tugas dan tanggungjawab memperkasa bangsa dan agama. Setiap tahun, bermula pada tahun 2007, 2008 dan 2009 saya mengkaji jawatan kosong yang wujud di Dewan Bahasa dan Pustaka. Boleh dikatakan bahawa setiap tahun jawatan itu wujud dan perlu diisi. Tetapi akhir-akhir ini, iklan kekosongan jawatan itu tidak wujud. Anda terfikirkah apa yang saya fikir? Pertama, pernah saya terfikir jika saya ditempatkan di Bahagian Majalah DBP, saya akan fikirkan bagaimana Dewan Agama dan Falsafah dikembalikan semula maruahnya. Kedua, jika saya ditempatkan di Bahagian Bahasa, saya akan memikirkan bagaimana perkataan bahasa Arab yang disadur ke dalam bahasa Melayu d...