Langkau ke kandungan utama

Memahami Dunia Penerbitan


DALAM pertemuan penting dengan Pengurus Besar (Editorial) sebuah syarikat semalam, saya telah mengumpul banyak maklumat yang baru. Input dan panduan yang diberikan oleh Tuan Pengurus Besar menarik minat saya untuk didengari malah memberi satu peluang dan ruang untuk saya mengenali lebih rapat sektor penerbitan buku pada hari ini.

2
Saya mengucapkan terima kasih kepada mana-mana pihak yang mempercayai bakat saya. Ya. Saya mempunyai satu jiwa bahawa semua orang mampu menggapai cita-cita dan usaha. Usaha bukan datang daripada luar tetapi lahir daripada jiwa dan peribadi sendiri.

Semua orang mempunyai cita-cita, visi dan matlamat yang ingin dicapai dalam hidup. Oleh itu, sebagai seorang pemikir yang mempunyai cita-cita, visi dan matlamat, perkara itu yang sedang disusun bagi mengisi kekosongan orang luar mendapatkan kepercayaan daripada saya.

3
Matlamat dan cita-cita bukan diperoleh dalam tempoh masa sehari. Malah, cita-cita juga bukan boleh dipaksa-paksa. Apabila ditanya oleh Tuan Pengurus Besar, sektor mana yang menjadi pilihan sama ada fiksyen atau non-fiksyen, saya lebih percaya dengan bakat yang ada pada diri. Saya lebih berminat terjun ke dalam dunia fiksyen yang mencabar. Dunia fiksyen yang sedang berkembang maju di samping ada perkara baharu yang harus diterokai.

4
Apabila saya ditempatkan di bahagian PTS Fortuna, salah satu anak syarikat yang bernaung di bawah PTS Publications Sdn. Bhd. pelbagai perkara yang saya fikirkan. Saya juga sedang menyusun cita-cita dan matlamat agar PTS Fortuna mempunyai suatu ruang untuk berkembang dengan genre baharu yang bukan sahaja bergerak di dalam dunia fiksyen sains, thriller dan sebagainya tetapi ada lagi ruang yang lebih penting daripada itu.

Saya sedang belajar dan belajar.

Ulasan

mafiqam berkata…
wah, seperti sang pelangi juga ya.
afandiahmad berkata…
Tahniah! Saya minat nak jadi penulis
Tahniah, dan selamat datang ke dunia realiti penerbitan. Kini sdra telah menjadi salah seorang pemain dalam industri. Teruskan perjuangan, teruskan konsisten dalam laut ilmu ini.

Selepas ini tentu sdra akan lebih banyak meneroka dunia penerbitan dan memahami selok beloknya. Insya-Allah.

Kita juga sudh menjadi rakan sejawat. Lepas raya kita minum2 sama ya.
Tarbus Merah berkata…
Terima kasih En Afandi dan Abang Lan.

Industri penerbitan adalah satu industri yang mencabar minda dan kekuatan kita sebagai seorang manusia yang berada di alaf baru ini.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)