Langkau ke kandungan utama

PUISI DI MINGGUAN MALAYSIA

Hari Ahad yang lepas, karya saya terbit di Mingguan Malaysia. Alhamdulillah rezeki pulang ke Malaysia. Ini adalah karya terakhir yang saya karang di bumi Mesir.

PERJALANAN HAMBA

Ratusan malaikat beratur
membahagikan jasad dan roh
satu demi satu berulang-alik
membeli sebuah sejadah cinta
yang terjual di langit dunia.

Betapa mendung awan berfirman
'bacalah dengan nama Tuhanmu'
yang Maha Menjadikan
umat bermadah di loh mahfuz
mencari sebuah keakraban batini
dalam diri hingga
meresap ke sanubari.

Sedang usia tertewaskan
dengan dekah meleret tiung kejahilan
anak-anak menjadi kakaktua
di hutan rimba
mercup terdampar berbicara dengan haiwan liar
sesekali melintas
di antara sungai dan denai
juga antara lopak-lopak kefakiran
dalam kalbu kedurjanaan.

Seloka tayangan beraksi
berhari-hari lamanya
mewarnai pentas tradisi
sakaratulmaut dan pengakhiran insan
mentafsirkan sebuah perjalanan hamba
antara syurga dan neraka.

SYAFIQ ZULAKIFLI
Kaherah, Mesir.

(c) Mingguan Malaysia, 13 September 2009

Ulasan

Unknown berkata…
Tahniah kepada Syafiq.
Permata yang bernilai dihargai...selamat maju jaya di alam kerjaya. Kalau ada masa, risik-risiklah kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik, saya teringin nak melihat diplomat Malaysia dari kalangan orang agama keluaran Al-Azhar...macam Syafiq.
Tarbus Merah berkata…
Terima kasih atas doa yang berterusan daripada semua rakan-rakan @ abang senior saya di KBMK. Insya-Allah ada rezeki, segalanya boleh diaturkan.

Doa kalian amatlah diharapkan.
Dzuu Haniin berkata…
salam ustaz syafiq.
kalau berkesempatan, cuba uraikan sedikit maksud yang ustaz simpulkan pada puisi tu.

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali in...