Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Monday, September 21, 2009

Letupan KESAL!!!

HARI INI saya hendak berbicara soal KESAL. Entah dari planet mana timbul manusia ini saya pun tidak mengerti. Oleh kerana pelbagai perkara timbul sehingga orang Mesir minta jawapan, saya akan buat penjelasan.Tahukah anda bermula dengan nama BORING, dia telah berubah kepada KESAL. Pelik bukan?

Apabila orang menulis di dalam shout-box bukan bermakna kita tidak harus menjawabnya. Oleh kerana KESAL mencabar saya untuk memperkenalkan Encik KESAL, saya akan mengulas satu-persatu.

Mari kita ikuti perbualan SENGAL daripada Encik KESAL.

kesal: usah bercakap soal akhlak kalau diri sendiri pun tidak punya akhlak seorang azhari. Baru saya tahu awak rupanya insan yg tidak berakhlak yang dimaksudkan Syeikh Nuruddin dlm kuliah di Kedah baru2 ini

Ini message pertama. Anda fikir Encik KESAL mahukan apa? Jika anda masuk rumah orang tiba-tiba soalan ini timbul, apakah yang anda fikir?

kesal: mmg dasar tak boleh menerima nasihat. sudahlah melukakan hati seorang Syeikh yang kita sanjungi ilmunya, inikan pula tidak rasa bersalah langsung. Terang2 Syeikh sebut bekas SU PMRAM yang tak beradab

Bila masa Syeikh sebut tu...di mana? Di dalam program kah?

kesal: sebab kuliah Syeikh tu dipancar live ke seluruh dunia, entah berapa ribu orang dah tngok kuliah tu

Apabila message ini timbul, saya fikir syeikh sebut di dalam kelas pengajian di Mesir. Tapi tiada pun saya dengarinya.

kesal: buat hairul, kesalahan us syafiq tu dia lakukan di airport waktu syeikh nak balik ke Malaysia. siapalah saya ni nak tegur beliau secara peribadi, sedangkan tegur secara terbuka ni pun tak diendahkan

Tiba-tiba Encik KESAL katakan kesalahan dilakukan di airport. Pelik tak?

Perbahasan saya :-

1. Encik Kesal sebenarnya adalah seorang peminat setia saya. Membaca blog saya setiap hari. Terima kasih banyak-banyak.

2. Jika Encik Kesal katakan kesalahan saya timbul di airport, tentunya Encik Kesal berada di bumi Malaysia kerana Encik Kesal nampak saya berada di dalam cabin krew dan perjalanan ke dalam kapal terbang. Ya. Saya ada terserempak dengan Syeikh di dalam perjalanan menuju ke kapal terbang. Maksudnya saya bertemu Syeikh di kawasan dalam lapangan terbang. Tetapi masalah saya adalah, Encik Kesal sekarang bukan di Malaysia tetapi Encik Kesal di Mesir. Bagaimana Encik Kesal nampak kesalahan itu?

Adakah Encik Kesal mencari kesalahan orang atau apa sebenarnya yang Encik Kesal mahukan dalam hidup?

3. Kalaulah benar Encik Kesal sememangnya hidup di dalam mencari kesalahan orang, bukankah lebih baik Encik Kesal tidak hidup di dunia ini?

4. Fikir saya, ada juga mahasiswa Universiti Al-Azhar yang hidupnya saling dengki-mendengki. Jika benar wujud, saya mahu khabarkan pada seluruh dunia bahawa jika ini akhlak mahasiswa kita di bumi Mesir, kita harus fikirkan sesuatu untuk mengubahnya.

5. Encik Kesal yang saya amat pelik dengan sikap anda, berubahlah selagi belum terlewat. Jika anda masih tidak lena tidur, boleh saja sms saya dan e-mel kepada saya. Saya akan menjawab setiap persoalan anda itu.

Tambahan :
Saya akan bertanya sendiri dengan Saudara Faiz jika benar apa yang dinyatakan oleh Encik Kesal.

5 comments:

Hairul Nizam Mat Husain said...

Kesallah ada orang macam Encik Kesal. Kesal kesal.

SYAFIQ ZULAKIFLI said...

Saya lagi kesal jika wujud orang macam Kesal.

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum ustaz,
1.kita bersangka baik dengan niat en. kesal,menegur utk keaikan bersama

2.Namun apa yg diKESALkan,cara beliau menegur itu...

3. Mungkin betul bukti yg beliau ada,tetapi sesuaikah diletak dlm shoutbox sebuah blog yg dibaca oleh puluhan atau ratusan pembaca yg lain.

4.Apakah ini dikatakan hikmah,memalitkan aib & keliru di blog tuan rumah?

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Syafiq,

Diam sahaja adalah lebih baik. Nabi Muhammad SAW tidak membela dirinya apabila beliau dicaci dan dicela. Akhirnya banyak yang mencaci dan mencela beliau masuk Islam.

topect's blog said...

semua komen di atas nih btul blaka.hehe.sokong us capik.trus kehadapan, semua org buat silap.encik kesal maksum kot.

cuma, klu kita silap..org tgur itu tandanya ada org amik berat ttg kita.btukan ksilapan..itu je.

to encik kesal, tima kasih tgur abang@shbt sya nih supaya dia trus maju dan perbaiki diri, cuma cara tuh betulkan sikit ok.tak elok...aibkan org.

jadilah anak murid sh nuruddin yg beradab.dan jadilah insan yg beradab kpd semua manusia...sedaya yg boleh.