Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Monday, June 30, 2008

Tahniah


SAYA selalu mengucapkan penghargaan kepada teman-teman, rakan taulan, kenalan, orang-orang perseorangan yang saya kenali.

Semalam, 29 JUN Hari Ulangtahun Kelahiran ke-19, Izzuddin bin Khalidi orang yang pernah saya kenal di SMA Kerajaan Johor, Kluang.

Tahniah juga kerana beliau telah mendapat tawaran ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa di USIM.

Barangkali saya teringatkan kepada USIM beberapa tahun yang lalu. Saya juga pernah menjejakkan kaki ke sana. Tetapi pentadbiran ketika itu masih berpusat di Cheras, Kuala Lumpur. Kawasan Nilam Court juga masih lagi menggambari setiap pemikiran saya.

Di dalam minggu orientasi di USIM, saya ada berjanji sesuatu kepada guru saya (guru bahasa Inggeris). Moga-moga usaha itu tercapai insya-Allah.

Barangkali jika ada 'junior-junior' saya bertanya; nak sambung pengajian ke Mesir atau ke IPTA Dalam Negara, saya ada dua pandangan. Pertama, jika beliau ingin mendalami ilmu Islam turathi secara daqiq dan matang, pergilah ke Mesir bertemu dengan ulama-ulama.

Tetapi jika beliau hanya ingin menadah ilmu silibus lantas mempraktikkannya, saya hanya cadangkan beliau belajar di Malaysia sahaja.

Kemudian ada satu pemikiran saya juga bahawa, jika ke Mesir usah fikir bahawa anda baru belajar bahasa Arab, tetapi hendaklah hampir 'faqih' uslub bahasa Arab. Kerana hasil pemerhatian saya, kebanyakan mahasiswa di Mesir yang terkandas bukan disebabkan pemikiran mereka, tetapi penguasaan terhadap bahasa itu sendiri.

Walaupun demikian, ada yang duduk lama-lama di Mesir kerana mahu 'menghayati' perjuangan ulama. Itu pandangan mereka. Terpulanglah.

Apa yang penting, belajar. Mana-mana pun sama sahaja. Utara, selatan, timur dan barat. Yang membezakannya adalah pengalaman.



Sunday, June 29, 2008

"KAMI ORANG LAMA"


Permainan ini kami bina
atas titi usang
yang kemarau
sesekali bahu kami renggang
jiwa kacau
terumbang ambing cari wawasan.

Permainan ini kami bina

dengan kekuatan

mandian emas kesuburan

dan taman impian

kawasan basah

bersih
dan subur
dengan wangian.


Permainan ini kami bina

sementara

kerana
kami
orang lama.


Syafiq Zulakifli
Dalam Gelap.

HINCUTAN ini menerjah lagi ke kamar sepi. Sesekali ada tinta yang menari lesu. Dan, jari-jari mula bersabda bantulah aku wahai pungguk perindu. Saya menyaksikan Makam Imam Syafie dalam-dalam. Saat muazzin melaungkan saf huruf jar yang bermati-matian mengingatkan seruan solat, saya berdiri di atas mimbar persuratan. Mungkin ini yang terakhir kali. Getus hati berulang-ulang kali berbisik.

Apakah kalam di atas hanya sebuah analogi yang tidak kena mengena dengan apa yang bakal dicoretkan? Mungkin. Itu hanya sebuah gambaran kata-kata. Tetapi makna yang paling besar dan utama, saya mahu mencoretkan cerita kami sebagai orang lama.

Pernahkah anda melihat kereta baru Pesona? Cantik bukan? Kemas dan teratur letak tempat kerusi. Malah sesekali bau harum kereta baru menyucuk-nyucuk kedamaian nubari. Tetapi, barangkali tidak lama bertahan. Benar. Itulah fenomena kehidupan kita.

Ada baru dan ada lama. Sesekali, barang lama juga tidak sesuai digunakan oleh orang baru. Begitulah sebaliknya. Tetapi, tanpa lama, tidak lahir orang baru. Namun, dalam satu sudut pemikiran negatif, barang lama kekadang dibuang ke tepi. Disimpan dalam almari dan kekadang hanyalah potret muzium yang akan dipamerkan di kemudian hari. Kenapa berlaku?

Ini rona kehidupan. Tetapi barangkali kita tidak menyangka; kerana yang lama juga banyak berjasa kepada kita. Mendidik dan mengasuh serta mengajar erti perjuangan di atas tinta. Tetapi mengapa hanya kalam semata?

Benar mungkin; kita orang lama. Nyawa kita tidak lama. Esok lusa, bakal pulang kepada-Nya.

:(



Friday, June 27, 2008

Hadiah Penghargaan - Sayembara Cerpen


Ini antara sedikit hasil karya saya yang memenangi Hadiah Penghargaan Sayembara Cerpen Jawi Dalam Tulisan Jawi sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-50 tahun lalu.

“Bukankah antum semua tahu, kita telah ditipu oleh penjajah?”

“Ditipu?”

“Mereka memerdekakan kita kerana mahu kita berpecah-belah. Pada tahun 1935, seorang ketua gerakan Kristianisasi, Zweimer ketika menyampaikan ucapan semasa persidangan kebangsaan di Palestin menyatakan bahawa – Tugas kita yang paling utama bukanlah membawa mereka kepada agama Kristian, tetapi tugas kita ialah memisahkan orang Islam daripada agama mereka sehingga tiada lagi hubungan mereka dengan Allah, seterusnya menjadi masyarakat yang tidak berakhlak.”


“Kenapa sampai begitu sekali?”


“Penjajah juga telah mengajar kita apakah definisi kemerdekaan dan mereka mahu kita memahami kemerdekaan dengan definisi yang diberikan oleh mereka. Mereka buat apa sahaja dan mahu kita faham bahawa erti kemerdekaan adalah dengan wujudnya pemerintahan sendiri berdasarkan sempadan-sempadan yang mereka telah lukiskan.”

“Maksudnya?”


“Mereka telah memerdekakan kita, tetapi kita masih belum lagi merdeka dengan akhlak kita.”

“Benar. Adik-beradik kami di sana cukup berbeza. Mereka lebih sukakan hiburan, keseronokan dan kehidupan yang bebas. Bagi mereka, merdeka hanyalah bebas daripada penjajah. Mereka tidak pernah mentafsirkan bahawa kemerdekaan yang sebenar adalah kemerdekaan di dalam rohani. Mereka lebih suka hidup memakan harta riba dan lebih rela menghirup najis dadah dan arak yang telah Allah Taala haramkan.”


“Antum semua tidak pernah berdakwah?”

-Syafiq Zulakifli-
Hak Cipta Perpustakaan Negara Malaysia selaku penganjur.


Wednesday, June 25, 2008

Dang Kerinting Disebat

Gambar sekadar hiasan

Arakian, sayugia Dang Kerinting diceriterakan bahawa tatkala zaman Dang Kerinting bersekolah, dia pernah di sebat di khalayak umum. Mengapa ya?

Apa sebenarnya berlaku kepada Dang Kerinting? Mengapa dia disebat? Pertama, dikhabarkan bahawa Dang Kerinting tidak mengikut peraturan sekolah. Dang Kerinting lebih selesa melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan Dang Kerinting dihukum.

Sebelum Dang Kerinting dihukum, semua pembesar-pembesar telah menasihatkan Dang Kerinting agar dia berubah. Tetapi, Dang Kerinting tetap dengan caranya.

"Aku Dang Kerinting. Kau jangan masuk campur."

Selepas Dang Kerinting tidak menghiraukannya, Dang Kerinting dihukum sebat di khalayak.

Malu. Memang Dang Kerinting sangat malu dengan perlakuan pembesarnya itu. Tentunya Dang Kerinting menyesal atas tindakannya tidak menurut perintah.

Sedari itu pun, Dang Kerinting berfikir panjang.

"Kalau aku ikut peraturan, mesti senang bukan?"


Tuesday, June 24, 2008

Sejarah dan Agama : Tema Terbaik Dalam Karya

Di Hadapan Pulau karya A Samad Said juga mengangkat tema yang berat

JIKA anda mahu jadi seorang penulis yang mantap (baca : mantop) - ayat Ustaz Zamri (AQ), anda perlu menulis tema yang bersangkutan dengan hal ehwal sejarah, politik dan agama.

Barangkali ada di antara kalian yang tidak bersetuju dengan pemikiran saya. Ya. Fakta ini adalah fakta yang benar. Dunia perbukuan kita adalah dunia yang penuh dengan pelbagai rencam. Ada unsur-unsur tahayul, unsur khurafat, SYIAH, WAHABI, dan macam-macam lagi perkara yang berjaya ditulis oleh seorang penulis.

Lihat sahaja, Novel "Tuhan Manusia" karya FT yang mengangkat tema pluralisme di samping kejahilan golongan yang tidak memahami Islam tercatat menerusi lembar Ali Taqi dalam perburuan menentang masalah Ustaz Aris yang dibincangkan secara lumat di dalam novel ini.

Tentu juga anda pernah menatap 'Manikam Kalbu' yang bercirikan Islam dan sejarah yang memungkinkan bahawa sesuatu tema itu berdiri teguh dengan kekuatan penulisan yang didasari dengan dua elemen ini.

Tentu anda kenal dengan Ahadiat Akasyah bukan? Seorang penulis yang sudah hampir 'terkenal' dengan karya-karya seksualitinya. Lihat sahaja Novel "Gigolo" yang dihasilkan, dan bermacam-macam lagi novel-novel pop yang langsung tidak menyuntik semangat pemikiran di dalam idea percambahan seorang penulis. Maaf kalau bahasa saya kurang sopan. Sedang saya seorang yang mahu mengajar diri bercakap 'lapis'.

Kedua, mengapa tema sejarah, agama dan politik ini dianggap sebagai penulisan ilmiah yang besar intinya? Kerana, dengan menulis bahan-bahan ini, penulis seolah-olah telah membuatkan pembaca berfikir dan merenung beberapa perkara baharu yang saya anggap sudah sampai ke tahap pemikiran yang sebenar. (jika anda berasa sudah dewasa)

Namun, jika anda seorang yang pakar dalam bidang komunikasi, jurutera, doktor dan sebagainya, tentu sahaja penulisan yang bersifat kematangan pemikiran menerusi dunia profesional dapat diutarakan di dalam penghasilan karya.

Ingat. Saya bukan hanya beromong-kosong di dalam memperjuangkan hak menulis novel sahaja, sedang anda perlu juga tahu bahawa penulis rencam di dalam sebuah artikel juga memainkan peranan yang penting menerusi tiga elemen ini.

Tentunya jarang mahasiswa kita mengkaji Sejarah Malaysia apatah lagi menanggapi bacaan luar sedar untuk mentelaah bab-bab berkenaan dengan politik dan sebagainya. Alasan mereka, "Beratlah."

Jika anda fikir berat, tandanya anda seorang yang dangkal.

Monday, June 23, 2008

Estetika Pantun Dalam Warisnya Kalbu

Sumber : Utusan Malaysia, 23 JUN 2008

PANTUN merupakan elemen penting yang banyak diselitkan dalam perjalanan penceritaan watak-watak dalam novel nukilan Sri Rahayu Mohd. Yusop, 32 yang berjudul Warisnya Kalbu.

Novel itu memenangi hadiah utama Kategori Novel Remaja (berbahasa Melayu) anugerah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2007 (HSKU 2007) di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Menurut Sri Rahayu, pantun Melayu lama yang dimuatkan dalam Warisnya Kalbu terbukti telah banyak membantu bagi menghidupkan lagi keunikan jalan cerita novel terbaru tulisannya itu.

“Watak Hassan Basri misalnya, banyak dikaitkan dengan kemunculan pantun-pantun lama yang saya tampilkan di mana ia telah mencetuskan suatu jalan cerita yang ada kesinambungan.

“Kemunculan pantun-pantun lama itu merungkai suatu misteri yang mengaitkan salasilah keturunannya dengan pejuang nasionalis ketika era perang saudara di Pahang pada abad ke-19,” katanya ketika ditemui selepas penyampaian anugerah itu.

Baginya, pantun-pantun lama dijadikan panduan untuk mencipta suatu cerita dan mengkaitkannya dengan watak-watak dalam novel tersebut.

Sri Rahayu mengakui, pantun cukup dekat di hatinya, malah beliau amat menggagumi dunia pantun yang bukan sahaja halus bahasanya tetapi sarat dengan maksud yang tersirat.

Justeru, tidak hairanlah keunikan novel yang kuat dilingkari oleh dunia pantun Melayu klasik yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas berjaya menarik perhatian para juri anugerah itu.

“Saya memang meminati dunia pantun, apatah lagi saya sendiri pula memang suka membaca pantun. Pengaruh terhadap pantun terbawa-bawa hinggalah menerusi novel tulisan saya itu.

“Selain itu, pada masa depan saya juga bercadang untuk menterjemahkan pantun Melayu ke dalam bahasa Inggeris supaya ia dapat dikenali serta dikembangkan di peringkat dunia,” ujarnya.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL dari Kolej Pendidikan Dunedin, New Zealand ini mengambil masa hampir setahun bagi menyiapkan Warisnya Kalbu.

Dalam pada itu, beliau tidak menafikan bahawa elemen pantun merupakan frasa elemen sastera lama yang sarat dengan unsur intelektual yang cukup tinggi dihasilkan oleh bangsa Melayu.

“Mungkin panel juri tertarik dengan novel saya kerana kekuatan nilai pantun klasik yang saya tampilkan. Pantun yang diikuti dengan jalan cerita merupakan konsep novel ini,” katanya.

Dengan kemenangan itu, anak kelahiran Tanjong Karang, Selangor, ini menerima hadiah wang tunai RM7,000, sijil penghargaan dan hadiah-hadiah sampingan yang lain. Hadiah disampaikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Sebelum ini Sri Rahayu pernah mendapat hadiah tempat pertama HSKU pada 2000 menerusi novel berjudul Bukan Legasi Lalang, tempat ketiga 2002 (Merdekakan Cinta Ratna) dan tempat kedua 2006 (Odisi Tanah Kencana).

Hadir sama pada anugerah kali ke-23 itu ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Hashim Makaruddin, Pengarah Kewangan Subsidiari ExxonMobil Malaysia, Zain Willoughby yang mewakili Pengerusi Subsidiari syarikat itu, Liam M. Mallon.

Tempat kedua Kategori Novel Remaja (berbahasa Melayu) ialah Nisah Haron menerusi novelnya yang berjudul Tawarikh Cinta dan menerima hadiah wang tunai RM4,500.

Sementara tempat ketiga pula dimenangi oleh Ummi Hani Abu Hassan melalui novelnya yang berjudul Baromkeh: Matamu Di Mataku dengan membawa pulang RM3,000.

HSKU 2007 yang pertama kali memperkenalkan Kategori Novel Remaja (bahasa Inggeris) memperlihatkan karya Peace Child oleh Seliong Wau sebagai pemenang pertama Novel Remaja Bahasa Inggeris dengan merangkul RM7,000.

Teoh Choon Ean dengan novelnya berjudul Magic Eyes muncul pemenang tempat kedua dengan membawa pulang RM4,500 dan Sherifah Baharudin menerusi novel Dahlia di tempat ketiga pulang bersama RM3,000.

Tahun ini tiada pemenang bagi kategori Kajian Sastera, tetapi bagi Rencana Sastera ia dimenangi oleh Dr. Mohd. Zariat Abd. Rani dengan artikelnya berjudul Ke Mana Hala Tuju Sastera Melayu? Beliau memenangi hadiah wang tunai RM1,000.

Khairunnasriah Abdul Salam mengungguli kategori Cerpen Remaja dengan judul cerpennya yang bertajuk Banglo Kolonial Di Lot 152 dan menerima RM2,500.

Bagi kategori cerpen pula, Zainal Palit atau Zaen Kasturi merupakan pemenang hadiah utama Kategori Puisi dengan puisinya yang berjudul Denyut Murba merangkul RM3,000.

Antara panel juri HSKU ialah Dr. Hamidah Abdulhamid, Prof. Madya Arbak Othman, Dr. Hashim Ismail, Prof. Madya Cynthia Yolanda Doos, Sibyl Su Soo Chin dan Mohd. Hanafi Ibrahim.

Pada penghujung majlis itu, Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin menerima tajaan daripada ExxonMobil berjumlah RM100,000 yang disampaikan oleh Zain Willoughby.

Sunday, June 22, 2008

Kenyataan Rasmi : Surat Kemaafan

Assalamualaikum w.r.b.

Atas artikel yang berjudul, "APABILA BKAN TIDAK HORMAT PADA PMRAM" yang menjadi kontroversi besar kepada Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK), khusus kepimpinan MKKK, secara peribadi saya memohon maaf atas apa yang berlaku.

Ketahuilah bahawa saya punya harapan yang besar membawa acuan PMRAM di dalam pergerakan mahasiswa di bumi Mesir ini. Saya hormati pandangan anda sebagai ahli yang menyokong kepimpinan Kedah dan kepimpinan PMRAM.


Barangkali Kita Sudah SEDAR

SAYA pun kurang pasti berapa ramai yang menatap artikel berjudul 'Apabila BKAN tidak hormat pada PMRAM'. Tahniah kepada anda yang serius memperjuangkan hak-hak anda selaku ahli dan memperjuangkan kepimpinan anda.

Jika mahu diulas, saya berpendirian bahawa saya hanya MEMBUKA MATA-MATA anda sahaja. Sama ada anda mahu terima ataupun tidak, itu terpulang. Nak marah? Silakan. Marahlah sehingga anda tidak suka atau benci kepada saya. Saya manusia biasa yang banyak kesilapan, sedang anda seorang insan yang perlu belajar menerima pandangan.

Bagi mereka yang menganggap bahasa saya kurang sopan. Ya. Saya akui akan kelemahan itu. Namun, sedari awal mungkin ini cara yang terbaik untuk kita melontarkan pandangan selepas perbincangan kita hampir tidak menemui jalan penyelesaian.

Hakikatnya, kita sama.


Kenapa Saya Menulis Untuk URTV


BARANGKALI anda terperanjat apabila saya memberitahu bahawa saya menulis untuk Majalah URTV. Anda tahu bahawa majalah ala-ala pra-prono di Malaysia tidak lain dan tidak bukan majalah URTV, Mangga, Remaja, Maskulin dan bermacam-macam lagi.

Apabila lambakan itu mula ketara, semamangnya suatu fenomena yang tidak dapat dibendung adalah 'keperluan'.

Tetapi, adakah saya menulis untuk keperluan? Adakah saya menulis untuk se'kaki' dan se'tilam' dengan mereka itu. Tidak. Saya bukanlah menggadaikan prinsip saya untuk melihat karya saya ditatap oleh generasi-generasi ala-ala Mas Idayu dan Ella di pentas negeri Selangor. Tetapi, nilai pengajaran yang kita perlu sebarkan luaskan di dalam metod dakwah perlu ada walaupun sepicing.

Baik.

Karya ini adalah karya paling lama saya nantikan penerbitannya. Memakan masa hampir 13 keluaran majalah URTV, barulah karya saya dapat mencuit hati editor majalah. Saya kira Saudara Rosli Manah masih menggalas beban selaku editor. Kalau sudah tukar, barangkali saya tersilap.

Anda jangan fikir karya di dalam URTV adalah karya picisan, bercerita bahan-bahan lucah sahaja, malah Faisal Tehrani juga pernah diangkat di dalam URTV dengan cerpen 'Cik Siti Mustika' atau mungkin sahaja meraih anugerah dengan cerpen 'Ratu Kosmetik' gara-gara penerbitan di URTV.

Tanpa banyak bicara, saya perturunkan puisi saya di URTV yang terbit pada 1-15 Mac yang lalu.

PUISI

Nur Subuh I

Qiam menggigil dakapan
meraba-raba dalam kesamaran
mengunyah masa
sebelum terlewat
dan
fajar sidik menjelma.

Anjung mula basah, merisik
teriakan kecil
pendosa
ligat menghentam malamnya
dari zulmat semalam.

Tika tahajud membisik
Raqib Atid berkelahi
menghidang sesuap azam
yang dinanti
sebelum ini.

Munajat sepertiga malam
mengatip deras bermandi keinsafan
dan kegelapan
disulam
dengan segugus doa dan roja’
yang tidak terputus di pertengahan.

Syafiq
Zulakifli
Bukit Aliff.

© Majalah URTV, 1-15 MAC 2008




Friday, June 20, 2008

MALAM INI : Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007

Hadiah Pertama (Novel)

Hadiah Kedua (Novel)

Hadiah Ketiga (Novel)

Antologi Cerpen Remaja

Antologi Cerpen

Malam ini, 5 buah buku ini akan dirasmikan.

Gambar Ihsan Daripada Saudara Rozlan Mohamed Noor, Editor Utusan Malaysia

Etika PMRAM : Kenapa BKAN dan DPM perlu ikut

Oleh : Syafiq Zulakifli (Setiausaha Agung PMRAM)

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang ditubuhkan semenjak 1930 merupakan salah satu persatuan di dunia yang tertua. Hampir 80 tahun penubuhannya, PMRAM boleh dianggap salah satu persatuan yang diwujudkan semata-mata menyatukan suara anak-anak Melayu di bumi Mesir.

Kepimpinan PMRAM yang silih berganti masih lagi meneruskan dasar 'peraturan' atau dinamakan etika PMRAM. Mengapa etika PMRAM diwujudkan?

Pertama, memberi peluang untuk ahli dan kepimpinan sendiri berada di dalam peraturan. Kita harus maklum bahawa Mesir merupakan negara darurat. Oleh yang demikian, kehadiran mahasiswa ke Mesir adalah di bawah tanggungjawab PMRAM.

Ini terbukti dengan beberapa kes yang berlaku di Mesir ini, apabila 'kuasa PMRAM' adalah lebih tinggi daripada 'kuasa kedutaan'. Ini fakta. Bukan sembarangan saya pukul rata. Oleh sebab, PMRAM berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir, pelbagai keistimewaan yang telah diberikan kepada PMRAM.

Antaranya, PMRAM mempunyai 'polis' tersendiri. Malah, boleh dikatakan hampir setiap hari, polis PMRAM akan menghubungi bertanyakan Presiden PMRAM berkenaan isu mahasiswa dan program-program.

Untuk pengetahuan, sepanjang program-program besar kerajaan atau program-program besar PMRAM, PMRAM diiringi oleh polis tersebut. Ini terbukti apabila program bersama Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia pada November tahun lalu, PMRAM dikawal dan diselia oleh polis yang terlibat.

Barangkali PMRAM selesa dengan kehadiran polis. Bagi saya, ini bukanlah suatu kelebihan besar yang ada pada PMRAM. Malah, boleh dihitung berapa banyak BKAN dan DPM yang tidak mengikut garis panduan PMRAM, boleh sahaja dihukum menurut Undang-Undang Kementerian Kemasyarakatan Mesir. Namun, PMRAM masih lagi boleh berbincang dan menerima pandangan.

Kita harus sedia maklum bahawa PMRAM ditubuhkan untuk membantu memudahkan. Namun, ada pihak menyalahtafsirkan kewujudan PMRAM dengan 'hentam' secara tidak adil mengatakan PMRAM begitu dan begini.

Mengapa hal ini terjadi? Pertama, kerana mereka bukan 'pekerja dan petugas' PMRAM. Jika mereka faham situasi PMRAM hari ini, mereka akan memikul tanggungjawab menggalas amanah dan beban membantu PMRAM. Hari ini, PMRAM berhadapan dengan cabaran besar. Kewujudan ABIM, UMNO, ISEK, ISMA, ALAMI, dan bermacam-macam lagi persatuan di bumi Mesir ini menjadikan PMRAM seringkali tergadah untuk menerima situasi pada hari ini.

Justeru, adakah ahli akan 'kuat' jika mereka faham mengapa mereka di madrasahkan dalam PMRAM? PMRAM bukan satu persatuan tarbiah. Tetapi PMRAM harus mengajar orang mengenal etika.

Angin Baharu Negeri Johor

Yang Dipertua (kanan) bersama 'bakal' Yang Dipertua yang kini Setiausaha Agung BKPJM
-anda yang berhak menentukan masa depan BKPJM-

Selepas kedatangan Penolong Pengarah Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Johor, berita baharu dan angin-angin daripada Malaysia bahawa Tengku Mahkota Johor dan Y.A.B. Menteri Besar Johor akan ke Mesir telah saya dengar. Sama ada benar atau tidak, anda tidak perlu tanya Yang Dipertua. Tunggu sahaja kebenarannya nanti.

Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sememangnya kerap ke Mesir. Pertama, menguruskan anak-anak Johor di Mesir. Kedua, memberikan suntikan semangat kepada mahasiswa di sini. Boleh dikatakan, di dalam masa setahun, MAIJ akan datang sebanyak tiga kali. Tentunya setiap satu kedatangan ada tujuan dan sebabnya.

Terima kasih saya ucapkan.

Baru-baru ini, kedatangan rombongan MAIJ adalah atas keperluan menguruskan asrama baru pelajar Johor. Pelajar negeri Johor di Mesir sudah ada tiga buah rumah sehingga kini. Pertama, Rumah Abdeen di kawasan Attaba yang didiami oleh sebahagian kecil pelajar di Johor. Kedua, rumah Johor di Hayyu Thamin, Syarie Mustafa Nuhas. Tentunya, disinilah medan pertama 'kita' menjejakkan kaki ke Mesir.

Ketiga, rumah Johor Iskandariah (khusus untuk pelajar wanita) yang telah dirasmikan oleh Y.A.B. Menteri Besar Johor pada tahun 2005. Tahniah kepada kerajaan negeri kerana telah berusaha sehingga ke tahap ini.

Saya difahamkan bahawa rumah keempat nanti akan dilengkapi dengan rumah pegawai khas kebajikan. Namun, siapa yang akan mengisinya? Sesungguhnya nanti apabila 'kita' bakal duduk di rumah baharu, makanya kedutaan akan mengasak-asak menghantar pegawai di Mesir. Apa tujuan mereka? Ya. Untuk membantu menguruskan mahasiswa kita di bumi Mesir ini. Apa yang diharapkan ciri-ciri pegawai ini yang 'kita' mahu :-

1. Pegawai itu adalah daripada mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir.
2. Pegawai itu mestilah memahami selok-belok Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir.
3. Pegawai itu hendaklah bukan 'berfikiran' politik kepartian.
4. Pegawai itu hendaklah faham situasi mahasiswa di Mesir akhir-akhir ini.

Saya perlu tegaskan bahawa keperluan kian mendesak. Tentunya jawatan kosong untuk Pegawai Khas Kebajikan Mahasiswa akan diisi. Dan, pada saya orang yang akan mengisi tentunya mereka daripada gred S44 ke atas. Namun, siapakah di antara mereka yang layak?

Apabila melihat Pegawai Hal Ehwal Islam di MAIJ semakin hari semakin tandus orang-orang Al-Azhar, semakin risau saya. Siapa yang akan mengisi jawatan itu nanti? Cukuplah setahun atau dua tahun mendatang ini kita boleh selesa. Namun, dalam masa lima hingga sepuluh tahun mendatang, adik-adik kita tidak lagi akan dibela oleh warga azhar sendiri.

Oleh itu, siapa yang sudah 'habis degree' sila mohon jawatan itu nanti.

Ini fakta :

"Apabila kita membuka kouta mengisi calon S41 di MAIJ, mahasiswa Al-Azhar langsung tidak mahu mengisinya."
-Ustaz XY

Jadi siapa yang salah? Adakah mahasiswa Al-Azhar 'tidak layak' atau hanya 'tidak mengisi borang' sahaja.? Fikirkanlah.

Tambahan :
12 Jun lalu, MAIJ telah menutup jawatan kosong untuk DG41, S41, S27, S17 dan lain-lain.

Thursday, June 19, 2008

Apabila Guru Tidak Dapat Terima Hakikat

Saya mendapat maklum balas daripada artikel yang bertajuk Sektor Perkhidmatan Awam : Anda Perlu Tahu.

Pertama, jangan salahkan saya bahawa penulis komentar ini 'pemalas' sifatnya. Mengapa saya berkata demikian? Lihat dan baca hasil tulisan beliau. Aduh! Guru kita tidak pandai menulis bahasa Melayu dengan baik. Tentu sahaja karangan beliau akan dimasukkan ke dalam tong sampah. Maaf saya katakan. Ini masalah penulisan. Jadilah insan yang ada jatidiri, berpegang pada satu perkara.

Guru kita ini marahkan saya kerana mengherdik PPPS (DG 41). Antaranya apabila saya membuka isu berkenaan j-QAF. Hakikat penulisan saya bukanlah untuk mengherdik mereka yang mengajar j-QAF. Tetapi, saya perlu maklumkan sendiri bahawa tugas sebagai seorang mahasiswa Al-Azhar besar. Bukan tertumpu di peringkat sekolah.

Sebagai seorang pelajar yang baik, tugas berat yang harus dipikul ada nilainya. Mereka (mahasiswa IPTA) tidak mengetahui selok-belok hukum-hakam menerusi kitab-kitab turath yang menjadi sumber rujukan asal di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

Apatah lagi jika mereka diberikan kitab-kitab kuning. Oleh yang demikian, fikirkanlah.

Bagi saya, saya tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak. Ya! Memang perlu mengajar anak-anak kita di sekolah. Teman saya juga membuka Al-Hira Learning di Perlis. Bahkan, mendidik anak-anak ini perlu.

Perkara ini juga harus menampar semua mahasiswa Al-Azhar. Sila beri harapan sepenuhnya. Saya yakin, mahasiswa Al-Azhar pun ada yang lesu di dalam hal ini. Maaf saya perlu berkata sebegini rupa. Ini untuk menyedarkan saya yang malas dan anda yang lebih-lebih malas lagi.

Sekian.

*********************
Daripada seorang GURU

Assalamualaikum…
Saudara yang dirahmati Allah hendaknya…
Sedarlah bahawa tanpa guru sekolah rendah anda tidak layak sampai ke tahap anda sekarang..jgn jd kacang lupakan kulit. Tanpa ada guru yang mngajar alif bat a, anda tidak akan tahu mengaji. Kata-kata anda seolah2nya anda mengutuk guru anda sendiri..sedangkan merekalah yang membawa anda hingga ke menara gading. Kalo saya ni guru anda, saya akan menangis terkilan dan kecewa kerana anak murid memperlekehkan ilmu yang telah saya curahkan.
Tinggi sangat ke taraf anda sebagai pelajar mesir?rasenye blaja di mana-mana pun same sahaja. Blaja di tempat yang elok pun kalo tak tau jaga mulut tak guna juga..kata ‘ustaz’ tapi kata-kata anda tu tak melambangkan anda ni seorang ustaz..Anda memperlekehkan pekerjaan yang paling mulia dan mendapat ganjaran yang besar drp Allah..

Untuk pengetahuan saudara, ramai di kalangan rakan-rakan saya yang teringin nak blajar di mesir tapi mereka mendapat keputusan yang cemerlang so ditempatkan di universiti tempatan…bagi mereka yang gagal mendapatkan tempat di universiti tempatan mereka terpaksa sambung blaja untuk melayakkan mereka belajar di mesir dengan tanggungan sendiri.

Apa yang saya lihat, kebanyakan pelajar yang ke sana adalah pelajar yang kurang cemerlang…ramai jugak yang kantoi dan membazir duit mak ayah mereka…Adakah mereka ni layak untuk memegang jawatan yang besar2?sedangkan untuk memegang jawatan yang besar2, bukan sekadar ilmu agama sahaja yang kita perlukan malah banyak lagi yang mereka perlu pelajari..nampaknya anda ni seorang yang berfikiran sempit dan KOLOT kerana tidak mengikuti perkembangan semasa. Anda tahu ke kuota kelayakan jawatan S 41 & LS 41? Lain kali kalo nak bercakap, bercakaplah berdasarkan fakta..kalo anda cakap kosong nampak sgtlah anda ni name je pelajar universiti tapi mcm duduk bawah tempurung. Buka sikit minda anda tu, nak harap[ muke hensem tapi otak kosong tak gune gak.

Untuk pengetahuan anda lagi, semasa sesi interview j-qaf yang lepas2, ramai pelajar mesir yang tak berkelayakan untuk memegang jawatan sebagai guru j-qaf, inikan pula nak memegang jawatan yang lagi mencabar….mintak maaflah yer… anda bukanlah seorang yang hebat untuk menentukan pekerjaan orang lain…

tahniahlah kalau anda berjaya menjadi ketua negara suatu hari nanti...kalau tak dapat pun, jadi ketua rumah tangga pun dah kira ok lah tu dengan anda yang berfikiran sempit tu...

wasslam

Wednesday, June 18, 2008

Sektor Perkhidmatan Awam : Anda Perlu Tahu

SAYA bukanlah orang yang terbaik untuk bercerita bab-bab sektor perkhidmatan awam. Namun, atas nama tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia, serba sedikit saya perlu tahu dan saya ambil tahu perkembangannya.

Sektor Perkhidmatan Awam menggunakan sistem gred. Saya tidak bercadang bercakap banyak. Saya ringkaskan begini supaya anda faham.

(i) PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (GURU)

Jika anda mahu jadi guru, gred anda (DG 41). Itupun kalau anda ada ijazah. Tetapi, kini Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan J-QAF. Justeru, anda yang mahukan kerjaya guru, perlu dilatih di dalam sektor ini terlebih dahulu. Dan, selepas setahun atau dua tahun barulah anda berkhidmat sebagai guru.

Secara peribadi, anda yang belajar di Mesir saya TIDAK GALAKAN anda memohon jawatan ini. Kenapa? Berilah jawatan ini kepada kawan-kawan kita di IPTA dan IPTS. Mereka lebih bersesuaian mengajar anak-anak murid di sana.

Anda mahasiswa Al-Azhar. Kolot sangat mengajar Alif-Ba-Ta. Kolot sangat mendidik perkara yang kecil-kecil. Tugas anda banyak lagi. Bukan saya kecilkan skop bahawa mengajar J-QAF itu terlampau kecil, namun anda datang penat-penat daripada Malaysia untuk belajar di Al-Azhar bukan mengajar di sekolah. Tetapi anda perlu duduk di dalam pejabat. Bincang dasar. Bincang Islam perlu dibina dalam pentadbiran negara. Bincang hukum hakam yang berat-berat. Anda seharusnya jadi MUFTI!

Kedua, anda perlu tahu bahawa jika anda pilih sebagai guru, peluang anda naik pangkat lambat. Kerana, anda perlu tunggu guru-guru senior mengisi kekosongan sehinggalah anda berpeluang berpindah ke jabatan dan menjadi pegawai.

Paling awal pun, saya kira selepas 4-5 tahun anda sebagai guru biasa. Itupun jika anda cemerlang di sekolah. Oleh yang demikian, lebih elok anda pilih jawatan kedua ini jika anda mahu.

(ii) PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (S41)

Anda minat jadi pentadbir bahagian agama. Ya! Jawatan ini amat sesuai untuk anda. Sila duduk di pejabat. Bincang hukum-hakam. Jika anda minat bahagian pentadbiran kehakiman, sambunglah Diploma Syariah Kehakiman sehingga anda layak mendapat gred (LS41). Ingat! Gaji di antara S41 dan LS41 berbeza.

Kenapa saya amat minat jika anda mengambil (S41)? Pertama, kerana anda belajar hukum Islam. Anda perlu tadbir negara seperti yang terkandung dalam perlembagaan Islam. Saya tidak perlu ulas. Anda perlu tahu.

Tetapi, mengapa kekadang 'kita' susah diterima? Baca artikel saya sebelum ini. Ceritera saya tentang masalah-masalah anda sendiri. Anda tentu tahu bukan?

Adakah saya menyuruh anda kerja dengan kerajaan? Ya! Anda perlu kerja dengan kerajaan. Tetapi dalam masa yang sama, anda perlu fikir-fikirkan anda perlu dalam masa 10 tahun selepas duduk dalam sektor kerajaan, anda sudah ada wang kocek untuk duduk dalam swasta. Buka syarikat. Bina pembangunan Islam dengan cara swasta dan lain-lain.

(iii) PEGAWAI PERANCANG BAHASA (S41)

Jawatan ini sesuai untuk saya sahaja. Penggemar bahasa. Hehehe. Jika anda berminat, sila jadi penulis mulai hari ini.




Warkah Terakhir Untuk Nazim

Nazim (belakang - dua dari kanan)

Assalamualaikum w.r.b.


Nazim yang disayangi,

Barangkali kau sudah selamat tiba di bumi Malaysia, tanah air kita tercinta. Tahniah dan syabas aku ucapkan. Harapnya warkah ini kau dengar dan sematkan dalam hati lantas kau fikir-fikirkan dalam diri.

Nazim,

Terima kasih aku ucapkan kerana berkat namamu, aku telah menangi Hadiah Penghargaan, Sayembara Cerpen Kemerdekaan ke-50 pada tahun ini. Insya-Allah, penyampaian hadiahnya akan diadakan pada akhir bulan Jun ini di Perpustakaan Negara Malaysia. Kau perlu tahu, aku angkat watak Nazim, Hud dan Riko dalam karya ini. Barangkali juga kau mahu tahu, posisi kau dalam karya aku ini sebagai apa bukan?

Aku angkat kau sebagai seorang yang tabah menerima amanah sebagai seorang pemimpin Islam. Aku tahu, kau tentunya terbeban menerima taklifan daripada Hud secara tiba-tiba apabila mas'ul (orang yang dipertanggungjawabkan) tiba-tiba menolak untuk menjadi pengarah program.

Nazim,

Kau tentu tahu bahawa ini sebuah cerpen. Dan, tentunya watak dan perwatakan itu palsu semata-mata. Tetapi, aku bangga kerana berkat nama kau dan Hud aku gembira di atas pencapaian aku menulis karya ini. Penat Nazim. Mahu menulis karya sepanjang 4,000 patah perkataan bukan sesuatu yang mudah. Namun, aku tidak tahu di mana keberkatannya namamu itu.

Warga sastera juga tumpang bangga kerana aku angkat tema Mesir di dalam karya ini. Tentunya, pembaca (khususnya Malaysia) akan terpegun apabila karya ini dapat digambarkan oleh mereka sempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) di Mesir.

Nazim,

Banyak kenangan kita boleh kongsi bersama. Barangkali kalau aku kembalikan nostalgia itu, mahu sahaja kau senyum tertawa. Kita lihat bangun jatuh PMRAM, kita lihat PMRAM berjaya, kita lihat PMRAM dihina, dan macam-macam lagi. Aku bangga dengan kau. Semangat sebagai seorang teman dalam kepimpinan tidak pernah luntur. Malah, kau telah ajar kami menimba ilmu sebagai seorang pemimpin dengan baiknya.

Tentu sahaja aku ralit bercerita tentang hal keadaan dan peristiwa hitam tahun lalu. Namun, biarlah ceritera itu kita simpan sama-sama.

Nazim,

Hari ini kita sudah berbeza latar dan negara. Kau kini di utara, aku kini di selatan. Harapnya kau doakan aku berjaya dengan cemerlang dalam masa-masa yang mendatang.

Salam Sayang Kota Kaherah,

Pejabat PMRAM
10.30 malam, 18 Jun 2008


Tuesday, June 17, 2008

Terima Kasih Sifu PTS

Puan Ainon (kanan) mewakili PTS Publication Sdn. Bhd. di dalam Seminar Penulisan Cereka di ASWARA, November 2007 yang lalu

Sifu PTS, Puan Ainon Mohamad menyiarkan surat saya di laman webnya. Maklumat lanjut dapatkan di laman web Puan Ainon.

PTS Publication Sdn. Bhd. adalah salah satu syarikat buku Melayu Malaysia yang sememangnya laku keras penjualannya. Jika anda seorang prihatin, PTS adalah di antara nama besar syarikat buku Melayu yang menjadi pilihan masyarakat pada hari ini.

Apabila anda banyak menulis, tentunya hubungan besar yang paling utama harus dipelihara adalah dengan penerbit. Justeru, saya mencadangkan agar ada nama-nama besar yang akan menjadi penulis dengan syarikat-syarikat besar ini.



Monday, June 16, 2008

Mahasiswa Johor di Universiti Al-Azhar Tandus

~seorang aku yang memikirkan masa depannya~

Assalamualaikum w.r.b.

KAWAN-KAWAN saya cakap, saya asyik sibuk di peringkat pusat. Ya! Saya tidak menafikan fakta itu. Malah saya mengakuinya dan menyedari hal yang demikian terjadi.

Saya perlu bahagikan masa. Pertama, masa saya menulis. Kedua, masa saya membaca buku. Ketiga, masa saya bersama di dalam kepimpinan PMRAM. Keempat, masa saya untuk menghentam orang. Kadang-kadang fiqh aulawiyat jarang saya gunakan. Ya! Maafkan saya.

Saya bukan secerdik anda. Saya bukanlah insan yang faham tentang diri anda. Malah, lebih daripada itu, anda juga sebenarnya tidak faham kehendak saya di dalam hidup.

Teman-teman saya berkata, "Aku tidak faham apa yang engkau perjuangkan."

Terima kasih memberikan pandangan sebegini. Saya bukanlah insan yang terlalu cukup dan sempurna.

Saya melemparkan pandangan pada sebuah objek bernama kalendar. Saya lihat dan menghitung. Kalendar saya hampir penuh dan padat dengan aktiviti-aktiviti. Pertama, mungkin aktiviti peribadi. Kedua, aktiviti kawan-kawan.

Saya perlu hargai semua orang. Masa saya juga perlu dipecah-pecahkan dengan seadilnya.

Barangkali anda kata, saya pandai cakap kosong. Habuk tidak ada. Ya! Saya lantak apa. Saya ada pandangan saya. Saya pernah berkali-kali tertampar dengan kalam yang menghujum saya. Saya tidak kira. Saya ada pandangan saya. Kritik lah saya banyak mana sekalipun, tetapi saya belajar daripada kesilapan. Cukup.

(2)

Itu bukan topik perbincangan. Saya mahu beritahu anda bahawa sepanjang saya duduk di Mesir ini, saya boleh bilang dengan jari saya berapa ramai daripada kalian (mahasiswa Johor) yang akan pulang dengan kejayaan cemerlang (bukan akademik sahaja).

Maksud saya, berapa ramai sahaja di kalangan anda yang akan bawa segelas kunci pencerahan di dalam minda. Barangkali kita malas. Kita gunakan masa kita untuk buat itu dan ini. Kita tidak hiraukan persatuan, malah menjadikan persatuan sebagai alat kita menghentam. Saya cukup kecewa dengan anda.

Berapa ramai daripada anda sudah "meninggalkan" persatuan negeri di Mesir? Berapa ramai daripada anda yang berasak-asak mahukan exco buat begitu dan begini? Dimanakah sumbangan anda?

Kalau anda jadi Ustaz Ishaq Hanis yang membantu menyediakan layar skrin kaca khusus untuk tayangan perdana mungkin saya tidak ada masalah. Kalau anda jadi Ustaz Syed Abdul Hadi yang mahu membantu anak-anak Johor mengaji kitab ilmiah mungkin saya tidak ada masalah. Kalau anda jadi Ustaz Faizul Hadi yang mahu menulis khat untuk kebajikan negeri Johor mungkin saya tidak ada masalah. Kalau anda jadi Ustaz Faiz Abidin yang ranum duduk di rumah Johor dan membantu akhawat-akhawat kita di sana, mungkin saya tidak ada masalah.

Tetapi masalahnya, anda seorang yang pandai cakap tidak serupa bikin. Malah, mahu dikatakan anda di antara ahli yang komited untuk membantu pun mungkin tidak ada. Kesimpulannya anda pemalas. Anda tidak ada usaha ke arah-arah itu.

Anda mungkin menyalahkan exco kerana tidak memanggil anda di dalam mesyuarat AJK Kecil Unit. Tetapi, berapa ramai di antara anda akan mengisi ruang kosong Dewan Ibnu Sina di dalam majlis-majis rasmi BKPJM?

Saya sudah ralit membuang pandang ke kanan dan kiri saya. Saya sudah lihat ada suara-suara yang tidak senang dengan kepimpinan hari ini. Malah, hujuman dan kritikan anda membuatkan anda sebenarnya seorang mahasiswa Johor yang berangan-angan sahaja duduk di Mesir, tanpa sumbangan yang besar.

Jikalau itu sikap anda; saya berani mendoakan anda tidak kekal lama di Mesir. Kedua, saya berani mengatakan anda akan menggalas beban terlampau berat. Berat melihat teman-teman meninggalkan bumi Mesir dengan kejayaan yang cemerlang.

Anda akan gigit jari melihat teman-teman anda berjaya duduk di dalam sektor pekerjaan. Anda akan menangis kerana ditertawakan oleh diri anda sendiri. Nah! Sumpahlah diri anda mulai hari ini. Saya akan menjadi seorang pembantu.

(3)

Betapa benar fakta saya mengatakan bahawa mahasiswa Al-Azhar Johor sudah tandus. Apa yang saya perhatikan; sektor pekerjaan awam bakal kehilangan darah Mesir.

Lihat sahaja dengan jawatan kosong di dalam pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Johor. Saya menganggap bahawa MAIJ dan JAIJ sudah hilang taringnya di kalangan warga Mesir. Malah, berapa ramai di antara anda yang akan mengisi kekosongan itu selepas in?

Sultan Johor pernah bertitah bahawa, pegawai tadbir agama di sana mestilah di kalangan warga azhari. Justeru, siapa yang akan isi kekosongan itu?

Mahu harapkan anda, jauh panggang daripada api. Malah, anda sebenarnya sudah mandom dan tidak berguna. Mahu sahaja jadi pengkritik tetapi tidak ada langsung 'tokoh' sebagai orang-orang yang akan membantu.

Tahukah anda, daripada sudut bacaan kepimpinan saya, MAIJ dan JAIJ akan diperintah oleh mahasiswa IPTA dan Mahasiswa Jordan pula selepas ini. Maka, jangan salahkan saya, Johor juga akan jadi negeri WAHABI. Ya! Wahabi. Hari ini kita ada Sahibus Samahah Dato' Nooh Gadot sebagai mufti kerajaan.

Dan, anda juga perlu tahu bahawa kebanyakan Ketua Penolong Pengarah JAJ hari ini juga di kalangan warga Mesir. Tetapi apabila saya melihat gred jawatan S41 hari ini sudah mula diisi oleh mahasiswa IPTA dan Mahasiswa Jordan, saya sudah risau. Malah, anda tidak belajar daripada kesilapan. Saya sudah berfikir, lima tahun mendatang cukuplah anda beri masa kepada Jabatan Mufti Negeri Johor; akan diisi oleh warga luar selain Mesir.

Anda tahu apa punca anda bersikap demikian? Tentu anda lebih arif daripada saya. Dan, di antara fakta tepat yang saya kaji daripada seorang pegawai pendidikan di jabatan tersebut menyatakan bahawa;

"Syafiq, enta fikir ya. Macam mana lah saya nak terima budak Mesir duduk di jabatan ini kalau temuduga pun main-main. Buat tak serious. Jawapan lintang pukang. Kalau kita minta baca teks bahasa Arab, mula dia merapu. Apabila kita suruh dia i'rabkan dia merepek-meraban."

"Kemudian, apabila kita soal hukum-hukum Islam; daripada sepuluh soalan satu sahaja yang betul. Itu belajar kat Mesir main-main atau berangan-angan mahu jadi sasterawan?"

Tambahan:
"Siapa yang makan mee bandung, dia tahu di mana udangnya."


Daripada BLOG Teman

http://mohdzaki.blogspot.com

Saya merancang untuk mengadakan 'Konferens Karya' pada 15 Julai ini. Maksud saya, menumpukan karya sajak dan cerpen. Terbuka untuk semua yang berada di Mesir dan berminat untuk turut serta. Berikut ada intipati, plan dan rancangan:

Objektif:
1- Merancakkan penghasilan karya di kalangan siswa dan siswi al-Azhar.

2- Bertemu (secara maya), berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai penulisan sajak dan cerpen.

3- Meneliti sudut berkualiti dan sudut bermasalah dalam karya yang dihasilkan.

Plan Perlaksanaan:
1- Mestilah menghantar sekurang-kurangnya satu karya, sama ada cerpen, atau sajak. Hanya yang menghantar saja boleh turut serta dalam konferens ini.

2- Karya tersebut (sajak atau cerpen) mestilah dihantar selewat-lewatnya 7 Julai 2008 ke e-mel mohd.zaki.m.noor@gmail.com dan karya tersebut belum pernah dihantar kepada mana-mana penerbitan dan belum pernah dibengkelkan (karya baru).

3- Mempunyai id ym dan dinyatakan sekali dalam e-mel bersama karya.

4- Program berlangsung secara maya, ta-'arruf ringkas, dan perbincangan mengenai karya yang dihantar dilakukan.

5- Lain-lain yang berkaitan.

Seperti yang saya nyatakan, hanya yang menghantar boleh ikut serta dalam konferens. Yang tidak, maafkan saya.

************************
Insya-Allah, saya akan cuba diskusi dan sama-sama bincang di dalam program itu nanti.


Kenapa Saya Suka Hina Ahli PMRAM?

(i)
HARI INI enam belas Jun dua ribu lapan. Tempoh rehat saya sudah tamat rupanya. Maka, saya harus bekerja keras di luar. Tugas pertama saya tentunya menghadiri mesyuarat yang dikendalikan bermula peringkat dalam, luar, atas dan bawah. Tentunya masa rehat saya sudah terbatas. Tentunya masa saya menulis juga sudah terbatas tanpa jadual yang baik.

Tentunya projek-projek yang saya mahu usahakan juga akan terbatas jika tiada bantuan dan sokongan daripada anda selaku ahli yang mengenal PMRAM.

Ya! Saya tidak hairan sangat jika anda mengatakan bahawa; anda tidak mahu membantu PMRAM pada hari ini. Tetapi saya hairan juga jika anda seorang mahasiswa Islam yang belajar tentang agama Islam tidak mahu persatuan yang memperjuangkan Islam di dalam dasarnya.

Hari ini orang menuduh PMRAM begitu dan begini. PMRAM tidak mementingkan pelajaran. PMRAM asyik sibuk ber'jidal' dengan pihak-pihak yang tidak sepatutnya dan pelbagai lagi tohmahan tidak berasas.

Saya selaku Setiausaha Agung PMRAM untuk sesi ini sudah masak dengan kalam-kalam berbau hasutan sebegitu. Sebab itu saya sudah masak berada di dalam PMRAM. Jika anda tidak mahu membantu, ada lagi insan yang mahu membantu.

(ii)
Mulai dari waktu dan saat ini juga masa untuk saya tidur akan berkurang. Waktu untuk saya membuka emel juga berkurang. Waktu untuk bersantai-santai juga berkurang. Tetapi saya tahu ini amanah. Amanah yang perlu dibawa kepada semua ahli.

Saya perlu jelaskan apa yang kalian tidak jelas lagi tentang PMRAM. PMRAM dipikul oleh 15 orang badan pengurus. Ya! 15 orang sahaja. Dan, ahli PMRAM hampir menjangkau 2,000 orang. Justeru, anda tidak dapat dilayan sebagaimana 10% daripada puak-puak anda itu dilayan oleh kami. Sebab itu saya perlu tegaskan; jika anda fahami kami, lebih-lebih lagi untuk kami fahami anda.

(iii)
Saya banyak kali suarakan bahawa, usah menuding orang yang berkepimpinan ini macam-macam. Ada yang mengatakan bahawa orang berkepimpinan ini 'malas' mengaji dan sebagainya. Ya! Saya tidak hairan dengan kata-kata anda itu. Malah saya membenarkan fakta dangkal anda.

Walaupun anda seorang yang dangkal di dalam berfikir; tetapi ketahuilah kita bukan mahu hidup di Mesir. Medan utama dakwah di Malaysia. Justeru, jika anda tidak belajar cara menggendalikan sesuatu program; bagaimana anda mahu menggendalikan nanti di Malaysia.

Tentu anda sudah lihat bagaimana teman-teman kita di Malaysia (yang asal daripada Universiti Al-Azhar) sendiri tidak mampu menjadi pentadbir yang baik selepas pulang lantas apabila ke sesi temuduga lihat sahaja betapa 'hodoh' dan 'hina' nya protokol anda.

Ini fakta. Malah, daripada Bahagian Sumber Manusia beberapa syarikat swasta saya mendapat reaksi begini;

"Mahasiswa Mesir ini tidak belajar cara menguruskan diri di dalam temuduga ke?"

"Mengapa mereka ini langsung seperti orang yang tidak bersiap sedia untuk datang interview?"

Apalagi fakta yang benar seharusnya saya kongsikan jika bukan ini sebenarnya realiti yang berlaku. Malah; saya tidak menyangkal bahawa mereka yang berfikir jumud ini hanya layak diterima oleh jil-Qaf (generasi mandom dan lesu) sahaja ketika pulang di Malaysia.

Aduh! Ini warga Mesir. Usah jadi lesu.

(iii)

Maaf ya. Ini pandangan saya. Jika anda duduk di dalam tikar sejadah lagi; lantas tidak bangkit menyeru perkara yang baik-baik, anda tidak layak jadi seorang insan yang bergelar manusia. Malah adalah lebih baik anda buat sesuatu perkara yang boleh menyedarkan diri anda.

Mengapa saya suka menghujum perkara-perkara ini?

Ya! Kerana saya lihat anda sifatnya begitu. Duduk di Mesir hanya berangan-angan. Begitu dan begini. Kekadang ilmu pun tidak sebaik mana (termasuklah orang yang sedang menaip fakta ini)

Tetapi sekurang-kurangnya jika neraca saya berat sebelah; tetapi saya sudah berpegang pada sesuatu perkara. Namun, jika anda masih bermain-main dengan kelesuan ini, jangan salahkan PMRAM kerana tidak mengajar anda menjadi manusia yang baik.

(iv)

Saya bercakap bukan kerana emosi tetapi fakta. Ini fakta saya. Ada di kalangan anda langsung tidak mengerti apa itu tujuan anda datang ke Mesir. Oleh yang demikian; berangkatlah.

Saya tidak suka membebel. Tetapi jika anda tidak suka mendengarnya, sila keluar daripada blog ini.

Wassalam.

Tambahan :
Maaf sahaja jika anda makan cili. Siapa yang suruh makan?



Sunday, June 15, 2008

TYPEACE DI RTM


Pagi tadi, 15 Jun 2008 (Ahad). Typeace bersuara dan memberikan pandangan di dalam RTM1. Dengan tajuk "Kasih Bapa". Pada kesempatan ini, Typeace nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada ayah Typeace, Zulakifli bin Ahmad.

Selamat Hari Bapa.

Saturday, June 14, 2008

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007

Seorang Amni Insyirah yang hampir berusia 1 tahun pada 26 Julai nanti.


ALHAMDULILLAH. Keputusan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007 telah pun secara rasminya keluar. Tahniah kepada pemenang. Saya tidak menyertainya pada tahun lalu. Langsung tiada satu pun karya saya yang terbit di Mingguan Malaysia atau mana-mana majalah dan akhbar Utusan Karya Sdn. Bhd. pada tahun lalu.

Tahniah kepada mereka yang menang.

Sedikit ulasan daripada saya. Pertama, tahniah kerana pemenang kategori novel remaja telah ditingkatkan sebanyak RM7,000. Kedua, hadiah utama cerpen telah meningkat kepada RM 3,000. Tetapi yang malang, hanya terdapat 6 hadiah penghargaan sahaja pada tahun ini. Pada sesi yang lepas 7 orang yang akan menerima hadiah penghargaan. Siapalah mereka yang kurang bernasib baik itu; hanya 9 orang sahaja yang selesa mendapat penghargaan.

Terima kasih kepada penaja yang menaja pertandingan ini. Insya-Allah, 23 Jun ini keluarga saya akan ke Perpustakaan Negara Malaysia untuk mengambil hadiah bagi pihak saya. :)

****************************

Baca lagi dalam Mingguan Malaysia, hari ini.

Keputusan pemenang HSKU 2007

Oleh : Rozlan Mohamed Noor

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – ExxonMobil 2007 (HSKU 2007) kini telah memasuki usia 23 tahun. Sejak diwujudkan 23 tahun lalu, HSKU telah melahirkan banyak penulis baru yang berbakat hingga akhirnya menjadi sasterawan yang mewarnai lanskap kesusasteraan tanah air.

HSKU menjadi platform paling berkesan untuk penulis baru mencipta nama dan penulis tersohor melontarkan cabaran kepada yang baru. Kini acara HSKU tercatat dalam kalendar kesusasteraan kerana diadakan saban tahun, tidak terlangkau walaupun sekali.

Acara penyampaian hadiah HSKU 2007 tahun ini akan diadakan pada Jumaat ini di Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur pukul 8 malam. Tetamu kenamaan HSKU 2007 ialah Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop yang akan melancarkan antologi karya-karya pemenang kali ini.

Secara sepintas lalu, HSKU 2007 dikuasai oleh penulis generasi baru yang pernah memenangi HSKU sebelum ini. Penulis-penulis ini kelihatan konsisten dan produktif serta memperlihatkan pendekatan dan pemikiran yang baru dalam karya-karya mereka.

Perhatian:
Tulisan berwarna biru adalah insan yang pernah saya kenali dan jumpa dalam majlis sastera tahun lalu.

Berikut ialah senarai penuh pemenang HSKU 2007.

KATEGORI NOVEL REMAJA

Hadiah pertama (RM7,000)
Khazanah Warisnya Kalbu
Sri Rahayu Mohd Yusop

Hadiah kedua (RM4,500)
Sayap-sayap Cendekia
Nisah Haron

Hadiah ketiga (RM3,000)
Baromkeh: Matamu di Mataku
Ummi Hani Abu Hassan

KATEGORI CERPEN REMAJA

3 Hadiah Utama (RM2,500)

Banglo Kolonial di Lot 152
Khairunnasriah Abdul Salam
Mingguan Malaysia 2 Disember 2007

Cerita Sagita dan Sagupa
Saifullizan Yahaya
Mingguan Malaysia 28 Oktober 2007

Rumah Nurul Iman
Ghafirah Idris
Utusan Melayu Mingguan 28 Mei 2007

6 Hadiah Penghargaan – (RM800 setiap satu)

Dunia di Pergelangan Tanganku
Dr. Ilias @ Illias Zaidi
Mingguan Malaysia 28 Ogos 2007

Kalendar Baru Abang
Siti Aminah Mat (Tie Camar)
Mingguan Malaysia 15 April 2007

Mamaku Menteri
Salina Ibrahim
Utusan Melayu Mingguan 22 Januari 2007

Selamat Kembali Nurul Merdeka
Khairunnasriah Abdul Salam
Mingguan Malaysia 19 Ogos 2007

Tiga Catatan di Tiga Perhentian
Lim Swee Tin
Mingguan Malaysia 2 September 2007

Wira Mandala Hijau
Khairul Hafiz Abdul Rahman
(Serunai Faqir)
Mingguan Malaysia 2 Julai 2007


KATEGORI CERPEN

3 Hadiah Utama (RM3,000)

Dari Suatu Tikungan Lorong
Zainal Palit (Zaen Kasturi)
Mingguan Malaysia 4 Februari 2007

Moluska
Syed Mohd Zakir Syed Othman (S.M. Zakir)
Mingguan Malaysia 29 Julai 2007

Warna
Faizati Mohd Ali
Mingguan Malaysia 4 November 2007

6 Hadiah Penghargaan – (RM800 setiap satu)

Cerita Sebuah Lembah
Muhammad Lutfi Ishak
Mingguan Malaysia 16 Disember 2007

Ini Chow Kit Road, Sudilah Mampir
Mohamed Ghozali Hj. Abdul Rashid (Malim Ghozali PK)
Mingguan Malaysia 23 Disember 2007

Jihad Sang Hamba
Khairul Hafiz Abdul Rahman
(Serunai Faqir)
Utusan Melayu Mingguan 26 Mac 2007

Laut Tetap Bergelora
Zaharah Nawawi
Mingguan Malaysia 11 November 2007

Nilai Cinta Kita
Azizi Haji Abdullah
Mingguan Malaysia 9 September 2007

Putik Qunaitara
Ummi Hani Abu Hassan
Mingguan Malaysia 10 Jun 2007

KATEGORI PUISI

3 Hadiah Utama (RM 1,000 setiap satu)

Denyut Murba
Zainal Palit (Zaen Kasturi)
Mingguan Malaysia 28 Oktober 2007

Menggeledah Nurani
Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy (Fahd Razy)
Mingguan Malaysia 14 Oktober 2007

Suriku, di Sejadah Ini Kita Sujud
Muhamad Ikram Abdullah
Mingguan Malaysia 27 Mei 2007

6 Hadiah Penghargaan (RM500 setiap satu)

Bumi Tersohor Kerana Kau Tanah Selatan
Wahyu Budiwa Rendra A.Wahid (WB Rendra)
Mingguan Malaysia 20 Mei 2007

Doa Maal Hijrah di Kaki Maghrib
Shamsudin Othman
Mingguan Malaysia 25 Februari 2007

Ingatan Kepada Kawan xx
Zainal Palit (Zaen Kasturi)
Mingguan Malaysia 11 November 2007

Lidah Anakku Berbelang-Belang
Zainal Abidin Suhaili (Abizai)
Mingguan Malaysia 19 Ogos 2007

Luka Pujangga Bangsa
Roslizan Yaacob (Marjan S)
Mingguan Malaysia 18 November 2007

Sajak Anum Kepada Jebat
Siti Raihani Mohamed Saaid
Mingguan Malaysia 13 Mei 2007

KATEGORI KAJIAN & RENCANA SASTERA

Kajian Sastera (RM2,000)

Tiada Pemenang

Rencana Sastera (RM1,000)

Ke Mana Hala Tuju Sastera Melayu?

Dr. Mohd Zariat Abdul Rani
Pemikir
Oktober – Disember 2007

NOVEL REMAJA BAHASA INGGERIS

Hadiah pertama (RM7,000)
Peace Child
Seliong ak Wau

Hadiah kedua (RM4,500)
Magic Eyes
Teoh Choon Ean

Hadiah ketiga (RM3,000)
Dahlia
Sherifah Binti Baharudin

Selamat Hari Bapa

Apakah alasan anda mengatakan ini adalah wajah ayah saya?

Abah yang disayangi,

"Tutur susila saya masih dijaga dan dipelihara. Abah kata, jika berada di dalam Akademi Seni pun, solat tidak harus tinggal. Solat itu tiang agama. Jika kita meninggalkan solat, tentunya kita berani meruntuhkan agama. Benar. Saya akui kata-kata Abah. Dan, semenjak saya berada di dalam akademi pun, tidak pernah walau sekali saya tinggalkan solat. Abah sememangnya punya darah seni yang kuat daripada saya. Sedang saya, seorang anak yang baharu mengenal dunia seni dan penyair."

- Petikan Cerpen Terbaharu saya, judulnya dirahsiakan...-

Esok, 15 Jun adalah Sambutan Hari Bapa. Namun, disebabkan esok ada entri baharu saya akan coretkan berkenaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007 (HSKU 2007), maka saya akan turunkan karya saya di sini.

Pantun ini saya karang pada Mei 2006. Dan, akhirnya kali pertama dibaca awam pada dua tahun berikutnya.

Pantun Untuk Abah

Tidur lelaki di tepi perigi,
Di dalam rumah susah nak lena;
Mencari rezeki di pagi hari,
Buat bekalan kami sekeluarga.

Sarang lebah besar sekali,
Takut termakan burung tempua;
Marah abah setiap hari,
Buat pedoman kami semua.

Masak gelama bersama kari,
Terlebih gula rasanya manis;
Sejarah lama teringat kembali,
Kerana kami abah menangis.

Burung enggang di dalam hutan,
Cari makan sampai tak dapat;
Tali pinggang menjadi rotan,
Buat ingatan sepanjang hayat.

Jatuh kolam tangan terkulai,
Bawa hospital sampai ke pekan;
Tiada kalam lebih bernilai,
Hanya sayang kami tuturkan.

Buat tempe dengan ragi,
Hanya guna air segelas;
Penat abah kami rasai,
Hanya Allah akan membalas.

Syafiq Zulakifli,
Kaherah.
Mei 2006

Friday, June 13, 2008

Filem Kita Tandus Agama?


PETANG ini (malam waktu Malaysia) saya menyaksikan siaran langsung rancangan Fenomena Seni di RTM1. Tentunya rancangan setiap malam Sabtu ini memberikan peluang kepada golongan dan karyawan seni duduk di hadapan kaca televisyen menonton bual bicara dan aksi-aksi panel forum di dalam membicarakan isu-isu seni pada hari ini.

Rancangan yang dihoskan oleh Rosyam Nor ini bagi saya adalah rancangan terbaik RTM yang seharusnya diberi perhatian. Malah, pembangunan RTM untuk menyediakan rancangan-rancangan terbaik sudah ada. Namun, di mana keberkesanannya?

Hal ini yang cuba digarap melalui kupasan tiga orang ahli panel Fenomena Seni pada hari ini. Bermula daripada panel pertama Bade Hj. Azmi, diikuti Prof. Dr. A. Razak Mohaideen dan Saudara Faisal Tehrani, tentunya kehangatan itu saya sendiri rasai.

Pertama, lihat sahaja bagaimana Faisal mempersenda A. Razak apabila profesor itu menyatakan bahawa cukup sekadar 'memberi salam' dianggap adegan islamik.

Tentunya konteks Islami ini haruslah bersifat universal. Mengapa pula A. Razak yang tidak berlatar pendidikan agama hanya berfikiran sebegitu dangkal? Ini seorang profesor bercakap depan khalayak. Aduh!

Secara rambang, saya melihat Bade ada hujah tersendiri di dalam memperkemas kalam beliau untuk menyatakan hak filem yang berunsurkan agama. Apabila beliau cuba memperkatakan isu 'jihad' yang sememangnya dianggap suatu kewajipan; seharusnya pandangan ini serba sedikit mampu diterima oleh akal saya ini.

Walaupun begitu, saya (sebagai penyokong Faisal) memandang, usaha Faisal di dalam menterjemahkan idea dan gagasan beliau melalui ilmu falsafah dan membentuk pemikiran ahli panel tersebut berjaya. Rata-rata panel seolah-olah ketandusan idea sehinggakan Faisal berdiri kukuh dengan hujah bahawa filem hari ini sememangnya ketandusan unsur agama.

Lihat sahaja filem 'Akhirat', 'Mualaf', 'Syaitan' dan macam-macam lagi yang saya kira metod judul sahaja sudah mempersenda agama, apatah lagi fenomena dan plot rancangan klise yang masih dibawa sehingga ke hari ini.

Ya! Saya tidak menonton filem 'Akhirat' sehingga tamat kerana saya sudah cukup muak dengan adegan-adegan anak-anak dan remaja liar disuap dengan kehidupan sosial pada hari ini.

Sudah terang di depan mata kita bahawa, peluang dan ruang untuk bangsa pengkaryaan filem agama sebenarnya ada. Namun, galakan, sokongan malah bantuan kekadang tandus. Di mana peruntukan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Sukan? Aduh! Tentunya melatih anak-anak ASWARA bermain 'lucah' di dalam akademi tersebut.

Ini fenomena dan masalah kita. Orang filem sudah tandus agamanya.

Sayu...

Hantarkan saya ke Military Museum sahaja...

Sayu + Titik Elipsis bukanlah suatu perkara yang mudah ditulis. Malah keberatan itu sememangnya sesuatu yang dianggap tinggi nilainya.

Apakah masa-masa depan ini sentiasa suka atau kita bakal mengecapi duka yang berpanjangan? Saya terpaksa menghukum diri sendiri. Teman-teman pula 'mencabar' saya untuk pulang. Dan, tentunya seperti pengalaman-pengalaman lampau, tugas saya di Malaysia lebih baik untuk dibandingkan tugas yang sepicis di perhentian Nil ini.

Barangkali ada yang sudah mundar mandir mengisi jiwa di Khan Khalili untuk membuat bekalan pulang. Ada pula yang sibuk-sibuk berlari menanti masa yang indah. Sedang saya, sudah rajuk dalam diri, malah selepas ini 'maut' besar akan datang kembali.

Sebegini adil saya pada diri, tapi saya tidak sanggup gagahi. Malah, punca utama pun saya sudah tidak dapat selidiki. Entahlah.

Semalam, apabila mendengar suara-suara teman daripada Malaysia, tatkala menjalankan conference melalui Yahoo Mesengger, aduh! Redup hati saya mengenangkan mereka. Apatah lagi baru-baru ini saya memasang sendiri lagu tema pulang (Hari Raya) yang menambah sayu dihati buat teman-teman di sana dan juga saya. Barangkali Siti Aisyah bt Lokman mengetahui.

Kesiankan saya. Siapalah yang faham apa yang saya rasa. Malah, kawan-kawan berseloroh, "saya juga bakal pulang."

Ya! Saya ada kemungkinan-kemungkinan sendiri untuk menjadi insan yang bakal pulang. Pertama, sama ada saya akan pulang dengan baik, atau saya akan pulang sebaliknya.

23 Jun ini pastinya meriah tatkala Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Cerpen. Harapnya nanti, ibu bapa saya berpeluang menggantikan tempat saya menerima hadiah tersebut. Benar, ikutkan hati saya, mahu sahaja saya mengambil hadiah sendiri di atas pentas. Tetapi saya di Mesir. Ada tugas dan tanggungjawab yang masih tergendala.

Entah.

Bagaimana harus pulang? Dengan taklifan yang terpundak, dengan bebanan yang masih belum selesai apakah dengan mudah saya boleh pulang? Tidak sama sekali. Mungkin juga, saya sedang memikir-mikirkannya.

Jika ada penghalangnya nanti, saya ada langkah saya sendiri. Saya sudah dewasa. Malah, ego saya memang tinggi. Saya langsung tidak pernah mendengar nasihat orang lain. Dan, bagi saya nasihat orang itu kekadang benar. Kekadang juga sebaliknya. Tetapi, saya ada keputusan saya sendiri. Biarlah berendam airmata sekalipun mereka mahukan, ucapan berkirim salam sahaja yang mampu saya tunaikan.

Buat yang bakal pulang di dalam masa terdekat. Usah pulang mencari kerja. Tetapi gunakanlah masa cuti anda dengan membuat kerja. Siapa lagi mahu diharapkan kalau bukan anda yang sudah ranum dibekal dengan sekelumit ilmu agama. Jangan nanti, anda di antara insan-insan yang bakal mengisi tilam-tilam panggung wayang senja, ataupun anda adalah insan-insan yang hanya mabuk 'agama'.

Bagaimana harus saya laksanakan ini semua? Mungkin ada jalan-jalannya...

:(

Tambahan :
Akhir bulan Jun adalah bulan yang mencabar nyawa saya!


Thursday, June 12, 2008

Emel Terakhir Daripada Editor

Gambar ihsan Blog Kak Nisah Haji Haron

Assalamualaikum w.r.b.

Yang pergi tetap pergi. Yang masih bernafas wajib beriman selagi masih ada masa. Semalam, saya mendapat mesej tergempar daripada Abang Nazmi Yaakob selaku Editor Sastera Berita Harian bahawa kita kehilangan seorang editor di Majalah Dewan Sastera.

Tentunya saya merasai kehilangannya walaupun saya tidak pernah bertemu dengan beliau.

Emel terakhir dirakamkan pada 28 Februari 2008 yang lalu.

From:"Rohaya Mohd Yusof" View Contact Details  View Contact Details Add Mobile Alert
To:"'Syafiq Zulakifli'"
Subject: RE: Karya PUISI - Sisipan Tunas Cipta
Date: Thu, 28 Feb 2008 09:22:32 +0800

Salam Sdr. Syafiq, kiriman puisi sdr. tidak boleh dibuka. Mungkin sdr. menggunakan format perisian yang lain selain Microsoft word. Cuba hantar semula. Terima kasih

Rohaya Mohd. Yusof

Penolong Editor Dewan Sastera

Tel: 03-2148 2282

Faks: 03-2148 4208

Web PMRAM

Laman web sementara PMRAM
Anda boleh layari http://e-pmram.page.tl

Maaf! Laman web rasmi akan dilancarkan selepas ini. Wajah baharu. Idea baru. Cerita baru.

___________________________________________________________

Wednesday, June 11, 2008

Sanusi Junid Dipecat Daripada Pengerusi UIAM

SETIDAK-TIDAKNYA saya adalah makhluk Allah Taala yang tidak mampu bercakap kasar di dalam hal-hal ini. Malah, maki hamun adalah perkara yang boleh sahaja di simpan di dalam hati dan sanubari.

Tetapi masalahnya, kebobrokan Am-No menyebabkan kita terpaksa akur. Bukankah kewujudan UIAM di Malaysia di atas dasar pemikiran OIC. Justeru, mengapa wajar Pak Cik Lah kita meletakkan jawatannya.

Sudah terang lagi bersuluh. Pentadbiran universiti adalah di bawah telunjuk Am-No. Aduh. Kesian saya memerhati kuda-kuda Pak Cik Lah kita bekerja keras bersuara lantang untuk mempertahankan Am-No. Akhirnya mati terkulai sudah nampaknya.

Alamak! Saya lihat kanan dan kiri. Takut-takut nanti tulisan saya ini bakal dicop sebagai Akta Hasutan. Siapalah yang mahu membaca karya yang berada di dalam blog picisan ini. Sedang saya seorang penulis yang mahu terkeseng-keseng mendapat pembaca di dalam kantung ini pun terpaksa akur, suara saya masih belum lagi kedengaran di Malaysia sana.

Nah! Nantikan sahaja kemelut yang melanda kita. Ayuh! Angkat senjata kita. Mari berpencak di dalam medannya.

Baca Lagi dalam Utusan Malaysia
___________________________________

Gambar Ihsan Tranungkite.net

Sanusi anggap pemecatannya 'terhormat'

KUALA LUMPUR 10 Jun - Bekas Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Sanusi Junid menganggap pemecatannya daripada jawatan tersebut yang berkuat kuasa 2 Jun lalu sebagai 'pemecatan terhormat.'

Beliau mendakwa, pemecatannya tidak dibuat atas kehendak Ketua Perlembagaan UIAM iaitu Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang sehingga kini beliau masih mempunyai hubungan amat baik dengan baginda.

Sebaliknya beliau mendakwa, pemecatan tersebut disebabkan oleh nasihat atau desakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dilakukan melalui saluran pihak-pihak yang berkepentingan.

''Ini sejajar dengan Bahagian IV Perkara 20 (ii) Perlembagaan UIAM yang memperuntukkan Presiden boleh dilepaskan dari jawatannya oleh Ketua Perlembagaan atas nasihat Host Member iaitu Perdana Menteri,'' katanya pada sidang akhbar di kediamannya di sini hari ini.

Sepanjang sidang akhbar tersebut yang berlangsung selama kira-kira 30 minit itu, Sanusi dilihat tenang dan bersahaja dalam menjawab persoalan yang dibangkitkan.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan tempoh perkhidmatan Sanusi sebagai Presiden UIAM yang sepatutnya berakhir pada tahun 2010 telah ditamatkan dan diganti oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Pelantikan Mohd. Sidek itu berkuat kuasa 2 Jun dengan watikah pelantikannya ditandatangani oleh Sultan Ahmad Shah.

Sanusi sebelum ini ketika mengulas desakan yang memintanya supaya melepaskan jawatan yang disandang sejak tahun 2000 itu menegaskan beliau tidak ada sebab untuk melakukannya kerana hanya Ketua Perlembagaan UIAM sahaja yang boleh berbuat demikian.

Sementara itu menurut Sanusi, beliau hanya mengetahui tentang surat tersebut semalam selepas sekembali dari Indonesia.

Katanya, namun sama ada melalui surat atau secara lisan, beliau sehingga kini tidak pernah dimaklumkan tentang sebarang kesalahan hingga membawa kepada pemecatannya.

Menurut Sanusi, sebaliknya daripada apa yang didengar dan dibaca melalui media, pemecatan itu dikaitkan sebagai berpunca dari tindakannya keluar daripada UMNO.

''Tindakan saya keluar daripada UMNO tidak perlu dipolitikkan di dalam kampus UIAM kerana saya bertindak demikian pun bukan kerana tidak cintakan UMNO tetapi untuk menegakkan hak-hak istimewa orang Melayu yang tercemar.

''Lagi pun tidak ada syarat kata hanya orang UMNO sahaja boleh kerana kalau begitulah syaratnya bagaimana pula dengan duta-duta Mesir, Arab Saudi, Bangladesh dan negara Islam yang kini berada dalam Majlis UIAM.

''Mereka ini tidak hanya bukan anggota UMNO tetapi orang Melayu pun bukan,'' jelasnya.

Apabila ditanya sama ada beliau sedih dengan pemecatannya, Sanusi menegaskan bahawa beliau tidak sesekali mempunyai perasaan sedemikian.

Katanya, cuma apabila tidak lagi menjadi Presiden UIAM, peluang dan ruang untuk beliau beribadat melalui jawatan itu tidak ada lagi selepas ini.

''Sebab itu saya kata sebelum ini yang saya tak akan berhenti secara sukarela kerana kalau tengah beribadat buat apa kita nak berhenti.

''Dari segi imbuhan pula ia hanya RM5,000 sebulan. Ia bersamaan gaji permulaan bagi Penolong Profesor,'' ujarnya.

Sanusi juga mengambil kesempatan pada sidang akhbar tersebut merakamkan ucapan menjunjung kasih kepada Sultan Ahmad Shah atas bimbingan dan nasihat baginda sepanjang khidmatnya di UIAM.

Beliau juga melahirkan harapan agar UIAM terus menempa kecemerlangan terutama dalam memainkan peranan sebagai jambatan menyampaikan kebaikan Islam kepada dunia.

''Memandangkan pemecatan saya dilakukan secara tergesa-gesa maka hanya melalui sidang akhbar ini sahaja saya dapat menyampaikan kepada semua pihak di UIAM termasuk mempertahankan maruah saya,'' ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Perhubungan Awam UIAM, Abdul Rahim Ahmad dalam kenyataannya memaklumkan pelantikan Mohd. Sidek yang dibuat atas perkenan Sultan Ahmad Shah berkuat kuasa 2 Jun lalu.

Katanya, seluruh komuniti UIAM mengalu-alukan pelantikan Mohd. Sidek sebagai Presiden UIAM yang kelima.

''Kami juga melahirkan penghargaan tertinggi di atas sumbangan Sanusi sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di UIAM,'' katanya.

Tuesday, June 10, 2008

Penerbit Pilihan


Sektor buku Melayu sekarang sudah besar. Anda seorang kaki penipu jika anda mengatakan bahawa orang Melayu malas membaca. Orang Melayu hari ini sudah rajin. Rajin membaca, rajin menipu dan pelbagai macam lagi kerajinan yang ada.

Hanya satu sahaja masalah orang Melayu. Pemalas! Oleh yang demikian, jikalau ada teman-teman kita yang lebih suka duduk menonton drama air mata pagi-petang-malam, lebih elok, duduk menghasilkan buku. Lebih baik dan lebih untung.

Tetapi, orang Melayu sudah mula bising. Penerbit susah mahu dicari. Kalau-kalau adapun terlalu cerewet. Mahu ini dan itu. Kenapa anda tidak mahu menjadi penulis yang mahu menjaga sikap bersama-sama. Jika anda membaca "Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas" karya Zamri Mohamad terbitan PTS Millenia, tentunya anda akan tahu ragam-ragam itu.

Masalahnya, penerbit mana jadi pilihan anda? Tentunya anda mahukan penerbit 'syariah-compliant' bukan? Paling penting, designer covernya. Oleh itu bertindak segera! Jangan malas-malas.

Tambahan :
Ustaz-ustaz kita suka buang masa.

http://www.pts.com.my

Sunday, June 08, 2008

CATATAN SEBELUM TERLUPA

Gambar Sekadar Hiasan

Saya hampir terlupa sebenarnya pertandingan-pertandingan yang pernah saya lalui dan menangi semenjak sekolah rendah hinggalah kini. Justeru, sebelum terlupa, izinkan saya mencatatnya. Saya kira teman-teman yang lain juga tentu ada catatan tersendiri. Harap-harap entri ini menutup pintu riak dan takabur kalau-kalau ada. Sekadar catatan sebelum terlupa.

SEKOLAH RENDAH / SEKOLAH AGAMA PETANG

Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Zon (1997)
Tempat : Sekolah Kebangsaan Kompleks UDA, Johor Bahru
Keputusan : KETIGA

Pertandingan Azan Peringkat Zon (1997)
Tempat : Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir, Johor Bahru
Keputusan : Tiada kedudukan

Pertandingan Tarhim, Azan, dan Iqamah Peringkat Zon (1997)
Tempat : Sekolah Agama Taman Cempaka, Johor Bahru
Keputusan : JOHAN

Pertandingan Tarhim, Azan dan Iqamah Peringkat Daerah (1997)
Tempat : Sekolah Agama Kempas, Johor Bahru
Keputusan : NAIB JOHAN

SEKOLAH MENENGAH

Pertandingan Syarahan Agama Peringkat Daerah (2001)
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kluang Barat, Kluang
Keputusan : NAIB JOHAN

Pertandingan Syarahan Agama Bahasa Melayu Peringkat Zon (2001)
Tempat : Madrasah Arabiah Kluang (MAK)
Keputusan : JOHAN

Pertandingan Syarahan Agama Bahasa Melayu Peringkat Negeri (2001)
Tempat : Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang
Keputusan : NAIB JOHAN (Ini masa jumpa Mahadir Salleh, itu yang kalah!)

Sayembara Deklamasi Puisi (2001)
Tempat : Jabatan Penerangan Kluang
Keputusan : SAGUHATI (Bertanding dengan Cikgu Suhaila Samian sekali)

Pertandingan Pidato Anjuran (UMNO Kluang) (2001)
Tempat : Stadium Kluang
Keputusan : JOHAN

Pesta Pantun Peringkat Daerah (2001)
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan XXX, Kluang (Tidak Ingat)
Keputusan : NAIB JOHAN

Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu Peringkat Daerah (2002)
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Renggam
Keputusan : Tiada Kedudukan

Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah (2001)
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong
Keputusan : NAIB JOHAN

Wakil Sekolah ke Kem Sains
Tempat : Sekolah Menengah Tinggi Kluang
Keputusan : KUMPULAN TERBAIK

Tambahan :
Saya pernah ke sekolah-sekolah di bawah, tetapi lupa pertandingan apa!
SMK Sains, Kluang
SMK Dato’ Haji Hassan Yunus, Kluang
SMK Jalan Mengkibol
SMK Taman Seri Kluang
SMK Dato’ Abdul Rahman Andak

SEKOLAH MENENGAH TINGGI

Pertandingan Forum Peringkat Negeri (Wakil Maahad Johor) (2003)
Tempat : Sekolah Menengah Agama Endau, Endau-Rompin, Pahang
Keputusan : KEEMPAT (Kerana Empat Buah Sekolah Sahaja Bertanding)
**Ini kes Hariz Ismail punya pasal!!!

DEWASA

Pertandingan Nasyid Peringkat Zon (2004)
Tempat : Masjid Jamek (Ulu Tiram)
Keputusan : JOHAN

Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah (2004)
Tempat : Kompleks Islam, Johor Bahru
Keputusan : Tiada Kedudukan

Pertandingan Deklamasi Puisi PMHK-48 (2005)
Tempat : Dewan Syeikh Sya’rawi, Asrama Pelajar Perak, Mesir
Keputusan : KETIGA

Pertandingan Berbalas Pantun PMHK-48 (2005)
Tempat : Dataran Hayyu Asyir, Kaherah
Keputusan : NAIB JOHAN

TAHUN 2006

SEMPENA BULAN BAHASA DAN SASTERA NEGARA (BBSN) DI PWTC, KUALA LUMPUR
Pertandingan Penyampai Citra dan Juruhebah (DJ)
Keputusan : Tempat ke-4
Hadiah : Baucer Buku RM30 serta Hadiah Iringan daripada DBP

Pertandingan Transkipsi Jawi ke Rumi
Keputusan : Johan
Hadiah : Baucer Buku RM30 serta Hadiah Iringan daripada DBP

Pertandingan Roda Bahasa
Hadiah : Cawan DBP dan Penanda Buku

Pengunjung Bertuah – ke 200
Hadiah : Beg Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka

TAHUN 2007

Sayembara Cerpen Dalam Jawi Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan ke-50
Anjuran Perpustakaan Negara Malaysia
Keputusan : Hadiah Saguhati
Hadiah : Wang Tunai RM 500.00 beserta Sijil Penghargaan