Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Sunday, June 22, 2008

Kenapa Saya Menulis Untuk URTV


BARANGKALI anda terperanjat apabila saya memberitahu bahawa saya menulis untuk Majalah URTV. Anda tahu bahawa majalah ala-ala pra-prono di Malaysia tidak lain dan tidak bukan majalah URTV, Mangga, Remaja, Maskulin dan bermacam-macam lagi.

Apabila lambakan itu mula ketara, semamangnya suatu fenomena yang tidak dapat dibendung adalah 'keperluan'.

Tetapi, adakah saya menulis untuk keperluan? Adakah saya menulis untuk se'kaki' dan se'tilam' dengan mereka itu. Tidak. Saya bukanlah menggadaikan prinsip saya untuk melihat karya saya ditatap oleh generasi-generasi ala-ala Mas Idayu dan Ella di pentas negeri Selangor. Tetapi, nilai pengajaran yang kita perlu sebarkan luaskan di dalam metod dakwah perlu ada walaupun sepicing.

Baik.

Karya ini adalah karya paling lama saya nantikan penerbitannya. Memakan masa hampir 13 keluaran majalah URTV, barulah karya saya dapat mencuit hati editor majalah. Saya kira Saudara Rosli Manah masih menggalas beban selaku editor. Kalau sudah tukar, barangkali saya tersilap.

Anda jangan fikir karya di dalam URTV adalah karya picisan, bercerita bahan-bahan lucah sahaja, malah Faisal Tehrani juga pernah diangkat di dalam URTV dengan cerpen 'Cik Siti Mustika' atau mungkin sahaja meraih anugerah dengan cerpen 'Ratu Kosmetik' gara-gara penerbitan di URTV.

Tanpa banyak bicara, saya perturunkan puisi saya di URTV yang terbit pada 1-15 Mac yang lalu.

PUISI

Nur Subuh I

Qiam menggigil dakapan
meraba-raba dalam kesamaran
mengunyah masa
sebelum terlewat
dan
fajar sidik menjelma.

Anjung mula basah, merisik
teriakan kecil
pendosa
ligat menghentam malamnya
dari zulmat semalam.

Tika tahajud membisik
Raqib Atid berkelahi
menghidang sesuap azam
yang dinanti
sebelum ini.

Munajat sepertiga malam
mengatip deras bermandi keinsafan
dan kegelapan
disulam
dengan segugus doa dan roja’
yang tidak terputus di pertengahan.

Syafiq
Zulakifli
Bukit Aliff.

© Majalah URTV, 1-15 MAC 2008




3 comments:

RMN said...

Kesesuaian wadah untuk pengaliran idea harus juga cocok dengan audiens yang disasarkan. Maka tidak salah menulis di dalam khalayak yang memesrai hiburan sebagai salah satu jalan dakwah. Andai tidak kita hadir dalam wadah tersebut, bagaimana mesej tersorok di kalbu mahu dijelmakan.

Namun, sudah tentu pendekatan karya juga bersesuaian. Baru pantas menyambar minat Editornya.

Teruskan berkarya Syafiq...teruskan. Semoga HSKU 08 kita berjumpa di pentas penyampaian. Insya-Allah.

IbnU ShaH DiRaN said...

assalamualaikum syafiq

karya yang mantap...walaupun penulisan anta berada di dalam suasana yang begitu...insyaAllah dengan penghayatan yang mereka beri...moga Allah akan memberi hidayah pada mereka...

salam perjuangan dari sahabatmu

CIKGU SUHAIMAH said...

hilmimadani.blogspot.com
karya penulian salah seorang pelajar dari ex smakj, uiam...
saya amat kagum dengan hasil penulisan beliau...berguna untuk awak yang berminat menjadi penulis bebas...