Langkau ke kandungan utama

Filem Kita Tandus Agama?


PETANG ini (malam waktu Malaysia) saya menyaksikan siaran langsung rancangan Fenomena Seni di RTM1. Tentunya rancangan setiap malam Sabtu ini memberikan peluang kepada golongan dan karyawan seni duduk di hadapan kaca televisyen menonton bual bicara dan aksi-aksi panel forum di dalam membicarakan isu-isu seni pada hari ini.

Rancangan yang dihoskan oleh Rosyam Nor ini bagi saya adalah rancangan terbaik RTM yang seharusnya diberi perhatian. Malah, pembangunan RTM untuk menyediakan rancangan-rancangan terbaik sudah ada. Namun, di mana keberkesanannya?

Hal ini yang cuba digarap melalui kupasan tiga orang ahli panel Fenomena Seni pada hari ini. Bermula daripada panel pertama Bade Hj. Azmi, diikuti Prof. Dr. A. Razak Mohaideen dan Saudara Faisal Tehrani, tentunya kehangatan itu saya sendiri rasai.

Pertama, lihat sahaja bagaimana Faisal mempersenda A. Razak apabila profesor itu menyatakan bahawa cukup sekadar 'memberi salam' dianggap adegan islamik.

Tentunya konteks Islami ini haruslah bersifat universal. Mengapa pula A. Razak yang tidak berlatar pendidikan agama hanya berfikiran sebegitu dangkal? Ini seorang profesor bercakap depan khalayak. Aduh!

Secara rambang, saya melihat Bade ada hujah tersendiri di dalam memperkemas kalam beliau untuk menyatakan hak filem yang berunsurkan agama. Apabila beliau cuba memperkatakan isu 'jihad' yang sememangnya dianggap suatu kewajipan; seharusnya pandangan ini serba sedikit mampu diterima oleh akal saya ini.

Walaupun begitu, saya (sebagai penyokong Faisal) memandang, usaha Faisal di dalam menterjemahkan idea dan gagasan beliau melalui ilmu falsafah dan membentuk pemikiran ahli panel tersebut berjaya. Rata-rata panel seolah-olah ketandusan idea sehinggakan Faisal berdiri kukuh dengan hujah bahawa filem hari ini sememangnya ketandusan unsur agama.

Lihat sahaja filem 'Akhirat', 'Mualaf', 'Syaitan' dan macam-macam lagi yang saya kira metod judul sahaja sudah mempersenda agama, apatah lagi fenomena dan plot rancangan klise yang masih dibawa sehingga ke hari ini.

Ya! Saya tidak menonton filem 'Akhirat' sehingga tamat kerana saya sudah cukup muak dengan adegan-adegan anak-anak dan remaja liar disuap dengan kehidupan sosial pada hari ini.

Sudah terang di depan mata kita bahawa, peluang dan ruang untuk bangsa pengkaryaan filem agama sebenarnya ada. Namun, galakan, sokongan malah bantuan kekadang tandus. Di mana peruntukan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Sukan? Aduh! Tentunya melatih anak-anak ASWARA bermain 'lucah' di dalam akademi tersebut.

Ini fenomena dan masalah kita. Orang filem sudah tandus agamanya.

Ulasan

apunpital berkata…
err..
*saya tidak tengok filem akhirat :: sampai tamat :: * ???

Ingatkan dah tau dah betapa mualnya cerita tu.

*Aku tak tengok filem bodoh tu.

Bak kata kawan aku, Malaysia dibanjiri filem bajet kecil berjiwa besar, DAN bajet besar ber"kepala hotak" kecil.
Muhammad Teja berkata…
salam,

saya ada menonton forum itu semalam. alhamdulillah, saya sangat2 berpuas hati dengan penjelasan saudara FT. Gagasan dan falsafah yang dipegang sungguh jelas dan kukuh diterang.

beberapa isi yang dapat saya tangkap:

"seorang seniman perlu menjadi seorang agamawan sekaligus."

"Seniman seharusnya ada autonomi dalam karya, tanpa perlu ada campur tangan pihak ketiga."

pokoknya, filem kita memang ketandusan agama. alhamdulillah, ada suara yang diketengahkan untuk membetulkannya.

terima kasih kerana mencatat forum semalam..

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)