SAYA selalu mengucapkan penghargaan kepada teman-teman, rakan taulan, kenalan, orang-orang perseorangan yang saya kenali. Semalam, 29 JUN Hari Ulangtahun Kelahiran ke-19, Izzuddin bin Khalidi orang yang pernah saya kenal di SMA Kerajaan Johor, Kluang. Tahniah juga kerana beliau telah mendapat tawaran ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa di USIM. Barangkali saya teringatkan kepada USIM beberapa tahun yang lalu. Saya juga pernah menjejakkan kaki ke sana. Tetapi pentadbiran ketika itu masih berpusat di Cheras, Kuala Lumpur. Kawasan Nilam Court juga masih lagi menggambari setiap pemikiran saya. Di dalam minggu orientasi di USIM, saya ada berjanji sesuatu kepada guru saya (guru bahasa Inggeris). Moga-moga usaha itu tercapai insya-Allah. Barangkali jika ada 'junior-junior' saya bertanya; nak sambung pengajian ke Mesir atau ke IPTA Dalam Negara, saya ada dua pandangan. Pertama, jika beliau ingin mendalami ilmu Islam turathi s...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran