Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Sunday, May 18, 2008

Cerpen Kali Pertama dalam Akhbar


Sebelum menunaikan tanggungjawab menghadapi peperiksaan madah al-Quran petang ini, saya mendapat khabar bahawa cerpen saya terbit di Akhbar Berita Minggu. Tajuknya "Hadiah Untuk Ustaz."

Sila Baca Cerpen di Berita Minggu

Terima kasih sekali lagi kepada editor yang membuat pemilihan karya ini untuk diterbitkan sempena Hari Guru pada tahun ini. Pengalaman sebagai seorang guru pada tahun lalu di SMK Bandar Baru UDA, Johor Bahru menjadikan karya saya ini akrab mencatatkan sebuah pengalaman yang indah.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Terima kasih kepada bonda Zaharah Nawawi yang mengajar saya menulis.

Tambahan : Selamat Hari Lahir buat teman Muhammad Aiman 'Izzat bin Abdullah dan Mohd. Arif bin Abdullah pada hari ini.



5 comments:

Mohd Faizzudin bin Ghazali said...

Salam,tahniah ana ucapkan kerana cerpen us syafiq mendapat tempat dihati editor Berita Minggu.. Smg pada masa akan datang berjaya lagi dgn hasil buah tangan dan idea yang mekar utk ummah.. Tersentuh hati apabila membacanya..Gud Luck.. - Abu Fawwaz

typeace said...

terima kasih faiz kerana membaca karya saya yang masih baharu.

Saya orang baharu. Dan saya perlu belajar lagi dan lagi untuk kejayaan pada masa-masa mendatang.

ina marjana ulfah said...

salam shafiq, tahniah! tahniah! tahniah! cerpen yang sesuai sekali dengan hari guru.

Zulfazlan Jumrah said...

Salam...Tahniah cerpen di BM.Teruskan menulis..Saya suka karya anda...

typeace said...

Terima kasih ina marjana ulfah dan zulfazlan jumrah.

Anda senior saya. Orang MPR. Tak sama dengan saya seorang yang hanya bengkel kecil.