Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Saturday, May 24, 2008

Koleksi Puisi


Ku Sambut Cinta Di Mansurah

Akan terhidangkah kunjungan ini
dengan peluh-peluh ketakwaan
dan rembesan sekeping
taklifan yang merempuh
dua kota terindah.

Kota itu- Kaherah Mansurah
menjanjikan peristiwa
yang menggadaikan sebongkah jenazah permusafiran
bangkit dalam resah yang berpanjangan
saat luka-luka mencari ubatan lalu menghakis
setiap satu perjalanan yang menyesakkan.

Terapung sudah kedatangan ini
untuk menyambut sebuah cinta di Mansurah.

Syafiq Zulakifli
Kaherah - Mansurah
13 Mac 2008

Puisi ini dideklamasikan di Mansurah ketika kunjung hormat Badan Pengurus PMRAM sesi 2007 di sana.

Aku Mahu Keadilan

Layanlah aku
seperti sup panas dari kuali
yang baru mendidih
dengan api dingin membesarkan Tuhan.

Petang-petang begini
langit dan matahari berkejar-kejaran
kerana mendakwa tiada beza antara dua.

Ajarkanlah diriku tidak lemah dengan kutukan
yang menghujum
dengan kesat menggunung
dengan calar tertanggung.

Aku mampu bersabar
keranamu.

Syafiq Zulakifli
Ismailia, 1.45 pm
29 Februari 2008

1 comment:

RMN said...

Salam ziarah buat anak muda berjiwa besar...berbakat besar. Saya mendapat pautan sdra daripada ShoutBox saya di www.celikhuruf.blogspot.com , amat berbesar hati mengenali sdra, yg seharus menambah ukhwah dalam jagat sastera & penulisan.

Teruskan usaha.
Rozlan Mohamed Noor--Editor,Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.