Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Monday, May 12, 2008

Seminar Pemikiran A Samad Said

Potret ini diambil daripada blog Kak Nasriah

Sumber ini daripada Utusan Malaysia, Khamis yang lalu

PADA 13 hingga 15 Mei ini akan berlangsung Seminar Pemikiran Sasterawan Negara A. Samad Said di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur.

Sebanyak 25 kertas kerja oleh sarjana-sarjana tempatan mengenai Sasterawan Negara itu dalam semua genre akan diketengahkan melalui pelbagai teori dan pendekatan.

Di samping itu, Bahagian Teori dan Kritikan DBP yang merupakan pelaksana seminar tersebut akan

memperkenalkan konsep baru dalam penulisan kertas kerja, iaitu memberi peluang kepada penulis generasi muda untuk mengemukakan pandangan tentang A. Samad.

Secara umumnya, seminar tersebut bertujuan membincangkan karya A. Samad dalam pelbagai

genre secara tuntas, selain menggali pemikiran dan proses kreatif sewaktu menghasilkan karya-karya besar beliau.

Ia juga bertujuan mencari dimensi baru dalam pemikiran Sasterawan Negara tersebut untuk dimanfaatkan dalam penghasilan karya kreatif, teori dan kritikan masa kini dan masa akan datang.

Pembentang kertas kerja pada seminar tersebut ialah Prof. Madya Dr. Rosnah Baharuddin, Prof. Rahman Shaari, Prof. Madya Dr. Krishnan Maniam, Prof. Dr. A. Rahman Napiah, Prof. Dr. Teo Kok Seong dan Dr. Shafie Abu Bakar.

Turut membentangkan hasil penyelidikan mengenai A. Samad ialah Dr. Chacho Bulah, Mohamad Nazri Ahmad, Prof. Dr. Kamaruddin M. Said, Dr. Ebil Yusof, Dr. Awang Azman Awang Pawi dan Halim Ali.

Selain itu, seminar turut disertai Azhar Ibrahim, Dr. Muhammad Shaiful Haq Hussain, Prof. Madya Dr. Hanapi Dollah, Prof. Madya Arbak Othman, Dr. Norhayati Abdul Rahman, Samsuddin Othman, Mohamad Shaidan dan Kartini Anwar.

Seminar tersebut merupakan siri tahunan mengenai Sasterawan Negara selepas Syed Othman Kelantan (2004), Keris Mas (2005), Usman Awang (2006) dan Shahnon Ahmad (2007).

Tambahan : Moga-moga ada resolusi daripada DBP sendiri di dalam seminar ini.


1 comment:

ina marjana ulfah said...

salam sdr syafiq, terima kasih kerana singgah di teratak yang tak seberapa itu. Jauh sdr merantau. Baru saja saya tatap kedua-dua sajak sdr yang punya gaya bahasa menarik & membangkitkan keinsafan. Tiba-tiba hari ini, saya terima kunjungan jauh dari tanah Arab. Tahniah & syabas! Teruskan usaha2 & nada sajak sebegitu, saya suka. Salam kenal.
A Samad Said, satu nama ulung di M'sia. Tk utk info ini. Cuma kekangan kerja & batasan waktu tidak memungkinkan ke sana.