Selepas bergelumang di dalam dunia seni, saya fikir, mengapa tidak saya membuat sesuatu kepada dunia seni. Mungkin setelah puas menonton drama air mata "Demi Masa" yang skrip dramanya ditulis oleh abang kepada teman saya Asri Jaafar membuatkan hati saya cukup berdebar dan bertanya-tanya, bilakah saya akan menulis skrip drama pula.
Nama Nazli Jaafar (Che Li) adalah satu nama yang akrab dengan dunia seni hari ini. Berkat kesungguhan melahirkan 'Sebuah Ijtihad' pada tahun lalu, disamping 'Demi Masa' pada tahun ini moga hasil kerja beliau dilindungi oleh Allah hendaknya.
Hari ini di dada akhbar terpampang berita berikut yang dikarang oleh saudara Abdul Aziz Itar.
Betapa kita memerlukan karya-karya Islam pada hari ini untuk ditontonkan. Bukan setakat melepaskan batuk ditangga sahaja. Moga usaha murni saya itu nanti akan diberi peluang oleh Allah Taala. Insya-Allah.
RTM tandus skrip drama bermutu
Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
BANYAK pihak yang mungkin kurang menyedari kewujudan Unit Drama TV RTM yang antara lain berperanan menerbitkan drama-drama untuk siaran di RTM1 dan RTM2.
Biarpun telah ditubuhkan sejak 1982, tetapi peranan unit itu dilihat semakin mengecil apabila RTM mula membeli drama-drama swasta pada pertengahan tahun 1980-an. Sejak saat itu, kebanyakan drama yang disiarkan menerusi dua saluran televisyen (TV) milik kerajaan tersebut lebih banyak didominasi oleh drama-drama terbitan syarikat swasta.
Namun, faktor itu tidak menghalang Unit Drama TV RTM daripada terus menerbitkan drama-drama yang bukan sahaja bermutu tetapi juga mampu untuk menarik ramai penonton. Selain saingan daripada drama-drama swasta, unit itu juga kini menghadapi masalah kekurangan skrip-skrip yang bermutu dalam usaha mereka untuk mencapai matlamat tersebut.
Penerbit Eksekutif Unit Drama TV RTM, Muhammad Yusoff Osman berkata, bagi mengembalikan semula kegemilangan unit itu pihaknya kini sedang berusaha mendapatkan skrip-skrip bermutu. Justeru, beliau menyeru supaya lebih ramai penulis skrip tampil ke depan bagi mengemukakan skrip-skrip yang bermutu untuk diolah menjadi sebuah drama di bawah terbitan unit itu.
“Di sini saya meminta supaya para penulis skrip menyumbangkan skrip mereka untuk dinilai di mana kalau ia bermutu kami akan terbitkannya menjadi sebuah drama TV. “Unit Drama TV RTM menyediakan bayaran yang tinggi untuk sesebuah skrip bermutu yang kami beli. Sebagai contohnya, kami membayar RM60 untuk setiap minit drama yang ditayangkan. Untuk sesebuah skrip harganya akan mencecah tidak kurang daripada RM5,000.
“Malah, bayarannya akan dilangsaikan selepas dua minggu daripada tarikh pembelian,” katanya pada pertemuan dengan wakil-wakil media massa di Unit Drama TV RTM, Bangunan Persekutuan, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Muhammad Yusoff mengakui, sejak RTM menswastakan drama-drama siarannya, unit di bawah kendaliannya itu menerima pelbagai kesan termasuklah hilang keunggulannya sebagai penerbit drama TV yang berkaliber. Perkara itu, katanya antara lain disebabkan berlakunya lambakan drama swasta selain ramai pelakon yang kini lebih memberi memberi tumpuan kepada penerbitan drama syarikat-syarikat produksi swasta.
“Kesan daripada itu juga menyebabkan pasukan penerbitan unit ini menjadi semakin kecil, kekurangan penyunting skrip, penulis dan pelakon. Ramai pelakon mula beralih arah kepada drama-drama swasta. “Apabila kami menawarkan mereka (pelakon) berlakon di bawah drama terbitan kami, mereka bertanya, masih ada lagikah Unit Drama RTM? Kami juga kehilangan ramai penerbit drama yang beralih angin kepada syarikat produksi swasta.
“Sebab itu, usaha kami kini ialah bagaimana untuk mengembalikan zaman kegemilangan drama terbitan unit ini. Salah satu caranya ialah dengan mendapatkan skrip-skrip yang bermutu,” ujarnya. Unit Drama TV RTM mula menerbitkan drama pertamanya yang berjudul Membilang Bintang pada 28 Disember 1963 terbitan Aziz Wok di mana selepas itu semakin banyak drama bermutu telah diterbitkan.
Drama berjudul Kecoh yang diterbitkan pada 23 April 1983 merupakan drama warna pertama yang diterbitkan oleh unit itu hasil karya Nurhalim Ismail dan diterbitkan oleh Yusof Rashid. Sejak saat itu Unit Drama TV RTM telah menerbitkan banyak drama bermutu antaranya berjudul Tiga Dara, Potret Pekerti, Jiran, Inspektor Shekar, Opah, Empat Sekawan, PJ, Santan Berlada, Anjang Aki dan Tok Perak.
Menurut Muhammad Yusoff, Unit Drama TV RTM juga akan membayar bayaran tambahan hasil penyelidikan yang telah dibuat oleh penulis skrip dalam usaha untuk menghasilkan sesebuah skrip yang berkualiti tinggi. “Kami akan membayar kepada sesiapa yang berjaya memberi kami idea yang bernas untuk menghasilkan sesebuah skrip yang bermutu.
Malah, kami juga akan membayar bayaran berpatutan biarpun ia hanyalah sebuah sinopsis drama sahaja,” katanya. Tambahnya, pada tahun ini Unit Drama TV RTM akan menerbitkan lapan buah drama bagi mengisi slot Panggung RTM yang berkaitan tema-tema tertentu seperti Hari Kemerdekaan, Hari Raya Aidil Fitri dan sebagainya.
Para penulis skrip bolehlah menghantar skrip tulisan mereka untuk dinilai kepada: Unit Drama TV Jabatan Penyiaran Malaysia, Tingkat 5B, Bangunan Persekutuan, Jalan Sultan, 46200 Petaling Jaya, Selangor. Atau hubungi talian 03-7955 4643 untuk pertanyaan lanjut.

Ulasan