Assalamulaikum,
Pelajar-pelajar yang dihormati lagi disayangi,
1. Secara peribadi saya selaku penasihat pelajar memaklumkan bahawa apa yang berlaku di Tanta itu amat mengecewakan banyak pihak. Hal ini kerana kami datang dari jauh ke sana untuk membantu pelajar bagi memudahkan urusan mereka (urusan pengesahan/zakat dll) bukan menyusahkan.
2. Saya juga menasihatkan pelajar, jangan menyusahkan diri melakukan kerja-kerja polis dengan memeriksa kami. Saya dapati wakil PMRAM (pelajar) di Tanta tersebut ditelefon sebanyak 8 kali sewaktu berada di dalam kuliah oleh polis. Kemudian dimarahi pula selepas itu (Polis itu kerani rupanya). Saya berpendapat ini menganggu pembelajaran pelajar terbabit. Jika ibubapa pelajar tersebut tahu mungkin mereka juga tidak merestui hal itu berlaku kepada anaknya.
3. Apa yang berlaku itu bukanlah fitnah tetapi dakwaan seolah-olah sebagai wakil Kedutaan berdasarkan kewujudan polis dan kenyataan Puan Salwa (boleh rujuk padanya)dan beliau sedia dirujuk. Kaedah fiqh mengatakan ;
البينة على من ادعى واليمين على من انكرى
4. Kemudian “polisi” yang dikatakan oleh Presiden PMRAM iaitu semua pegawai Kerajaan kena rujuk PMRAM sebelum ke sesuatu tempat itu saya berpendapat adalah tidak betul dan tidak ada dalam penjanjian antara negara. Kalau betul ada, sila berikan dokumen tersebut untuk rujukan dan tindakan Kedutaan.
5. Akhir sekali, saya menasihati pelajar untuk menumpukan pelajaran kerana peperiksaan semakin hampir. Jangan melakukan tugas yang bukan bidang tugas pelajar. Hal ini akan menghilangkan fokus kepada pelajaran. Saya yakin kalau pelajar dapat menumpukan kepada pelajaran, prestasi akademik mereka akan meningkat dengan lebih cemerlang. Salam ukhuwah dari saya.
Khairi bin Jalalluddin
Atase Pendidikan ( Akademik )
Link : http://ataseakademik.blogspot.com
Menjawab kenyataan ke-4.
1. Saya pernah mengadakan pertemuan tertutup dengan beberapa orang pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (tahun 2009) menerangkan bahawa PMRAM sama sekali tidak pernah 'berlagak' dengan mengarahkan mana-mana pegawai kerajaan Malaysia yang ditugaskan ke Mesir untuk merujuk kepada PMRAM sebelum ke mana-mana muhafazah.
2. Kenyataan merujuk kepada PMRAM seolah-olah PMRAM secara sengaja memaksa pegawai di Mesir 'tunduk' kepada PMRAM sedangkan bukan perkara itu yang perlu dilakukan.