Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Monday, April 12, 2010

Bakat Dan Kemahiran Seseorang Berbeza

APABILA saudara dilantik sebagai seorang ketua, letakkan bahawa setiap orang (mereka yang berada di bawah saudara) mempunyai bakat dan kemahiran yang berbeza-beza.

Usah menyamakan seorang dengan seorang yang lain. Mungkin si A boleh bertukang kayu manakala si B boleh menyanyi.

Lihat kecenderungan setiap seorang daripada mereka. Kelaskan mereka kepada beberapa bahagian. Barangkali mereka selesa berada di kumpulan A, sedangkan mereka kurang selesa berada di kumpulan B.

Bakat dan kemahiran seseorang itu boleh diukur dengan ujikaji demi ujikaji. Lakukan latihan yang berterusan kepada setiap individu. Bagi mereka yang masih belum mempunyai kemahiran yang berkesan, usah campakkan bahawa mereka tidak mampu melakukan perkara tersebut. Barangkali saudara perlu melatih dan memberikan bimbingan supaya mereka juga akan sentiasa terus terdorong untuk melakukan kerja-kerja itu.

Semua manusia mempunyai bakat dan kemahiran.


No comments: