Langkau ke kandungan utama

Nak Tak Nak?

RAMAI orang kata, rezeki itu hanya datang sekali. Ramai juga yang berkata bahawa peluang itu tidak harus diketepikan.

Begitulah dengan lumrah kehidupan saya pada hari ini. Tawaran datang silih berganti namun sejauhmana saya meletakkan 'nak' atau 'tak nak'.

Di pejabat saya, Cik Aznurliza Hanim Ngainon pernah mendapat tawaran bertugas di Kementerian Pembangunan Wanita & Masyarakat. Sebelum itu juga, beliau pernah berkhidmat dengan PTS. Kemudian, beliau berhenti selepas sebulan di kementerian dan masuk bertugas buat kali kedua di PTS.

8 April ini, kami berdua akan menghadapi satu temuduga khas (appriasal) yang akan dijalankan di PTS. Setiap tahun mulai bulan April, temuduga kenaikan pangkat akan dijalankan di PTS. Insya-Allah, saya akan lakukan yang terbaik.

10 April pula, kami juga masing-masing mendapat surat untuk menghadiri peperiksaan. Beliau di Universiti Putra Malaysia saya pula di Hotel City Villa, Kuala Lumpur.

Oleh sebab beliau sudah pernah menghadapi pengalaman tersebut, saya juga banyak belajar daripada beliau.

Namun, sehingga saat dan detik ini fikir saya; nak atau tak nak?

Tambahan :
Menanti PTS membuka peluang di dalam bidang penyiaran sama ada radio atau televisyen.

Ulasan

Unknown berkata…
Ikut kata orang tua-tua; rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari!
Ainn Ngainon berkata…
Pilih betul-betul. Tak salah mencuba. ^__^
Puan Ainon Mohd. berkata…
Pergi interviu bagi mempelajari bagaimana interviu dijalankan. Lain majikan, lain cara interviu mereka. Pada masa hadapan, kita pula menginterviu orang.....

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...