Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Sunday, April 18, 2010

Pertemuan Singkat Bersama Ketua DPPP


SIANG tadi, saya melakukan pertemuan singkat bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin bin Hassan At-Tantawi di Pejabat Agung PAS Pusat, Jalan Raja Laut.

Ada isu seputar yang dibicarakan. Ada taklifan yang diamanahkan. Ada banyak perkara yang diperbincangkan.

Sedari maklum, tanggungjawab PAS pada hari ini amat besar. Pengorbanan Parti Islam Se-Malaysia sebagai salah satu parti di dalam pakatan rakyat amat besar.

Hari ini nama PAS digeruni bukan sebagaimana PAS suatu ketika dahulu. Jika PAS hanya untuk orang 'berkopiah' pada zaman dahulu tetapi kini PAS adalah untuk semua. Namun, sejauhmanakah PAS mampu bekerja sebagai sebuah kerajaan Islam?

Inilah sebuah amanah yang masih belum diselesaikan.

Tambahan :

(a) Istiqamah adalah jalan selamat. Bermain gong di Mesir tidak sama bermain gong di Malaysia...

(b) AJK Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) minta saya fikirkan program 'jalan-jalan cari makan'. Macam-macam hal...


No comments: