Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Friday, April 23, 2010

Usah Sempitkan Pemikiran

Ustaz Meeftah Anuar di MHI


PAGI INI, Ustaz Meeftah Anuar, mantan Badan Pengurus PMRAM ke udara di rancangan Malaysia Hari Ini. Tahniah, tahniah, tahniah.

Namun, dari satu sisi yang berbeza saya berpandangan pastinya akan kedapatan tempelak besar daripada golongan taasub yang berpandangan bahawa apabila terlibat dengan rancangan di TV3, maka mereka adalah golongan yang berfahaman kerajaan dan UMNO.

Aduhai, saya cukup sedih apabila masih terdapat dan wujud sesetengah pemikiran bahawa apabila kita mengisi program kerajaan dan UMNO, kita digolongkan di dalam UMNO.

Jikalau saya berteman dengan seseorang yang dilabel Syiah seperti Faisal Tehrani, maka saya adalah Syiah. Jika saya mempengerusikan majlis Dr Mohd Asri yang dilabel Wahabi, maka saya adalah wahabi.

Saudara sidang pembaca,

Pemikiran jumud ini akan mematikan kecerdasan pemikiran dan pemahaman yang sebenar terhadap dunia ilmu.

Islam menggalakkan kita berhujah berdasarkan fakta bukan hanya sekadar emosi.


5 comments:

Faisal Tehrani said...

Salam,
ana ada tengok mhi tadi.ustaz ni orang kuat pmram ke? bagus.bagus.

SYAFIQ ZULAKIFLI said...

Salam

Saudara Faisal Tehrani,

Ya, ustaz Meeftah adalah mantan kepimpinan PMRAM.

toqki said...

Salam

Alangkah bagusnya semua pimpinan dan ahli PMRAM boleh berfikir seperti tuan syafiq.

SYAFIQ ZULAKIFLI said...

toqki,

Zaman sekarang sukar hendak bertemu dengan pemikir yang faham erti politik berfikir

ad_dimasyqi said...

Tau pun... dulu masa di mesir, bila ada orang join pertandingan bola sepak anjurn kelab umno dan kedutaan, semua dituduh tali barut umno...

"Enta ni umno rupenya" itu kata orang kuat pmram dari rumah perlis...

Tapi bila dah berlaku isu yang sama, baru nak cari excuse....

PAdahal mmg x sepatutnya kita mudah melabel orang...

Tapi di mesir, ramai ahli pmram bersikap macam itu...

Guna akal, bukan emosi lain kali